التخطي إلى المحتوى الرئيسي

SOCIAL MEDIA

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa

الجمعة، يناير 12، 2024

 

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa

Assalamualaikum dan hi, lama juga zaza tak share kisah personal kan..sebenarnya zaza rindu nak share moment berjumpa dengan sahabat blogger dekat KL setelah 5 tahun lebih tak berjumpa. Last jumpa sahabat blogger pun sekitar tahun 2018 macam tu kot.

Sebenarnya zaza tak plan pun nak datang KL. Kebetulan kakak yang bercuti raya nak balik KL hari jumaat yang lalu, so last minit zaza cakap nak ikut sebab dah lama sangat tak jumpa dan lepak dengan rakan-rakan.

Sampai je KL, zaza minta kakak turunkan zaza dekat LRT Gombak sebab zaza nak ke rumah rakan blogger Sally Samsaiman dekat Ampang Jaya. Terima kasih Sally sudi terima kedatangan zaza siap bagi tumpang tidur sehari lagi. Rindunya dapat jumpa sally dan peluang jumpa mak sally juga.

Zaza sampai dalam 12 tengahari. Lepas tu teman sally pergi pasar dan petang tu memang rileks dan berehat je sampai malam. Macam-macamlah dapat berborak dengan sally. Dapat juga jumpa dengan kucing sally nama kiki dan leo. geram tengok budak berdua tu.

Pagi sabtu Sally masakkan nasi lemak sambal sotong. Memang sedap sangat sambal sotong sally masak tu. Zaza memang suka sambal sotong. Bertambah-tambah makan sambal sotong.

Tapi itulah moment gambar dengan sally tak banyak. Lupa pula nak ambil gambar berdua. jangan marah eh sally.. tapi ada moment zaza beramai dengan sally dan juga blogger azwar syuhada dan kak jueliza jamani semasa berjumpa dekat KLCC.

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa
Kak Jueliza Jamani, Sally ( pakai spek ) dan Azwar Syuhada berbaju pink

Terima kasih Sally bawa zaza datang makan dekat KLCC juga. Selepas selesai, zaza berpisah dengan sally dan kak jue sebab zaza nak menuju ke tempat lain pula bersama Azwar.

Plan zaza dan azwar kami nak jalan sekitar KL naik LRT dan posing-posing buat video. Alang-alang tengah hot dengan video tema wesanderson, teruslah kami shoot dekat sekitar Pasar Seni, LRT, Jambatan Saloma dan beberapa tempat lain.

Sepanjang berjalan, sudah tentulah berhenti rehat, solat dan minum-minum sampailah jam 6 petang terus balik ke rumah sewa Azwar di Kelana Jaya.

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa

Hari Ahad, Azwar bawa zaza balik ke rumah kampung dia dekat Teluk Panglima Garang. Kebetulan pula berdekatan dengan ex blogger Ina Ainaa. Korang ingat lagi tak blogger ena ni? ena sekarang dah tak aktif sebagai blogger. Cuma masih lagi aktif di IG.

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa

Alhamdulillah seronok dapat berjumpa. Ena bawa zaza dan azwar melepak dekat The Hooks Teluk Panglima Garang. Terima kasih ena bawa dan belanja kami berdua makan dekat sini.

Pertemuan Blogger Setelah 5 Tahun Tak Jumpa
Antara menu dekat The Hooks

Lepas tu balik sekejap ke rumah azwar untuk solat dan selepas magrib kami melepak ke Morib pula. Lepak-lepak sampai jam 10 macam tu barulah kami balik.

Tamat




هناك تعليق واحد


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!