Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Selasa, Mac 21, 2023


Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus | Sekarang ni bila usia dah masuk 30an memang sangat-sangat perlu menjaga kesihatan badan. Sekarang ni zaza pun dah stop atau dah kurang ambil minuman manis atau bergula. Puncanya sebab setiap hari kaki zaza jadi kebas tak kira masa. Kadang ia datang bila waktu zaza nak solat. Time ni memang krem gila kaki.

Zaza pun cari info kenapa kebas kaki kerap terjadi. Boleh kata hari-hari berlaku. Lepas dapat info seramlah juga baca.Lepas tu baru terfikir yang zaza hari-hari ambil minuman manis dengan kuantiti yang banyak. Sejak dari tu lah zaza plan-plan ubah tabiat minum. Zaza banyakkan minum air kosong je. Sekali dua je ambil air manis dalam sebulan. Dan alhamdulillah, selama berbulan-bulan kebas dah tak jadi..memang lega sangat..skin kulit muka zaza pun lebih sihat.

Selain tu zaza pernah juga alami masalah sembelit yang sangat kerap. Banyak kali dah zaza share dekat blog yang zaza memang ada masalah sembelit.

Bila banyak membaca pasal isu sembelit barulah tahu yang sembelit ni salah satu tanda ada masalah usus yang kurang sihat. Masalah sembelit ni dah 2-3 tahun. Sekarang je dah kurang alami.

Jadi penting tau untuk kita menjaga usus sebaiknya. Bila usus tak sihat ia boleh mendatangkan banyak masalah seperti berat badan cepat naik, kulit kusam dan berjerawat, cepat letih dan lesu, masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, gas, kembung perut, masalah pedih ulu hati dan beberapa lagi.

Alang-alang cakap pasal penjagaan usus, ni zaza nak share tentang produk kesihatan GKB ( GK BIO International Sdn Bhd )

Produk GKB ni khas untuk mereka yang mempunyai kesihatan usus. Ia membantu meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh dan untuk kesejahteraan usus secara Komprehensif.

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Untuk pengetahuan, GKB ( GK BIO International Sdn Bhd ) adalah syarikat yang telah ditubuhkan dengan usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2018.

GKB telah mengeluarkan lima produk unik untuk mereka yang menghadapi masalah penghadapan dan kesihatan usus iaitu GKB Probio+, GKB Probizymes, GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus, GKB G-Pro Gold dan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Jom zaza share info-info setiap produk

1. GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Ia datang dalam packing berkotak dan dalam bentuk sachet. Zaza dah cuba makan. GKB Probio+ ni isinya berbentuk biji halus silinder ( kalau tengok macam gula-gula budak punya )

Rasanya manis-manis yang tak manis sangat. Cara makannya hanya tuang terus ke dalam mulut atau kalau nak campur dalam jus minuman pun boleh.

Sachetnya yang kecil amat mudah jika nak masuk dalam beg atau bawa travel. 

GKB Probio+ ni ada 5 jenis bakteria probiotik yang aktif tau dan 4 jenis prebiotik yang mana ia dapat membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan sembelit dan ciri birit. 

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Selain itu, ia juga membantu dalam pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan juga mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta dapat membantu meningkatkan imuniti.

Buat masa ni sembelit zaza belum datang lagi.

2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Apa tu Gastritis?  Gastritis adalah keradangan perut. Tandanya seperti rasa nyeri ulu hati,mual,muntah dan rasa nyeri di perut.

Untuk GKB Probizymes ni, sebenarnya zaza belum makan lagi sebab zaza tak ada masalah gastritis. So mungkin nanti zaza akan share dengan rakan-rakan yang ada masalah tersebut dan teringin nak cuba.

Didatangkan dalam bungkusan kotak berwarna ungu dan dalam bentuk sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet cukup untuk sebulan dan setiap sachet mengandungi 4.5 bilion jumlah bakteria probiotik hidup.

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus


Diformulasi daripada probiotik,prebiotik,enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak. Baik untuk mengatasi masalah kembung perut yang berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.

3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Untuk korang yang ada masalah kulit kering dan sensitif boleh ambil GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni.

Ia juga datang dalam kotak dan dalam bentuk sachet. Rasanya pun manis-manis macam gula-gula. Isinya juga berbentuk biji halus silinder. Memang sedap.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga mengandungi probiotik Lactobacillus rhamnosus yang dapat mencegah gastrousus ( radang usus ) seperti usus bocor atau dysbiosis ( ketidakseimbangan mikroorganisma dalam badan )

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, perlu amalkan secara konsisten. Pendapat zaza, sekurang-kurangnya perlu ambil dalam tempoh 1 hingga 3 bulan untuk menampakkan hasil. Bagaimana pun ia bergantung juga pada individu.

Produk ini juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita,meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.

4. GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk ni pun sesuai untuk zaza sebab ia dapat membantu mengurangkan sembelit. Siapa yang memang ada sembelit tahu lah betapa seksanya untuk membuang air besar. Teringat dulu peristiwa masa zaza di salah sebuah universiti, tahun bila zaza dah lupa. Kebetulan sakit perut dan sembelit. Hampir 3 jam zaza dalam tandas kerana sembelit yang sangat-sangat teruk. Sejak kes ni lah zaza cuba beberapa produk untuk kurangkan sembelit.

Dalam GKB G-Pro Gold ini terdapat 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Datang dalam bentuk kapsul.

Setiap kapsul pula mempunyai 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang mana ia boleh membantu meningkatkan flora usus.

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk ni memang khas untuk membaiki usus. Untuk yang ada masalah iritasi usus,cirit birit yang teruk juga boleh mengambil produk ini.

Untuk produk ini, zaza belum cuba lagi sebab zaza nak habiskan makan GKB Probio+ dulu.


5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Panjang nak sebut nama produk ni hehe..btw, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini dicipta khas untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan atau mengurangkan berat badan.

Selain itu fungsi-fungsi lain adalah membantu mengurangkan penyerapan kalori, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang berpunca dari sinaran UV

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini juga kalau dimakan berterusan dapat membantu masalah sembelit, masalah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit, menganjalkan kulit dan meningkatkan kesihatan.

Pengalaman Selepas Cuba Produk GKB

Zaza ambil GKB Probio+ untuk sembelit..buat masa ni memang sembelit tak ada datang lagi. Pembuangan pun lancar dan mudah. So memang rasa lega sangat. Kalau tak dulu memang seksa juga kalau sembelit tu datang kan.

Untuk GKB Probizymes, ia sesuai untuk diambil oleh mereka yang ada Gastritis iaitu keradangan perut. Seperti yang zaza dah beritahu di awal tadi, zaza belum makan sebab zaza memang tak ada masalah keradangan perut. Nak bagi mak abah cuba pun tak boleh sebab mereka consume ubat doktor setiap hari. Jadi nya untuk GKB Probizymes ni, zaza belum dapat kongsikan feedback buat masa ini. Tapi sekiranya korang ada masalah tersebut boleh pertimbangkan untuk cuba. Apa pun perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.

Untuk GKB Lactobacillus Rhamnosus, zaza ambil waktu sebelum tidur. Kena rajin konsisten makan setiap hari untuk dapatkan kesannya dan sekurangnya dalam tempoh 2-3 bulan. Buat masa ni kesannya belum ada lagi. Mungkin ambil masa sikit untuk kulit zaza kerana setiap badan dan kulit orang tak sama. Ada orang seminggu dua dah dapat kesan. Ada orang sebulan lebih.. Apa pun GKB Lactobacillus Rhamnosus ni memang sedap sangat tau. Nanti habis sekotak boleh lah beli lagi.

GKB G-Pro Gold pula, ia juga untuk masalah sembelit. Memandangkan zaza tengah makan GKB Probio+, jadi zaza just consume selang seli dalam masa dua tiga hari baru makan GKB G-Pro Gold ni. Sebab tak nak lah makan dua-dua sekaligus setiap hari. Buat masa ni, sembelit zaza memang tak terjadi. Syukur sangat.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 sesuai untuk turunkan berat badan. Badan zaza pun sekarang memang tengah naik dan buncit. malu rasanya. zaza masih lagi dalam tempoh untuk makan. Jadi, zaza nak tengok dalam sebulan lebih lagi macam mana. Nak kena beli penimbang berat dulu untuk cek berjaya atau tidak berat turun.

Adakah Produk-Produk GKB Mempunyai Kelulusan dan Halal? 

So, zaza dah share info tentang produk-produk GKB ni..tapi mungkin ada yang was-was adakah produk ini ada kelulusan atau tidak?

Untuk maklumat, GKB sudah pun diperakui dengan SIJIL PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, SIJIL KAWALAN KUALITI TAHAP 2 TFDA, Pensijilan Standart pembuatan cemerlang GMP MALAYSIA, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.

Setiap penghasilan produk juga mempunyai jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.

So, korang tak perlu was-was lagi. 

Bagaimana pun, bagi yang ingin mencuba, zaza sarankan untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.


Bagaimana Untuk Membeli Produk GKB?

Pada anda yang berminat, boleh dapatkan produk GKB di semua cawanga Farmasi besar di Malaysia. 

GKB Official Selling Platform 

Semua farmasi besar termasuk :

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Untuk senarai terbaru farmasi, boleh layari : 

Laman Web: www.mygkb.com

Platform Media Sosial GB:

Facebook: www.facebook.com/mygkb

Instagram: www.instagram.com/mygkb

TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia

RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)

YouTube: Official GKB - YouTube

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gbprobiotics #gkbspacesuit










1 ulasan

  1. betul tu tambahan di usia kak ana ni sangat perlu kepada supplement untuk kesihatan dalaman, thanks for sharing Zaza :)

    BalasPadam


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!