Tip Kreatif untuk Kita Menyimpan Duit

 

Tidak kiralah diusia muda mahupun dah tua, pentingnya untuk kita menabung atau mempunyai simpanan duit. zaza sendiri pun bila usia dah tua ni baru ada kesedaran untuk membuat simpanan. Jika tidak masa remaja dulu, kalau ada duit je selalu beli macam-macam sampai tak menyimpan langsung.

Apa pun belum terlambat untuk zaza atau sesiapa saja belajar untuk membuat simpanan kewangan.

Zaza ada terbaca perkongsian dari individu mengenai tip dan cara kreatif bagaimana untuk kita menyimpan duit. Menarik juga caranya. Jadi dekat sini zaza nak kongsikan lah sikit caranya. Boleh dijadikan rujukan pada zaza nanti atau pembaca blog ini.

Tip Kreatif untuk Kita Menyimpan Duit

1. Membuat Tabung Duit RM5

Selalu juga zaza nampak orang kongsi membuat simpanan duit mengikut warna duit atau contohnya mula buat tabungan dengan duit warna hijau bernilai RM5.

Jadi setiap kali ada duit RM5, bolehlah asingkan dan simpan ke dalam tabung. Mulakan dengan duit bernilai rendah dulu. Jika tak boleh RM5, boleh mulakan dengan RM1 dahulu.

Lepas tu kena sentiasa konsisten menyimpan dan letakkan syarat hanya buka tabung ini dihujung tahun.

Banyak juga zaza nampak perkongsian dari mereka yang dah buat cara ini. Memang menjadi dan seronok sangat bila mereka berjaya menyimpan. Benda ini dapat memberikan motivasi pada diri zaza dan orang lain untuk mula menyimpan duit.

Tip Kreatif untuk Kita Menyimpan Duit

2.Membuat Tabung Duit Syiling

Dari kecil kita memang dah diajar untuk menyimpan duit syiling dalam tabung. Kita boleh amalkan dan ajar anak-anak, jika ada duit syiling, masukkan dalam tabung. Kita boleh menyimpan syiling 10 sen,20 sen dan 50 sen. 

Nak menyimpan 10 sen, 20 sen dan 50 sen dalam satu tabung pun boleh atau asingkan ikut nilai. Contoh tabung A untuk syiling 10 sen, tabung B untuk syiling 20sen dan tabung C untuk syiling 50 sen.

Terpulang kepada kita nak simpan macam mana. 

Tip Kreatif untuk Kita Menyimpan Duit

3. Menabung Duit Guna Sampul Surat

Teknik menabung guna sampul surat ni pun memang ramai yang buat. Labelkan setiap sampul surat ikut apa yang kita nak simpan. Contohnya sampul 1 untuk barang dapur, sampul 2 untuk minyak kereta, sampul 3 untuk bil-bil, sampul 4 untuk keluarga dan seterusnya.

Masukkan duit dalam sampul dan gunakan duit itu bila tiba hujung bulan.

Tip Kreatif untuk Kita Menyimpan Duit

4. Menyimpan Duit di Belakang Casing Phone

Cara ini zaza nampak juga ada rakan-rakan yang buat. Bagus juga kan. Ada yang selit RM50 dalam casing phone. Cuma pastikan duit yang diselit dekat casing phone tu tak boleh dinampak oleh orang lain.

5. Menyimpan dengan Cara Orang Dulu-Dulu

Zaman dulu-dulu biasa orang suka menyimpan duit dibawah bantal, di dalam pasu atau dicelah-celah buku kerana zaman dulu tidak ada kemudahan seperti bank simpanan. Cara ini mungkin tak berapa selamat tapi boleh je kita cuba. Cuma pastikan kalau kita letak di mana-mana celah buku ke, kena ingatlah tempat kita menyimpan tu.

6. Menyimpan Dalam Komponen Kereta

Dalam kereta ada beberapa bahagian yang tersembunyi. Jadi bolehlah lihat celah-celah bahagian yang boleh diselitkan duit. Cuma pastikan anda tak lupa kalau dah simpan kat celah-celah tersebut. Mana tahu bila pergi cuci kereta dan anda terlupa, tak pasal duit kena sedut sewaktu tukang cuci sedang menyedut habuk dalam kereta.

Tip Kreatif untuk Kita Menyimpan Duit
Kredit info tip kreatif menyimpan duit daripada directlending.com.my

Selain dari tip kreatif diatas, anda juga boleh belajar membuat simpanan dan kira-kira menggunakan laman website Calculator.me

Calculator.me adalah laman website dimana jika anda ingin membuat kira-kira duit simpanan, boleh gunakan ia secara online.

Contohnya jika anda nak membeli rumah, boleh gunakan Mortgage Calculator di web tersebut untuk mengira bayaran gadai janji bulanan berdasarkan prinsipal yang dipinjam, tempoh pinjaman dan kadar faedah tahunan. Ia juga mengira jumlah bayaran gadai janji termasuk cukai harta tanah, insurans harta tanah dan lain-lain.


1 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم