Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare


Hi korang..lama dah zaza tak share pasal skincare baru dekat blog zaza. Kali ni zaza nak share sikit skincare terbaru Syahirah Korean Secrets dari Syahirah Malaysia. Brand yang dah memang terkenal sejak zaza remaja lagi. 

Kali ini Syahirah Malaysia telah memperkenalkan Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense.

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense ini didatangkan dengan saiz botol 30ml.  Saiz yang sesuai dan mudah dibawa ketika travel.

Masalah Kulit Kering, Kasar dan Mengelupas

Zaza mempunyai kulit wajah yang kadangkala kering. Kebiasaan di bahagian hidung kerap mengelupas dan kadangkala dibahagian dagu. Bila kering dan mengelupas, kulit pun jadi kasar dan kusam. Bila nak pakai makeup, memang jadi tak cantik kulit.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, zaza memerlukan produk penjagaan wajah yang boleh melembapkan semula kulit zaza. Sebab itu zaza pun try guna Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense ini.

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare


Kebaikan Bila Guna Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense 

Produk Syahirah  Hydra Soft ini telah pun diuji secara dermatologi oleh pakar. Jadi memang selamat untuk digunakan. 

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare

Ada beberapa kebaikan bila gunakan Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense pada kulit wajah antaranya :

1. Memperbaiki penampilan kulit - kulit kelihatan lebih gebu dan anjal. Ia juga membantu mengatasi kekusaman pada kulit wajah

2. Membantu mengurangkan masalah kulit apabila kulit terhidrat dengan baik

3. Membantu melembapkan kulit dan menyihatkan kulit 

4. Melambatkan tanda-tanda penuaan - membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan wajah


Syahirah Hydra Soft ini dapat membantu :

100% Penambahbaikkan pada kulit kering dan mengelupas
56%  Membaiki kulit rosak
42% Melegakan kulit yang merengsa

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare


Kandungan Bahan Dalam Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense

Beberapa kandungan bahan aktif digunakan didalam Syahirah Hydra Soft ini iaitu Vitamin B5 dan Asid Hyaluronik yang pekat dan tinggi. Dengan penggunaan kedua-dua bahan aktif ini ia dapat membantu kulit dengan penhidratan yang kuat dan sifat pelembap yang kuat untuk mengekalkan kulit terhidrat dan sentiasa lembap.

Juga mengandungi Teh Hijau Jeju yang membantu menghidrat dan melembapkan kulit serta menyihatkan kulit.

Produk ini BEBAS DARI PARABEN DAN ALKOHOL

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare

Cara Pakai Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense

Selepas cuci muka, gunakan 2 atau 3 titis dan sapukan pada muka dan leher selepas memakai toner. Urut perlahan-lahan dan tepuk ringan untuk penyerapan yang lebih baik.

Boleh apply pelembap wajah untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare


Kesan Pada Diri Zaza Selepas Pakai

Zaza suka juga dengan Syahirah Hydra Soft ni . Bila zaza apply dan sapu dekat wajah, kulit pun nampak lembap dan buat masa ni tak ada masalah kulit kering. Memandangkan masa zaza try ni, kulit kering tak terjadi cuma rasa macam kusam tak bermaya sikit. Jadi bila zaza pakai, rasa kulit tu macam lebih fresh. Insyaallah kalau zaza pakai secara konsisten dan berterusan guna, zaza akan dapat result yang lebih baik.

Syahirah Hydra Soft Hydrating Plus Essense Skincare


Apa pun setiap hasil juga begantung kepada individu. Ada yang dapat kesan cepat dan ada yang dapat kesan lambat.

Info lanjut boleh check out dekat
Instagram : SyahirahMalaysia





1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama