التخطي إلى المحتوى الرئيسي

SOCIAL MEDIA

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

الثلاثاء، نوفمبر 22، 2022

 

Bermain game ni bukan saja sebagai hobi dan sekadar luang masa, tapi bermain game ni banyak juga ilmu dan pelajaran yang kita dapat belajar. Banyak game yang baik kita boleh bermain untuk menambah ilmu pengetahuan asalkan waktu bermain mengikut had masa yang ditetapkan.

Zaza sendiri pun kalau rasa letih sangat bila menghadap kerja-kerja harian, zaza akan luangkan masa sekejap bermain games. Biasa zaza akan habiskan waktu dalam 30 minit hingga 1 jam. 

Kalau main game, zaza memang tak suka nak install game atau app game dekat dalam phone. Setakat ini dalam phone zaza hanya ada satu game saja yang zaza install. Zaza lebih suka game yang kita boleh terus main secara online je. 

Baru ni zaza ada main games dekat Free Money Games for Kids Online. Saja suka-suka bermain. Games dekat sini untuk kanak-kanak sebenarnya. Untuk kita dewasa ni sekadar saja-saja dan malas nak main games yang susah-susah, sesuai sangat main games dekat sini.

Ada beberapa games yang zaza suka bermain dan memang menyeronokkan. Zaza kongsikan sikit okay games-games yang zaza minat. Korang boleh lah kongsikan dekat anak-anak sekali. Ajak diorang bermain games dekat sini sebab tak perlu nak download atau install. Boleh terus main secara online je.

1. Traktor Mania

First nampak game Traktor Mania ni nampak menyeronokkan sebab lukisan kartun dan pemandangan rasa best je. Ceria.  Teruslah zaza cuba main. Games simple tapi syok.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Traktor Mania ialah permainan memandu traktor. Kita akan mengutip hasil tanaman dan dimuatkan dalam traktor dan perlu menghantarnya ke destinasi dengan selamat.

Pastikan kita memandu traktor dengan berhati-hati dan mengawal kelajuan dan sudut traktor supaya dapat mengelakkan buah dari terjatuh atau tercicir. Sekiranya buah terjatuh, nanti markah akan berkurang.

Hati-hati semasa melintasi jambatan dan kelajuan kerana terdapat perubahan besar pada gred jalan.

Kita juga boleh menaik taraf enjin, kotak gear, tayar, boost dan bahan api pada setiap traktor.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Berhati-hati pada gred jalan..usaha supaya hasil kutipan tidak jatuh

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Hasil kutipan sampai ke destinasi dengan selamat

Jika nak bermain boleh terus bermain di 

2. Twin The Bin Games

Satu permainan kitar semula sampah yang bergerak melalui satu tali yang bergerak dengan laju. Tugas kita adalah perlu mengutip sampah tersebut mengikut arahan dan kategori yang telah ditetapkan.

Best juga games ni. Mengajar anak-anak untuk mengenal jenis-jenis sampah. 

Arahanya mudah. Contohnya kita perlu mengutip sisa sampah kertas. Jadi pastikan kita mengutip sisa sampah kertas dengan betul dan masukkan ke dalam tong sampah. Kita perlu elak daripada sisa sampah yang lain. Jika kita tersalaj kutip, automatik markah yang telah kita kumpul akan ditolak.

Untuk mengerakkan karakter, kita perlu menggunakan kekunci anak panah kiri dan kanan sahaja.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Pilih karakter yang diinginkan

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Kutip sisa sampah dengan betul

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Jika nak bermain boleh terus bermain di 


3. Construct A Bridge Game

Construct A Bridge adalah satu permainan dimana kita dikehendaki membina jambatan yang selamat dah kukuh supaya kenderaan yang dipandu dapat melintasi dengan selamat.

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download


Antara game yang zaza rasa sangat best sebab game ini menguji dan membuatkan otak kita berfikir macam mana nak design kan jambatan supaya kukuh dan dapat dilalui kenderaan.

Banyak kali juga zaza cuba bina jambatan semasa berada di Level 2 tapi asyik gagal je. Tapi berkat tak putus asa, akhirnya zaza berjaya juga haha.. tak percaya?? tengok screenshoot gambar last jambatan yang zaza bina..seronok betul bila berjaya..

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Percubaan banyak kali asyik gagal je..

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download
Akhirnyaaaa..kenderaan berjaya melintas dengan selamat


Cara bermain adalah kita perlu pilih satu titik di pinggir jambatan dan seret ke dalam untuk membina laluan asas untuk kenderaan dipandu melintasi.

Ulangi proses dari titik ke titik sehingga laluan telah selesai.

Lukis garisan tambahan untuk membantu menyokong jambatan secara struktur.

Pada beberapa peringkat terdapat pulau di tengah untuk menyambung ke jambatan, manakala pada tahap lain kita hanya boleh menggunakan jambatan itu sendiri untuk membina sokongan.
Apabila membina secara menyerong pastikan garisan kita ditetapkan pada jarak yang boleh bersambung.

Tetapkan kenderaan bergerak untuk memulakan tahap.

Main semula tahap jika jambatan runtuh atau jika kita mendapat penarafan bintang yang lebih rendah daripada yang mahukan


Permainan Free Money Games Online untuk Kanak-Kanak Tanpa Download

Jika nak bermain boleh terus bermain di 

Banyak lagi yang korang pun boleh main dekat Free Money Games for Kids Online ni tapi tiga game di atas ini yang paling zaza minati. Harap-harap boleh banyakkan lagi game seperti ini atau banyakkan peringkat sebab memang syok bermain.

Selain Free Money Games, ada juga kategori pilihan lain seperti Real Estate Games, Food Business Simulation Games, Business Simulation Games, Software Development Games, office Politics Games dan Other Fun Games.

Apa pun, main games mainlah juga..jangan sampai terlalu leka sehingga mengabaikan perkara lain okay..






هناك تعليق واحد


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!