Dunia sememangnya tempat di mana kita semua akan diuji oleh Allah. Selagimana seseorang itu berpijak di atas bumi-Nya, pastilah dia tidak akan bebas dari yang namanya ujian dan pancaroba.
Meski terkadang rasa tidak tertahan sakit ditampar ujian, tidak tertanggung berat beban yang ditimpakan, percayalah bahawa semua itu hanya sangkaan semata-mata.
Allah berjanji bahawa Dia tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Sungguh, Dia tidak akan sesekali memungkiri janji. Semua janji-Nya itu adalah benar dan pasti.
Maka, tenanglah. Katakan pada diri, "aku mampu lalui semua ini"
Inilah kata-kata yang dicoretkan dalam "Buku Tenang Kamu Mampu" oleh penulisnya Hana Dahlia. Sejujurnya zaza tidak mengenali sangat siapa Hana Dahlia ini kerana beliau tidak pernah memaparkan wajahnya dimana-mana. yang biasa dipaparkan di laman sosialnya adalah hasil penulisan dan kata-kata motivasinya. Walaupun tidak mengenali wajah, namun nama beliau bagi zaza cukup terkenal juga. Kerana sering zaza nampak dimana-mana ada sahaja qoutes kata-kata motivasi beliau dikongsi orang. Zaza pun tidak ketinggalan untuk mengikuti telegram beliau.
Memandangkan zaza suka berkongsi quotes dan motivasi beliau, zaza juga terjebak juga untuk mendapatkan "Buku Tenang Kamu Mampu" ini.
Sebuah buku tentang hidup dan ujian, tentang sebuah harapan, tentang takdir dan hidup ini untuk Allah. Buku yang sesuai untuk korang yang sedang dalam "healing"
Buku ini memberikan banyak nasihat, peringatan, pengajaran dan semangat untuk kita yang sering menghadapi masalah, tekanan atau kesedihan.
Zaza sangat suka gaya penulisannya. Seperti gaya salah seorang penulis buku lain yang zaza gemari.
Dalam buku ini juga, turut diselitkan banyak ayat-ayat dari al Quran.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu yang beriman."
Hidup bukan sekadar hidup. Maka jangan biarkan hal-hal yang terjadi dalam hidup ini berlalu begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang makna. Percayalah bahawa ujian bukan saja-saja didatangkan Tuhan. Setiap suka dan duka itu sebenarnya mengajar kita sesuatu. Pada pahit dan manis yang kita lalu, apa yang ingin disampaikan Tuhan sebenarnya lebih dari itu - petikan dalam buku
Oklah, tak banyak yang zaza nak ulas tentang buku ini. Buku ini zaza cari di shopee. Korang boleh beli dekat seller yang masih ada stok.
Biodata Penulis
HANA ITU adalah nama panggilan di tempat pengajian. Dahlia pula adalah nama sejenis bunga. Kenapa Hana Dahlia? Kerana menurut Hana, ibunya sangat suka akan bunga. Jadi ketika beliau mencari nama pena yang sesuai terlintas didalam fikirannya adakah bunga Dahlia. Disebabkan itu, terciptalah nama Hana Dahlia. Suka menulis dan baginya menulis adalah cara untuk kita berkongsi pengalaman,menyebarkan kebaikan dan menyampaikan pesan.
HANA ITU adalah nama panggilan di tempat pengajian. Dahlia pula adalah nama sejenis bunga. Kenapa Hana Dahlia? Kerana menurut Hana, ibunya sangat suka akan bunga. Jadi ketika beliau mencari nama pena yang sesuai terlintas didalam fikirannya adakah bunga Dahlia. Disebabkan itu, terciptalah nama Hana Dahlia. Suka menulis dan baginya menulis adalah cara untuk kita berkongsi pengalaman,menyebarkan kebaikan dan menyampaikan pesan.
Catat Ulasan