Itu kisah lalu. Tapi kan rupa-rupanya masalah rambut gugur ni boleh kembali balik jika tak jaga secara konsisten. Bukan setakat gugur je tapi rambut boleh rosak dan bercabang serta kusut.
So rambut zaza mula kembali rosak dan kusut akibat dari zaza kerap ikat rambut. Boleh kata 24jam zaza suka ikat rambut dan kurang jaga. Lama-lama rambut zaza jadi kembang, rosak dan kerap tersimpul dan gugur balik. Sampai la zaza terpaksa potong pendek dan buat rebonding rambut.
Tapi bila rebonding pun, jika tak dijaga dengan rapi dan konsisten, lama-lama pun boleh rosak juga. Jadi rambut zaza dah start nak rosak dan sedikit kusut. Malah dah start naik gatal sebab kelemumur.
Jadi nak elakkan dari jadi teruk macam dulu lalu tu, zaza terus nak cuba satu produk penjagaan rambut gugur iaitu Produk Lavoo Shampoo. Zaza ambil satu set Lavoo Shampoo ni. Dalam set ini ada Protein Essense Shampoo, Protein Essense Conditioner, Protein Peptide Tonic M&N ( Morning & Night ) dan Protein Caviar Treatment Mask untuk rambut.
Lavoo Protein Essense Shampoo
Zaza dah gunakan set Lavoo Shampoo ini dalam masa 2 minggu. Jadi zaza nak share la sikit pengalaman zaza pakai.
First, zaza guna Lavoo Protein Essense Shampoo. Guna agak-agak je untuk satu kepala. Bau shampoo dia selepas zaza letak kat kepala memang wangi dan sedap betul. Sambil gosok-gosok tu, garu sikit dekat bahagian kepala yang terasa gatal sebab kelemumur dan zaza biarkan dalam tempoh 5 minit lebih lepas tu baru cuci.
Lepas je siap cuci, memang terasa rambut lembut sangat. Btw, ada setengah shampoo yang bila pakai, rambut jadi kasar. Ada beberapa brand zaza guna, bila pakai rambut kasar. So pada zaza, kalau jadi macam tu, mungkin bahan dalam shampoo tu tak sesuai. Tapi bila zaza guna Lavoo Protein Essense Shampoo, rambut memang lembut dan halus je rasa. Serasi.
Untuk penggunaan shampoo ini, zaza pakai 3X je dalam seminggu.
Lavoo Protein Essense Shampoo ini sesuai untuk korang yang ada masalah rambut gugur dari akar, masalah kelemumur pada kulit kepala kering atau berminyak, rambut kusam atau mudah kusut dan rambut menipis atau mudah putus.
Paling utama dalam pemilihan sesuatu produk adalah memanstikan produk selamat dari bahan bahaya. So, Lavoo Protein Essense Shampoo ini SELAMAT, BEBAS PARABEN & SLS
Fungsi Lavoo Shampoo ini boleh membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur. melembut dan melembapkan rambut, mengatasi masalah kelemumur, mengurangkan kegatalan kulit kepala.
Lavoo Protein Essense Conditioner
Selepas dah shampoo, zaza gunakan pula Lavoo Protein Essense Conditioner. Yang ini pun guna agak-agak je. Ratakan conditioner pada seluruh rambut termasuk di hujung-hujung rambut dan bahagian belakang rambut ( dekat dengan leher tu )
Zaza biarkan dalam tempoh juga 5 minit lebih dan setelah itu baru bilas. Puas hati sangat bila dah bilas. Rambut bertambah-tambah lembut dan bau wangi sangat.
Lavoo Protein Essense Conditioner bagus untuk masalah rambut gugur kerana putus akibat dari rambut berwarna dan chemically-treate hair, rambut rosak, kasar & kering dan rambut kusam serta mudah kusut.
Dengan memakai Lavoo Protein Essense Conditioner ini, ia dapat membantu melembutkan rambut yang kering & kasar, meningkatkan kekuatan & keanjalan rambut untuk elak breakage/split end, melindungi helaian rambut daripada further damage, mengekalkan kelembapan rambut untuk jangka masa yang lebih lama, rambut lebih lembut dan bersinar
Selepas pakai conditioner, zaza lap kan sekejap rambut bagi tak terlalu basah. Lepas tu baru zaza sapu pula Protein Caviar Treatment Mask. Zaza just sapu guna tangan je dan biarkan dalam 5 minit dan selepas itu baru bilas.
Hasilnya rambut sangat-sangat lembut, lurus dan tak kusut. Happy betul rasa.
Untuk Protein Caviar Treatment Mask. korang boleh ikut step sebenar penggunaan :
- Guna treatment mask selepas selesai shampoo (2-4 kali seminggu)
- Squeeze out excess water & apply hair mask pada helaian rambut yang lembap from the mid to ends of the hair (avoid scalp)
- Wrap rambut dengan hot towel & biarkan selama 5-10 minit
- Bilas sehingga bersih
- Towel-dry hair & apply hair serum
Fungsi Protein Caviar Treatment Mask ini untuk membantu perbaiki struktur rambut rosak, kasar dan kering mengembang. Ia dapat menguatkan helaian rambut dan mengurangkan rambut putus.
Protein Peptide Tonic M&N ( Morning & Night )
Selepas selesai, zaza keringkan rambut dan akhir sekali barulah zaza pakai Protein Peptide Tonic M&N ( Morning & Night ) iaitu tonic rambut. Hanya sembur je dekat kulit kepala.
- Goncang perlahan & part hair section by section
- Spray tonic directly pada kulit kepala yang lembap dan kering
- Urut perlahan secara circular motion
- Basahkan kulit kepala atau toweldry rambut yang sudah dicuci
- Spray tonic pada kulit kepala yang lembap
- Urut perlahan secara circular motion
Pemakaian tonik rambut ini bagus tau untuk masalah rambut gugur yang teruk sehingga ada kawasan yang menipis. Untuk rambut yang hampir botak, kulit kepala gatal-gatal dan masalah kelemumur serta jangkitan kulit kepala.
Piroctone Olamine
- Merawat fungal infections (termasuk yang menyebabkan kelemumur)
- Menggalakkan pertumbuhan anak rambut
- Mengurangkan rambut gugur & meningkatkan diameter rambut
- Mengekalkan kelembapan rambut
- Melicinkan tekstur batang rambut yang kasar
- Meningkatkan daya ketahanan folikel rambut (rambut masih boleh tumbuh semula if the follicle is still intact)
Fungsi dan kebaikan Protein Peptide Tonic M&N
- Merangsang folikel rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut
- Regenerate & menguatkan akar rambut
- Sesuai untuk keguguran rambut secara genetik (hereditary hair loss)
- Mengawal penyebaran Malassezia globosa
- Merawat kulit kepala dari jangkitan kulat pada kulit kepala & kelemumur (seborrheic dermatitis)
Pengalaman Guna Set Lavoo Shampoo Selama 2 Minggu
Selepas zaza dah guna selama 2 minggu, apa yang boleh zaza katakan, pertama rambut memang jadi lembut sangat, lurus dan tak kusut atau bersimpul.
Paling best rambut terasa wangi je macam baru lepas cuci dekat salon. Bauannya pun kekal hampir 24jam. Sebab hari tu zaza guna masa mandi petang. So, selepas keesokannya di waktu nak zohor tu, bau wangi tu masih ada walaupun dah tak kuat sangat. Memang sedap tau bau set lavoo shampoo ni.
Rambut memang kelihatan lurus dan nampak lebih sihat. Bila nak sikat rambut pun syok je lurus dan halus.
Untuk masalah kelemumur dan gatal kepala, sebab zaza baru guna baru 2 minggu, jadi kelemumur tu belum hilang lagi. Tapi untuk gatal-gatal pun macam ada sikit pengurangan. Apa pun untuk kelemumur, zaza kena konsisten pakai sampai habis baru boleh nampak kesannya nanti macam mana.
Kalau tanya zaza, adakah zaza akan beli lagi Lavoo Shampoo ini kalau dah habis nanti? Adakah berbaloi?
Jawapan zaza, YA. zaza akan beli sebab memang rasa berbaloi dan puas hati guna. Paling sedap masa sembur hair tonik tu dekat rambut. Rasa nak sembur banyak-banyak tau. Zaza suka gila dengan bau hair tonik tu.
Harga dan Pembelian
Kalau korang nak try set Lavoo Shampoo ini, boleh dapatkan PROMOSI SET BUCKET di bawah.
Pembelian boleh dibuat melalui :
Facebook : Lavoo Beauty
Instagram : @lavoobeauty
Websites : www.lavoohq.com
Lengkap set Lavoo Shampoo ni. Tak risau dah rambut rosak lepas ni kan.
BalasPadamNad memang pakai shampoo ni. Best.. Rambut dah semakin sihat
BalasPadamMenarik... Satu set lengkap semua ada. LeYa pun rambut gugur.. Boleh lah try ni..
BalasPadamCatat Ulasan