My Outfit Laleesa Ruffle Layered Dress


Sekarang ini zaza dah obses nak beli baju dress labuh semuanya gara-gara bila kebanyakan baju blouse yang zaza pakai dah tak berapa fix dengan badan. Tiba-tiba je berat badan dah naik. Beza sangat masa dua tiga tahun dulu. Jadi banyak baju blouse zaza pakai semuanya dah macam ikut bentuk badan, nampak chubby..jadi zaza bertukar penampilan dengan memilih dress labuh. Barulah nampak slim dan bergaya sikit.

Kebiasaan zaza pakai saiz S untuk dress. Jadi bila servey dekat banyak butik baju kebanyakan saiz S bagi bahu dan labuh macam orang yang pakai saiz M. Zaza ni pendek je orangnya. Sampai lah zaza terjumpa satu jenama pakaian dengan saiz yang sesuai untuk zaza. Saiz yang tepat.

My Outfit Laleesa Ruffle Layered Dress


Brand Laleesa. First time tengok baju-baju dia memang design up to date. Design-design sekarang yang ramai intsa-insta femes di instagram pakai. Kebanyakan zaza jumpa dekat butik-butik Indonesia di instagram tapi mereka tidak buat delivery ke Malaysia. Nasib baik zaza jumpa Laleesa ni.

Zaza dah dapatkan tiga helai baju kat sini. Laleesa Ruffle Layered Dress je yang sempat zaza pakai dan shoot photo. Lagi dua nanti bila zaza free, zaza share okay. Kualiti kain pun zaza memang puas hati dan yang penting harga baju-baju dress Laleesa ni semuanya dibawah RM60.

Catat Ulasan

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.