Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Main Game Online Kanak-Kanak di Calculators.org

Sabtu, Ogos 06, 2022


Kalau zaman kecil dulu memang cukup seronok bila dapat bermain komputer milik abang punya. Sebab zaman dulu, abang je ada komputer. Bila dia bagi guna, memang happy sangat sebab itulah waktu dapat bermain game dekat pc. Dalam kalangan adik beradik, zaza je yang ikut perangai macam abang. Kakak-kakak yang lain semuanya kurang minat.

Banyak game online kanak-kanak zaman dulu yang zaza pun dah tak ingat nama game itu. Bermain game memang seronok sebenarnya. Dapat hilangkan stress atau hilangkan rasa mengantuk asalkan bermain mengikut waktu yang ditetapkan. Maknnya tak berlebihan sehingga mengabaikan perkara lain.

Hari itu, zaza ada terjumpa tempat main game online percuma dan ia mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak zaza iaitu dekat website main game online Calculators.org

Main Game Online Kanak-Kanak di Calculators.org

Bila zaza buka website game tu kan, Ada game kanak-kanak yang pernah zaza main. Walaupun nama game dan lakaran game tu mungkin tak sama seperti zaman kanak-kanak zaza yang lalu, tetapi cara bermain tetap sama.

Sekarang nak main game semuanya dah mudah bila dah ada online. Zaza pun terus lah tengok game apa yang nak main dekat Calculators.org ni. Zaza kongsi sikit game yang menarik hati zaza untuk bermain.

Chutes and Ladders Board Game Online

Main Game Online Kanak-Kanak di Calculators.org

Kalau dekat Malaysia, ia disebut game Dam Ular.  Game paling popular dan klasik yang disukai kanak-kanak. Berdasarkan apa yang zaza baca, Game Dam Ular ini merupakan ciptaan masyarakat India Kuno. 

Bermainnya cukup mudah. Pilih mode bermain dan pilih sama ada ingin bermain menentang manusia atau bermain menentang komputer. Kemudian pilih berapa bilangan pemain dan warna. Dan boleh terus bermain dengan menekan dadu di sudut kanan bawah skrin. Kalau nak bermain boleh tekan Chutes and Ladders Board Game Online


Game Master Chess

Main Game Online Kanak-Kanak di Calculators.org

Game Master Chess ni zaza suka juga bermain. Hari tu zaza ada main secara online juga dekat laman web lain. Jadi seronok pula. Susah juga nak main chess ini. Menguji kesabaran haha sebab asyik kalah je kan bila main.

Untuk bermain, perlu memilih untuk bermain menentang komputer atau pilih dua pemain untuk bermain menentang komputer manusia lain yang berkongsi komputer dengan anda. Anda boleh menetapkan kesukaran bermain pada 1,2 atau 3 bintang.

Pemain memindahkan mana-mana 16 buah mereka mengikut peraturan catur standard. Permainan berakhir melalui kebuntuan (apabila seorang pemain tidak boleh membuat langkah yang sah) atau checkmate (apabila seorang pemain mempunyai pemain lain dalam kawalan dan tidak boleh memindahkan raja keluar dari kawalan).

Permainan ini menunjukkan jam balas di bahagian bawah sebelah kanan untuk pemain pertama & jam bermain di kiri atas untuk komputer atau pemain kedua. Kalau nak bermain boleh tekan Master Chess


Battleship War

Main Game Online Kanak-Kanak di Calculators.org

Zaza memang suka betul bermain game perang. Antara favorite game perang yang zaza suka adalah Red Alert 2 Roll. Tapi game tu kena install dekat pc. Untuk game Battleship War ni, hanya main terus je secara online dekat sini. 

Main Game Online Kanak-Kanak di Calculators.org

Game yang simple tapi kena rancang strategi untuk memusnahkan pihak musuh. Kalau tak faham cara bermain, dalam setiap game sudah ada penerangan cara untuk bermain.

Kalau nak bermain boleh tekan Battleship War


Untuk bermain game lain, boleh main dekat Free Online Education Games. Kalau rasa boring ke, penat bolehlah layan. Ajak anak-anak sekali main sama-sama pun seronok dan boleh mengembirakan mereka.






2 ulasan

  1. Semua game2 dia best2 kan. Mengimbau kenangan main game zaman kanak2 dulu.

    BalasPadam
  2. Banyak games yang boleh dipilih. Yang penting, takde gangguan iklan. Enjoy je

    BalasPadam


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!