Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Kebun Rumah | Carissa Carandas Fruit atau Asam Renda

Sabtu, Julai 02, 2022

Sebenarnya zaza suka juga buat aktiviti menanam kerana zaza pernah belajar dalam bidang ini. Tapi dekat rumah yang rajin menanam pokok disekeliling adalah abah dan mak. Kebiasaan yang suka tanam pokok-pokok buah abah. Mak pula lebih suka dengan pokok bunga.

Hari itu, zaza ada ternampak di tepi pagar kebun ada pokok berbuah merah. Nasib baik sekarang ini dah senang nak cari "apakah pokok ini". Hanya guna google lens je terus dapat jawapan tentang pokok yang zaza nampak itu.Rupanya itulah pokok Carissa Carandas Fruit atau di Malaysia ia dipanggil dengan nama Asam Renda. zaza tak pasti apakah nama asam renda ini disebut asam renda di setiap negeri atau ada nama lain.

Mengikut sumber carian yang terdapat di web Jabatan Pertanian Pulau Pinang, buah asam renda ini mempunyai beberapa khasiat seperti baik dalam merawat gusi berdarah, baik untuk merawat demam, sembelit dan ulser mulut. Ia juga baik untuk merawat masalah kulit dengan cara menggunakan jus buah untuk disapu pada kulit. Sebagai racun serangga dengan cara menghancurkan akar untuk menghalau serangga dan boleh digunakan dalam masakan sebagai penganti asam keping.

Pokoknya mempunyai duri pada ranting dan buahnya mempunyai getah. Berbentuk bujur dan merah. Apabila masak ia berwarna merah gelap ( seakan gelap buah anggur ). Zaza dah rasa buah yang masak. Memang sedap terasa seperti buah asam. Selain dimakan begitu sahaja, buah asam renda juga boleh dibuat jeruk.

Kebuh Rumah | Carissa Carandas Fruit atau Asam Renda

2 ulasan

  1. Pertama kali tahu tentang Asam Renda ni. Tak sangka boleh makan eh

    BalasPadam
  2. cantik!
    boleh dimakan.
    dan memperindahkan laman :)

    BalasPadam

Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!