Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Cuti sekolah seminggu hari tu zaza luang masa ikut abang dan keluarganya pergi bercuti dekat Johor. Rasanya ini kali kedua zaza datang Johor. Pertama kali datang semasa zaza study. Ada kursus dekat sana. Lama juga lah. Lebih 10 tahun lalu.Percutian dekat Johor selain berjalan tengok suasana di Pantai Batu Layar dan Pantai Desaru, kami menginap di Chalet Jojo Rakit yang terletak di Kampung Tanjung Buai.

Untuk sampai ke sini, agak jauh juga nak masuk sebab kena lalui jalan macam jalan ladang. Tapi sepanjang lalu jalan tu, boleh nampak pemandangan indah Jambatan Sungai Johor. Tapi zaza tak sempat nak ambil gambar pemandangan tu sebab dalam kereta sedang bergerak.

Untuk masuk kesini juga perlu melalui Kampung Tanjung Buai. Seronok tengok suasana kampung ni. Sampai je kena menunggu dekat Jeti sebab perlu naik bot untuk ke Chalet Jojo Rakit.

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor
Kelihatan Chalet Jojo Rakit terletak di tengah air

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor
Bot yang mengambil penumpang di jeti

Sampai sahaja, seperti biasalah check in dan diberi bilik paling hujung sekali. Bilik memang okay tapi zaza tak ambil gambar pun sebab ramai-ramai kan. Dah sampai terus letak segala beg dan barang. Ada yang berehat keletihan

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Ada beberapa bilik dekat sini. Setiap bilik dinamakan sempena nama ikan. Disini ada aktiviti memancing. Jadi bolehlah bawa alat mancing.

Makanan pula, tak payah risau sebab dekat sini ada lot kedai masakan panas dan jajan. Tapi kalau korang nak bawa makanan sendiri pun boleh. Ada dapur untuk memasak.

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Masakan panas yang korang boleh cuba nasi Goreng Pepahat, Nasi Goreng Ketam, Nasi Goreng Seafood dan masakan Ala Carte. Masakan bermula RM5 hingga belas-belas ke atas. Boleh tengok senarai menu dan harga yang disediakan. Sarapan pagi pula diberi nasi lemak oleh Chalet Jojo.

Sepanjang berada disini juga, korang boleh menyaksikan setiap beberapa minit kapal terbang lalu lalang. Bawa budak-budak memang teruja la mereka dapat tengok kapal terbang lalu lalang.

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Untuk budak-budak pula, ada kolam mandi dan tempat permainan. Waktu petang memang meriah sebab budak-budak mandi dan bermain. Sebenarnya zaza ada ambil gambar anak buah dan budak lain mandi kolam tapi zaza dah terdelete sebab baru ni zaza clearkan phone. Tak dapat nak share kemeriahan budak bermain. Nasib baik dalam kamera ada satu gambar kolam ni.

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Belah malam pula, boleh melepak dekat depan lot kedai masakan panas ni. Sambil makan malam, korang boleh karaoke sambil lihat kapal terbang lalu lalang waktu malam.

Aktiviti memancing pula, tak banyak ikan dapat. Tapi ada zaza tengok orang lain ikan besar-besar. Tak ada rezeki nak dapat ikan besar. 

Chalet Jojo Rakit Kampung Tanjung Buai Johor

Memang berbaloi sangat lah menginap dekat rumah rakit sini. Kalau korang pergi lebih 5 orang, better ambil 2 bilik. Bilik mandi terletak di belah luar. Bilik mandi pun ok.

Chalet Jojo Rakit Tanjung Buai, Johor

Pertanyaan & Tempahan

CALL: 019 - 772 4656 / 013 - 770 5220

2 ulasan

  1. Bestnya bercuti kat rumah rakit macam ni. tak pernah ada pengalaman lagi.

    BalasPadam
  2. Wahhh... Menarik juga. Nanti boleh lah dijadikan tempat bercuti ke sini... Rasa pengalaman bermalam di tengah lautan

    BalasPadam

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.