Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty. Selain suka shopping baju dan barangan makeup, kasut juga antara barangan yang suka zaza beli. Hari itu kasut yang biasa zaza pakai jalan-jalan dah rosak dan bercadang untuk membeli kasut yang baru. 

Kebiasaan zaza lebih gemar mengenakan kasut jenis flat berbanding heels sebab pernah terjadi banyak kali bila pakai kasut heels je mesti kaki zaza terpeleot ( atau bahasa orang lain sebut terseliuh ). Baru ni masa pakai kasut heels kakak punya, kali zaza terpeleot dua kali. Sudahnya kaki kiri sakit dan terpaksa berurut.  

Memang fobia la nak pakai heels selepas ni. Sebab itu zaza lebih suka pakai jenis flat je. Senang nak bergerak ke, berlari ke, turun dari bukit-bukit tinggi ke..

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Lucca Vudor Jenama Kasut Singapore Berkualiti

Untuk jenama kasut kali ini, zaza pilih jenama LUCCA VUDOR. Pertama kali juga zaza kenali jenama ini. Lucca Vudor adalah jenama kasut dari Singapore. Zaza tahu pasal jenama ini pun bila nampak ada rakan-rakan zaza share dekat media sosial mereka. Jadi zaza tak lepaskan peluang juga untuk dapatkan juga kasut Lucca Vudor ini.

Setiap kasut dihasilkan menggunakan buatan tangan dan diperbuat daripada bahan kulit tulen seperti kulit lembu dan kulit kambing yang lembut dan berkualiti.

Memandangkan ia bersifat organik, jadi tentu saja akan ada ketidaksempurnaan, kecacatan dan perbezaan ton warna semasa penghasilan kasut. Walaubagaimanapun, Lucca Vudor akan berusaha memastikan setiap warna tepat dalam imej digital mereka.

Oh ya, kasut Lucca Vudor ini pun mempunyai cawangan dekat Malaysia tau. Korang boleh walk in terus jika berdekatan. Ia terletak di Atria Shopping Gallary, Petaling Jaya, Selangor.


Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty
Perbezaan kasut jenama X dan jenama Lucca Vudor


Kasut Mewah, Buatan Tangan Secara Tradisional

Setiap kasut Lucca Vudor direka khas buat wanita untuk keselesaan sepanjang hari.

  • Top Italian design dan kualiti
  • Menggunakan kulit anak lembu dan kambing yang berkualiti tinggi untuk keselesaan yang lembut
  • Ruang tambahan untuk jari kaki yang halus – tiada luka atau gosokan yang menyakitkan!
  • Insoles kusyen direka khas untuk sokongan dan daya angkat tambahan ( added support and lift )

Kasut yang tidak berkualiti bukan sahaja mencederakan dan parut kaki melalui lepuh dan luka, ia juga memberi kesan negatif kepada kesihatan, postur dan kesejahteraan kaki dalam jangka masa panjang. 

Review Kasut Lucca Vudor Fantasia A888-3

Untuk kasut dekat Lucca Vudor ini, setelah zaza buat servey seminggu akhirnya zaza pilih kasut flat Lucca Vudor Fantasia A888-3 ( white gold ). Asalnya zaza nak pilih warna beige tapi tak ada stok. Terlihat pula warna white gold ini, terus zaza tempah.


Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Sebaik je sampai dekat rumah, zaza terus buka kotak kasut dan lihat kasutnya. Terus rasa excited sebab kasut ini tebal, cantik, dan sedikit berat. 

Diperbuat dengan signature Lucca Vudor Pressure Relieving Sole. Kasut yang kelihatan anggun,bergaya, selesa dan sporty. Bukan sahaja sesuai untuk jalan-jalan, tapi sesuai juga untuk bersukan.

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty


Lucca Vudor melapik khas bahagian dalam dengan kusyen tambahan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan untuk berjalan lama. Kedua, semua kasut diperbuat daripada kulit yang paling lembut. Bila zaza pakai, memang cukup selesa sangat. Sepanjang zaza pakai semasa keluar jalan ke bandar baru-baru ini pun, tak rasa sakit kaki dan kaki pun boleh bernafas.

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty



Zaza suka design kasut ni yang tebal. Memandangkan zaza agak pendek, bila pakai kasut jenis flat yang tebal, jadi nampaklah zaza sedikit tinggi.

Kasut Fantasi A888-3 ini menggunakan lambskin ( kulit kambing ) dan tapak luar menggunakan getah.

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Dari segi saiz pula, zaza ambil saiz biasa yang zaza pakai iaitu saiz 36. Memang ngam dan pakai pun best.

Lucca Vudor menggunakan saiz Asia dan Eropah. Saiz kasut yang ditawarkan bermula saiz 35 hingga 41 untuk kebanyakan reka bentuk.

Untuk mencari saiz kasut yang sesuai dengan korang, dicadangkan untuk mengukur panjang kaki dan membandingkannya dengan jadual saiz kaki di bawah :

Review Lucca Vudor Shoes Dengan Design Stylish dan Sporty

Oleh kerana reka bentuk yang berbeza dan  mempunyai potongan berbeza, reka bentuk yang berbeza dengan saiz yang sama akan berbeza dari segi keselesaan dan kesesuaian. Jadi mungkin perlu ambil satu saiz yang kecil atau besar untuk mendapatkan kasut dengan kesesuaian saiz yang terbaik.

Namun, jika korang mempunyai saiz yang lebih dari yang ada, korang boleh buat tempahan dengan mengubungi pihak Lucca Vudor. 

Boleh menghubungi Lucca Vudor di talian +6592304287 atau e-mel kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Selain kasut flat, ada pilihan lain juga seperti Heels, Sandals, Slippers dengan pelbagai design yang cukup mewah, bergaya dan klasik.

Pembelian Kasut Lucca Vudor

Bagi pembelian online, Lucca Vudor menyediakan Free Delivery ( tiada perbelanjaan minimum ) buat pelanggan Singapore dan Malaysia. Emel akan dihantar setelah pesanan korang telah dihantar dan korang akan terima kasut dalam tempoh 5 hari bekerja. 

Pembelian boleh dibuat terus di :


CAWANGAN SINGAPORE

Suntec City #02-346
3 Temasek Boulevard Singapore 038983
Opening Hours: 11.00AM TO 8.30 PM

Star Vista #01-30
Envy And Pride
1 Vista Exchange Green Singapore 138617
Opening Hours: 11.00AM TO 9.00PM

Beauty World Centre #02-30
Envy And Pride
144 Upper Bukit Timah Road Singapore 588177
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM

CAWANGAN MALAYSIA

Atria Shopping Gallary G-15
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Pretaling Jaya,Selangor, Malaysia
Opening Hours: 11.00AM TO 7.00PM

 

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama