Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang


Assalamualaikum, Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini. Macam mana korang semua? Harap semua sihat dan ceria selalu.Baru-baru ini zaza dan rakan zaza datang ke Kuantan atas sedikit urusan kerja. Jadi pada hari tu, kami staycation dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Dah lama tak jalan-jalan dan menginap dekat sini. Pertama kali zaza jejak hotel ini sekitar tahun 2018.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang
Bahagian lobi hotel


Kami bergerak dari rumah dalam jam 3.30 petang dan sampai dalam jam 5.30 petang. Dua jam juga perjalanan sebab beberapa kali ada jem tapi nasib tak lama. Sampai-sampai je disambut oleh pelayan tetamu dan terus menuju ke kaunter untuk pendaftaran check in.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ancasa Royale Hotel telah ditubuhkan sejak 2014.  Ancasa Royale Hotel ini merupakan sebuah hotel dari Ancasa Hotels dan Resort dan ia merupakan rangkaian hotel milik UDA Holding Berhad ( UDA ).

Selain di Pekan Pahang, hotel ini juga mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Seremban. Antaranya Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express@Pudu yang terletak di Kuala Lumpur, Ancasa Residemces Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan Pahang.

Zaza dan rakan zaza menginap dekat hotel ini selama 3 hari 2 malam. Hotel Ancasa Royale Pekan ini mempunyai 7 tingkat dan merupakan Hotel bertaraf 4 Bintang dan ia terletak berdekatan dengan Sungai Pahang dan dalam jarak yang dekat dengan tarikan tempatan yang berdekatan. Laluan di tebing sungai dari Masjid Diraja Abu Bakar menuju ke Muzium Sultan Abu Bakar adalah Laluan Warisan Pekan.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang


Hotel ini mempunyai bilik sebanyak 133 bilik yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1unit Suite Eksekutif dan 1 unit Premier Suite.

Zaza menginap dekat bilik Deluxe Premier Twin dengan pemandangan tepi kolam dan sungai yang menenangkan.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ancasa Royale Pekan ini mempunyai 133 bilik dengan pemandangan panoramik sungai dan katil yang selesa. Bilik juga dilengkapi dengan beberapa peralatan seperti TV, penghawa dingin, seterika, pemanas air ( cawan, minuman teh dan kopi ) dan ruang tempat duduk.  

Bilik mandi juga dilengkapi dengan tab mandi, peralatan mandian dan pengering rambut.

Bagi yang ingin mandi kolam, turut disediakan kolam renang di luar hotel dan taman permainan untuk kanak-kanak.

Hari kedua menginap, zaza dan rakan berkesempatan untuk buat sesi tour hotel. Dimana kami dibawa untuk melihat-lihat bilik-bilik hotel yang ada.

Dapat jugalah masuk dan lihat bilik mewah yang ada antaranya Bilik Suit, Junior Suite, Executive Suit, dan Premier Suite.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Bilik Suite

Suite Keluarga menawarkan bilik yang luas dan bergaya dengan penghawa dingin, tingkap besar dan balkoni dengan ruang kerja yang luas. Ruang tamu bergaya dipisahkan oleh dinding privasi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

Kemudahan yang ada seperti Tab Mandi, Safe Deposit, Aircond, Pengering Rambut, IDD Telephone, Working Desk, Seterika, Mini Fridget, Private Batroom, Bathrobe Satellite Channels, Karpet, Wake-up Servis, Alarm Clock, Coffee & Tea, Wifi, dan Selipar.

Junior Suite

Suite Junior menawarkan bilik-bilik yang luas dan bergaya dengan penghawa dingin, tingkap-tingkap besar yang menghadap ke sungai dan ruang kerja yang luas. Ruang tamu bergaya dipisahkan oleh dinding privasi. Bilik mandi peribadi mempunyai tab mandi.

Kemudahan sama seperti bilik Suit cuma ada penambahan Living Room.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang


Executive Suite

Bilik tidur yang elegan dengan katil bersaiz King, ruang makan dan ruang tamu, satu TV plasma di bilik tidur dan ruang tamu, ruang tempat duduk dan internet berkelajuan tinggi percuma. Bilik mandi yang direka dengan menarik dilengkapi dengan pancuran mandian hutan hujan, tandas berasingan dan singki.

Kemudahan yang ada seperti Living Room, Dining Area, Pantry, Tab Mandi, Safe deposit, Aircond, Pengering Rambut, IDD Telephone, Working Desk, Seterika, Mini Fridget, Private Batroom, Bathrobe Satellite Channels, Karpet, Wake-up Servis, Alarm Clock, Coffee & Tea, Wifi, dan Selipar.

Premier Suite

Perabot elegan dalam warna tanah yang menenangkan memberikan latar belakang yang sempurna untuk tidur nyenyak di atas katil empuk. Suite premier ini mempunyai ruang tamu berasingan yang menawarkan privasi ruang peribadi anda semasa perbincangan atau perjumpaan berlangsung di ruang tamu.

Kemudahan yang disediakan seperti Wardrobe atau closet, Bidet, Towels, Clothes rack, Black Out Curtain, Tab Mandi, Safe deposit, Aircond, Pengering Rambut, IDD Telephone, Working Desk, Seterika, Mini Fridget, Private Batroom, Bathrobe Satellite Channels, Karpet, Wake-up Servis, Alarm Clock, Coffee & Tea, Wifi, dan Selipar.

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang
View indah di tepi tingkap

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang
Bahagian pintu lif hotel

Staycation 3 Hari 2 Malam di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang
Kolam renang - kredit gambar kolam renang
Ancasa Royale Hotel Pekan

Kemudahan lain yang ada seperti bilik gymnasium . Percuma untuk tetamu hotel. Bilik gymnasium ini mempunyai penghawa dingin dan peralatan untuk range of weights, resistance dan cardio gym equipment. Ada beberapa lagi kemudahan lain dekat sini.

Hari ketiga tu, tak buat sebarang aktiviti. Jadi duduk dibilik je sampailah tiba waktu check out. Alhamdulillah rasa seronok sangat dapat staycation dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang ni. Selain atas urusan kerja, zaza juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan lain yang dikenali dekat media sosial ( rakan-rakan itu pun atas urusan kerja yang sama dekat hotel ini )

Oklah, Bagi sesiapa yang ingin menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi :


Alamat : Ancasa Royale Pekan, Pahang, No 2670,
Kampung Peramu, Jalan Pekan-Kuantan, 26600 Pekan, Pahang
Telefon : +609-424 6600
Faks : +609-424 6700
Email : ar.reservation@ancasahotels.com



1 ulasan

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.