Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang | Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Dah lama rasanya tidak berbuka puasa diluar semenjak wabak covid 19. Rasanya dah 2-3 tahun juga kan. Tapi alhamdulillah untuk ramadan kali ini, kita semua dah boleh berbuka puasa di luar asalkan ikut sop yang telah diarahkan. 

Sekali sekala kalau malas masak ke, seronok juga kan berbuka puasa dekat luar bersama keluarga. 

Baru-baru ini zaza berkesempatan untuk berbuka puasa dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Rindu juga nak datang sini. Kali terakhir tak silap zaza tahun 2018 kot zaza pernah berbuka puasa dekat sini.

Tapi zaza pergi berbuka dekat Ancasa Royale Hotel tu dengan kawan dan zaza bawa anak buah seorang sebagai peneman.

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet kali ini mengetengahkan konsep "Poh Paleh Wey". Walaupun zaza duduk pahang tapi zaza tak faham maksud dialek pahang,  Poh Paleh Wey tu. Mengikut perkongsian dari rakan zaza, maksud Poh Paleh Wey tu macam " Hebatlah Awak atau Memang Hebat". Zaza ada juga cari dekat google maksudnya tapi macam tak banyak info. Kalau ada pembaca-baca blog zaza yang tahu maksud sebenar nanti share dekat komen okayy..

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Hidangan yang disediakan pun cukup meriah dan sedap. Banyak betul menu dan zaza ambil semua jenis menu tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab nak rasa. Menu utama nasi briyani dan nasi putih.

Selebihnya yang paling zaza suka sekali masakan daging dan ikan patin masak tempoyak. Memang umpp sangat.

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Selain hidangan menu utama, zaza turut cuba dessert yang disediakan. Tapi dessert ni zaza tak ambil banyak mana. Dalam 6-7 ketul dessert sebab nak cuba. Ambil banyak-banyak nanti takut tak habis sebab makan berdua je dengan anak buah. Dessert pun memang sedap juga. 

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Lepas makan dessert, zaza ambil buah potong sikit dan juga kambing bakar. Alhamdulillah menu-menu yang berbaloi untuk dicuba. Puas dapat makan pelbagai masakan yang enak dekat sini.

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Selain makan-makan, ada juga persembahan live yang memeriahkan lagi majlis berbuka puasa dekat sini.

Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang

Pakej Ramadan Buffet Poh Paleh Wey

Bagi yang bercadang nak berbuka puasa di luar dan berada di sekitar Kuantan, bolehlah berbuka puasa dekat sini.

Harga pakej berbuka puasa seperti berikut :

RM98 - Dewasa
RM58 - Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
RM58 - Warga emas ( 60 tahun ke atas )


Jika ada yang berminat untuk mendapatkan pakej ini dan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian 018 - 916 1462.

Boleh juga mengikuti mereka di :

Facebook : Ancasa Royale Pekan, Pahang








Catat Ulasan

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.