Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman

Selasa, Jun 21, 2022

Buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman | Assalamualaikum. Alhamdulillah pejam celik dah masuk 11 ramadan dah. Syukur kerana masih mampu untuk menunaikan ibadah puasa ini.

Korang pernah tak baca buku motivasi "Bersangka Baik Pada Tuhan"..? Buku ini zaza pernah review masa tahun 2020. Penulis buku ini adalah Syira Lokman. Selain dari buku ini, ada dua buku lain yang pernah dihasilkan iaitu Fragile dan Serenity

Kenapa kita perlu baca buku motivasi?

Pada zaza semua orang perlu ada motivasi dalam diri. Sebab itu, kita perlu baca buku motivasi kerana ia merupakan salah satu medium untuk membantu seseorang membentuk keyakinan selain menambah ilmu dan menajamkan memori.

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman


Untuk tahun 2022, penulis Syira Lokman sekali lagi telah menghasilkan sebuah lagi buku motivasi bertajuk "Bahagia Cara Kita"

Zaza percaya semua orang ada fasa rasa down, kurang yakin diri dan rasa tak bahagia. Cuba kita tarik nafas, bertenang dan fikir apa yang buat kita rasa down, tak yakin dan tak bahagia?

Perkara yang buatkan kita tak yakin dan tak bahagia

  • Sering merungut
  • Sering menyalahkan
  • Negative Self Talk
  • Memilih kawan yang salah
  • Sering memikirkan dan mengungkit kisah silam
  • Meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu
  • Ingin menjadi terlalu sempurna
  • Membiarkan ketakutan menguasai diri

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman

Sebab itu penulis mengajak kita untuk mencari "Bahagia Cara Kita". Menurut penulis, 

"Kita selalu berusaha untuk hari esok yang lebih baik. Namun apabila esok tiba, kita masih lagi berfikir bagaimana mahukan hari esoknya yang lebih baik berbanding menikmati hari yang kita sedang lalui. Kita tidak berasa puas dan selalu mahukan lebih lagi sehingga terlepas menikmati hari ini. Kita tercari-cari bahagia yang sepatutnya kita miliki. Kita tercari-cari di mana bahagia yang selama ini kita nantikan setiap hari.

Hakikatnya, bahagia itu ada dalam diri kita. Bahagia dengan cara kita, tanpa perlu membanding-bandingkan dengan sesiapa."

Dalam buku Bahagia Cara Kita ini, ada banyak perkongsian menarik yang dikupas antaranya,
  • Kenali dan Terima Diri Sendiri
  • Buat Pilihan yang Jujur
  • Rancang dan Bertindak
  • Memaafkan untuk Apa?
  • Jaga Hubungan dengan Allah Jaga Hubungan dengan Makhluk
  • Bayar Hutang dan Mula Menyimpan
  • Kawal Emosi
  • Doakan Diri Sendiri dan Orang Lain
  • Hentikan Mengata, Mencarut, dan Membuka Aib
  • Beri Pujian dan Galakan
  • Bantu Orang Lain
  • Jangan Bandingkan. Hargai dan Nikmati Hari Ini
  • Bertenang dan Stop Overthinking
  • Tidak Perlu Buktikan Apa-apa kepada Sesiapa
  • Jauhkan Diri daripada Toxic People
  • Jaga Pemakanan dan Waktu Tidur
  • Tambah Ilmu dan Sibukkan Diri dengan Hobi
  • Ubah Cara Berfikir
  • Jangan Bergantung kepada Orang Lain
Kalau nak tahu apa isi cerita setiap tajuk, kena la dapatkan buku ini okayy..

Apa yang best yang ada pada buku ini?

Buku ini datang dengan rekaan kulit buku yang berkualiti dan cetakan berwarna pada setiap helaian. Pastinya memukau dan buat kita makin bersemangat nak membaca bila adanya cetakan berwarna sebegini.

Buku ini juga bagi zaza amat cantik dengan banyak illustrasi bunga-bungaan dan kartun. Selain karangan motivasi, terdapat juga kata-kata indah ( macam mutiara kata ). Diselitkan juga doa dan selawat seperti Doa Nabi Yunus, Doa Harian, Bismillah 5, Selawat Tafrijiyyah, Selawat Fatih, Doa Agar Dimudahkan Melangsaikan Hutang dan banyak lagi yang diselitkan dalam buku ini.

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman

Bagus juga ada selit doa dan selawat ini sebab zaza sendiri pun banyak dah lupa. Lepas ini boleh lah baca dan hafal balik. 

Banyak tip yang dikongsikan penulis macam mana untuk kita rasa bahagia dengan cara kita. Setiap ayat yang disampaikan juga cukup santai dan mudah untuk kita faham.

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman

Pada zaza, buku ini memang sesuai sangat untuk bacaan pada semua peringkat umur. Kalau nak beli dan bagi hadiah pun sesuai sangat.

Oklah, ini serba ringkas yang zaza dapat tulis mengenai buku ini. Zaza tak berapa pandai sangat nak mengulas isi buku sebab tu tak boleh nak jadi penulis sangat hehe. Tapi buku motivasi memang antara buku yang menjadi pilihan zaza untuk kumpul. 


Latar Belakang Penulis

Syira Lokman merupakan anak jati negeri Perak Darul Ridzuan, dan dilahirkan pada tahun 1994. Beliau mendapat pendidikan menengah di SMK Tasek Damai dan SMK Jalan Tasek, Ipoh, Perak. Beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling di Universiti Malaya.

Beliau yang juga merupakan penerima Anugerah Graduan Cemerlang dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2013 mula berjinak-jinak sebagai penulis dengan menulis di blog syiralokman.blogspot.com seawal usia 17 tahun. Beliau kemudiannya melebarkan sayap dalam dunia penulisan sebagai penulis puisi yang berjudul Aku Mahu Capai Langit Itu dan Dunia Itu, yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa.


Buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman

Buku Bahagia Cara Kira by Syira Lokman


Kalau korang nak dapatkan buku ini boleh terus membuat pembelian di :

Cara pembelian buku motivasi Bahagia Cara Kita

1. Beli di shopee RimbunanMall.os
2. Beli di instagram @rimbunanpublishing
3. Beli di shopee Gallery Bookstore
4. Beli di Gallery Bookstore berhampiran anda.





Catat Ulasan


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!