Tanda Gejala Covid-19 Dan Bagaimana Kuarantin Di Rumah. Assalamualaikum, Dua tiga minggu ini memang agak lemau juga rasa. Dengan musim hujan, musim covid. Orang terdekat, kawan-kawan yang jauh ramai yang kena covid. Semoga mereka yang sedang alami covid cepat sembuh.
Alhamdulillah buat masa ni zaza negatif. Dah 2 kali buat swap test. Hari ni pun baru sihat dari demam panas. Sejuk dah rasa badan selepas telan 2 biji uphamol. Lagi dua tiga hari nak kena swap test lagi.
Ada yang kata bila positif covid, tak ada tanda atau gejala pun. Tahu-tahu je bila swap test positif. Tapi ada juga ramai yang alami tanda gejala covid
Berikut tanda-tanda Gejala Covid
- Demam Panas
- Selesema
- Sakit tekak
- Cirit birit
- Batuk
- Kesukaran bernafas atau sesak nafas
- Sakit badan
- Sakit kepala
Apa yang Perlu Dibuat jika Positif Covid-19 dan Bagaimana Kuarantin di Rumah
Mengikut garis panduan dari KKM, jika
Anda Disahkan Positif Covid yang berada di rumah
- Duduk dibilik berasingan daripada ahli rumah yang lain. Lebih baik bilik yang ada kemudahan bilik air
- Pantau diri sendiri setiap hari untuk gejala. Hubungi 999 jika gejala bertambah teruk ( sesak nafas, demam tinggi )
- Jika terpaksa berkongsi bilik air, pastikan bilik air dibersihkan atau disenfeksi setiap kali selepas digunakan
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer
- Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter dengan ahli rumah yang lain
Jika Duduk Serumah dengan Kes Positif Covid
- Kekal duduk dirumah selama 10 hari
- Tidak berkongsi bilik air dengan kes positif
- Sentiasa pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter daripada kes positif
- Letak makanan dan minuman di luar pintu bilik untuk diambil sendiri oleh kes positif
- Pakai sarung tangan semasa mengendalikan perkakas yang digunakan oleh kes positif
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer
- Pantau diri setiap hari untuk gejala menggunakan aplikasi MySejahtera
Catat Ulasan