Menang Hadiah RM2000 dari Shokubutsu Malaysia

Assalamualaikum, alhamdulillah lama tak update story pasal life. Btw, entri ini zaza tulis sebagai kenangan manis buat zaza untuk bulan ini. 

Bulan lalu, zaza dan rakan-rakan blogger/influencer ada menyertai kempen Shokubutsu dimana kempen tersebut merupakan satu contest dianjurkan oleh Shokubutsu. Korang mesti tahu kan jenama Shokubutsu ni memang terkenal.

Menang Hadiah RM2000 dari Shokubutsu

Shokubutsu telah menganjurkan contest dimana setiap peserta perlu membuat menghasilkan 2 posting video atau gambar dan muat naik di instagram beserta caption.

Peserta yang menyertai diberi barangan Shokubutsu beserta kit seperti pakaian bathrobe,tuala dan hairband.

Setiap peserta perlu mempamerkan produk shokubutsu dan kit yang diberi secara kreatif beserta dengan menyatakan sebab kenapa menyukai produk tersebut.

Alhamdulillah, siapa sangka rezeki dan niat nak memang Grand Prize akhirnya Allah SWT makbulkan.

Grand Prize yang zaza terima berupa hadiah wang tunai bernilai RM2000 beserta produk Shokubutsu. Produk je belum sampai lagi.

Menang Hadiah RM2000 dari Shokubutsu
Pemenang diumumkan melalui emel


Betul-betul kenangan yang cukup manis untuk zaza. Sebab memang dah rancang, jika menang hadiah ni, zaza nak simpan sikit, bagi mak abah sikit dan buat makan-makan family.

Alhamdulillah juga semalam zaza dah pun terima hadiah tersebut. Sempatlah zaza buat makan-makan minggu ni sebelum menyambut bulan Ramadan.

Zaza nak ucapkan tahniah juga buat rakan blogger dan influencer lain yang turut menang hadiah di tempat kedua,ketiga dan hadiah saguhati juga berupa wang tunai dan produk Shokubutsu.

Akhir sekali, syukur kepada Allah SWT atas rezeki ini dan terima kasih juga buat mak abah dan keluarga yang mendoakan. Turut berterima kasih buat PR Shun dan Shokubutsu juga. 

Boleh lihat 2 video yang zaza buat untuk contest ini dibawah :








4 Ulasan

  1. Tahniah Zaza. Video anda layak menang

    BalasPadam
  2. Tahniah Zaza, memang video tu the best nengok.. bukan sikit-sikit tu, berbaloi usaha kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama