Alhamdulillah, pejam celik lagi 5 hari je lagi untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan. Memang rasa tak sabar kan. Baru ni zaza ada terbaca tentang 30 Nama Orang Pertama dalam Islam.Bila baca-baca kan.. Ya Allah banyaknya yang tak ingat. Jadi sebagai rujukan zaza dan juga pembaca, zaza kongsikan senarai 30 Nama Orang Pertama Dalam Islam. Perkongsian ini dari Tuan Ameer Hamzah melalui facebook beliau.

30 Nama Orang Pertama Dalam Islam


30 Nama Orang Pertama Dalam Islam

1. Orang pertama menulis bismillah
Nabi Sulaiman a.s

2. Orang pertama minum air zam-zam
Nabi Ismail a.s

3. Orang pertama berkhitan
Nabi Ibrahim a.s

4. Orang pertama di berikan pakaian ketika hari Kiamat
Nabi Ibrahim a.s

5. Orang pertama dipanggil pada hari kiamat
Nabi Nuh a.s

6. Orang pertama mengerjakan sya'i antara safa dan Marwah
Sayyidatina hajar (Ibu nabi ismail a.s)

7. Orang pertama dibangkitkan pada hari kiamat
Nabi muhammad Saw

8. Orang pertama menjadi khalifah dalam Islam
Abu bakar as siddik r.a

9. Orang pertama menggunakan Kalender Hijriyyah
Umar bin Al-Khattab

10. Orang pertama meletakkan jabatan khalifah dalam Islam
Al - hasan bin ali

11. Orang pertama menyusukan Nabi Muhammad Saw
Thuaibah r.a

12 . Orang pertama syahid dalam Islam dari kalangan laki - laki
Al - harith bin abi hala r.a

13. Orang pertama syahid dari kalangan wanita
Sumayya binti Khabar

14. Orang pertama menulis hadits dalam kitab / lembaran
Abdullah bin Amru bin al-ash r.a

15. Orang pertama memanah dalam perjuangan
Fisabilillah
Saad bin abi waqqas r.a

16. Orang pertama menjadi Muazin adzan
Bilal bin Rabbah r.a

17. Orang pertama shalat dengan Rasulullah Saw
Ali bin abi thalib r.a

18. Orang pertama membuat mimbar Masjid Nabi muhammad Saw
Tamim ad - dari r.a

19. Orang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah
Az - zubair bin al - awwam r.a

20. Orang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad Saw
Urwah ibn Zubair

21 . Orang pertama beriman dengan Nabi
Khadijah binti khualid r.a

22. Orang pertama mengasaskan usul Fiqih
Imam syafi'i r.a

23. Orang pertama membina penjara dalam Islam
Ali bin abi thalib r.a

24. Orang pertama menjadi Raja dalam Islam
Mu'awiya bin abu sufyan r.a

25. Orang pertama membuat Perpustakaan awam
Harun ar - rasyid

26. Orang pertama mengadakan Baitul mal
Umar bin al- khathab r.a

27. Orang pertama menghapal Al - qur'an selepas Rasulullah Saw
Ali bin abi thalib r.a

28. Orang pertama membangun menara dimasjidil haram mekah
Khalifah abdul ja'far al-mansur

29. Orang pertama di beri gelar Al - muqry
Mus'ab bin Umair

30. Orang pertama masuk kedalam Syurga
NABI MUHAMMAD SAW

Kredit Perkongsian dari Tuan Ameer Hamzah . Semoga bermanfaat untuk semua.



Post a Comment