Resepi Sambal Sotong Power

Resepi Sambal Sotong Power | Sambal Sotong sekali makan memang bertambah-tambah nasi. Biasa zaza suka sambal sotong nasi lemak yang jenis liat tu. Pernah sekali makan nasi lemak dekat Kampung Baru KL, dia punya sambal sotong tu padu gila. Sampai sekarang teringat-ingat kesedapannya.

Zaza ada ternampak perkongsian resepi sambal sotong dari pemilik facebook Puan Zurina Zulkefli ni. kecur lidah tengok sambal sotong tu.

Resepi Sambal Sotong Power


Bahan - Bahan

  • Sotong yang dihiris dan dibersihkan
  • 5 Sudu Cili Kisar
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • 1 Sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 2 Asam Keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak

1. Sotong segar dibuang dakwat, mata dan bersihkan isi dalam sotong
2. Cili kering. Cili kering direndam dalam air panas, toskan kemudian blend dengan minyak masak ( boleh buat simpan dalam peti untuk kegunaan bila-bila )
3. Hiris bawang
4. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
5. Masukkan 5 sudu besar cili kering kisar, masak hingga pecah minyak
6. Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit
7. Masukkan sotong. Gaul sebati dan biarkan masak sehingga jus sotong keluar, tak perlu tambah air
8. Bila sambal sudah berkuah, masukkan 2 asam keping
9. Gaul sebati, citarasakan dengan garam dan gula


Resepi Sambal Sotong Power


Selamat mencuba!




Catat Ulasan

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.