Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Tempoyak. Zaza memang suka sangat makan petai. Memang favorite lah. Biasa suka makan cicah budu, rebus, yang dijerukkan atau buat sambal.

Kali ini zaza nak share resepi Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Tempoyak pula. Kecur lidah tengok menu ni kan.

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Tempoyak

  1. Tumbuk cili dengan garam 1 sudu kecil
  2. Siap tumbuk gaulkan dengan tempoyak 1cawan atau terpulang banyak mana. Lagi banyak lagi sedap
  3. Dah siap gaul, tumis cili tadi kemudian masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng
  4. Gaul sampai rata, masukkan daun kunyit sikit dan gaul lagi.
  5. Akhir sekali masukkan petai ( gaul sekejap bagi petai rangup )
  6. Siap. Boleh makan dengan nasi panas-panas
Kredit : Sanah Anna


Resepi asal adalah pemilik bernama Sanah Anna tapi zaza jumpa dekat page-page yang share resepi ni.

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Tempoyak



Boleh la korang cuba. Pasti bertambah-tambah makan nasi.





Post a Comment