My New Skincare : Cetaphil Gentle Skin Cleanser  |  Assalamualaikum dan hi korang. Lama dah zaza tak share pasal skincare kan? Sekarang ni zaza memang kurang dah campur-campur skincare sebab kulit asyik rosak dan berjerawat je.

Biasa zaza guna brand xxx tapi entah kenapa lama-lama bila cuci muka macam dah tak serasi. Macam pedih dan sakit menusuk hidung tu. Kebetulan anak buah zaza yang ada masalah jerawat ada guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Dia dah guna beberapa botol dan zaza sendiri nampak perubahan pada kulit dia. Tambah dia pun budak remaja lagi, so cepatlah perubahan tu. Tapi memang selalu lah zaza tengok orang share pasal Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Akhirnya lepas tengok perubahan kat anak buah, zaza pun decide untuk try Cetaphil Gentle Skin Cleanser  ni pula.

My New Skincare : Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Mulanya zaza beli yang botol 125ml dulu. Sebab nak test dulu kan. So beli botol kecil. Memang pakai sikit-sikit sebab nak jimat. 

Selepas seminggu pakai tu, zaza rasa memang best sangat Cetaphil Gentle Skin Cleanser  ni. First sebab cleanser ni tak ada buih. Lepas tu tak ada pedih dan kulit terasa lembut sangat.

Sekarang zaza repeat beli botol kedua dan ambil yang besar 250ml punya. 

My New Skincare : Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini memang sesuai sangat untuk semua jenis kulit. Macam kulit muka zaza ni, dulu adalah buat review dekat klinik kulit, so orang tu cakap kulit zaza ni sensitif dan nipis. Kulit zaza ni asyik berjerawat je. 

So, dah sebulan lebih juga lah zaza guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Memang best dan serasi sangat buat masa ni. Lepas tu zaza nampak jerawat zaza macam dah kurang sikit ( kulit muka zaza ni memang liat sikit nak elok )


BACA JUGA


Lepas ni memang zaza nak konsisten je guna mungkin dalam tempoh 3 bulan - 6 bulan ( sebab nak tengok dulu perubahan ) kalau betul-betul kulit zaza makin baik dan jerawat kurang banyak, memang akan terus kekal guna brand ni.

Lagi pun brand Cetaphil ni memang banyak direkomen pengguna sebab ia adalah produk yang diformulasi dermatologi sesuai untuk kulit sensitif dan ada dijual di farmasi.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif;
  • Mengandungi formulasi berbuih rendah yang unik
  • Tidak mengandungi minyak atau menyumbat liang
  • Mempunyai pH seimbang, lanolin dan bebas pewangi
  • Sesuai untuk menanggalkan solekan mata

Oklah, kalau korang nak try, boleh dapatkan dekat farmasi berhampiran. Harga pun tak mahal. Zaza beli pun harga dalam RM23+ je. Boleh tahan sebulan lebih penggunaan.




Post a Comment