Intellifluence Platform Baru Untuk Blogger Menulis Artikel Bayaran Dalam USD

Assalamualaikum dan hi korang!

Lama dah kan tak share info-info baru buat pembaca blog zaza. Ingat tak beberapa tahun dulu banyak sangat plaftorm untuk blogger buat review dan menulis artikel. Tapi untuk tahun 2022 ini, zaza ada cuba satu platform baru untuk buat kerja menulis artikel dan bayaran dalm USD. 

Zaza dah pun join dan buat beberapa kempen yang terdapat dalam tu dan dah terima pembayaran.

Mulanya zaza malas nak join, tapi bila ada geng blogger dalam group yang zaza sertai berkongsi, jadi zaza pun cuba dan explore. Alhamdulillah, kerja menulis pun tak susah. Pembayaran pun cepat. 

Intellifluence Platform Baru Untuk Blogger Menulis Artikel Bayaran Dalam USD

Waktu pembayaran 15 hari kena tunggu setelah menghantar report. Pembayaran akan dibayar terus ke akaun Paypal ( jika belum ada akaun Paypal boleh daftar dulu ok! )

Bagus juga platform ini untuk menjana pendapatan sampingan. Korang boleh apply kempen-kempen yang bersesuaian dengan korang.

Ini contoh kempen yang zaza dah buat. 



1. Kempen Plays.org ( share tentang website games online - macam-macam games ada, games education, games masak, games ular macam zaman dulu-dulu dan banyak lagi ) 

2. Share pasal kenapa suka jadi influencer

3. Kempen Mortgage Calculator UK (tentang website buat kira-kira bagi yang bercadang nak beli rumah )

Kempen plays.org dan share pasal kenapa suka jadi influencer tu zaza dah terima bayaran. Untuk kempen Mortgage Calculator UK tu pembayaran dalam beberapa hari lagi.


Cara Daftar Akaun Intellifluence

Intellifluence Platform Baru Untuk Blogger Menulis Artikel Bayaran Dalam USD



1. Daftar masuk  dan sign up sebagai "Influencer" di  Intellifluence 

2. Isi dan lengkapkan bahagian "My Profile"

3. Boleh check dekat bahagian "Marketplace" untuk lihat tawaran kempen yang ada.

( Kempen diberi berdasarkan pilihan yang kita update di My Profile - contoh " aktiviti,lifestyle, home & garden, outdoor & nature dll )

4. Jika ada kempen yang bersesuaian, korang boleh la "Apply"

5. Selepas Apply, korang tunggu brand tu hantar mesej dekat chat box. Kalau layak dia akan hantar "Pitch"  ( Pitch tu macam brief la apa yang perlu korang tulis )

Korang baca dulu Pitch tu, jika setuju baru accept dan boleh mula menulis.

Selepas siap dan publish artikel, korang send url artikel tersebut dekat chat box tu dan tunggu je diorang balas untuk memaklumkan task complete dan tunggu bayaran dalam masa 15 hari.

Intellifluence Platform Baru Untuk Blogger Menulis Artikel Bayaran Dalam USD


Kalau korang suka menulis blog, boleh la join dan jana pendapatan. Untuk permulaan mungkin tak banyak lagi tawaran kempen ada. 

Pada zaza seronok juga dengan platform ini. Kerja pun mudah dan artikel pun 500-800 perkataan. Tak perlu panjang-panjang sangat. Kerja pun santai.


Jangan lupa untuk daftar diri korang dekat Intellifluence ini ok. 



Catat Ulasan

Instagram

Zaza Iman. Theme by STS.