6 Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Saya Amal Setiap Pagi. Assalamualaikum. Sejak-sejak usia dah menginjak 3 series ni memang perlunya pengambilan suplemen untuk dalaman tubuh. Memandangkan zaza kerap letih dan sembelit yang kadangkala agak teruk, jadi zaza amalkan Alfalfa Complex Shaklee.

Ini bukan review berbayar ya. Ini sekadar zaza nak share kebaikan alfalfa Complex Shaklee ni.

Jenama Shaklee ni memang jenama yang trust sejak dulu lagi. Dulu masa remaja zaza pernah amal Lecithin Shaklee untuk kuatkan minda. Zaman tu abang zaza yang jadi agent Shaklee. So dia beri kat zaza Lecithin untuk zaza makan. 

6 Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee - Rutin Harian Setiap Pagi

Sekarang ni setiap pagi sebelum sarapan zaza akan amalkan ambil 2 biji waktu pagi setiap hari. Zaza dah makan berbulan-bulan dah cuma hari tu zaza ada stop sekejap sebab ada review produk suplemen lain. Sekarang zaza sambung makan semula. Btw, mungkin lepas ni zaza nak kurangkan ambil review produk suplemen lain.

Dikenali sebagai “Raja Segala Makanan” dan makanan terbaik, alfalfa secara semula jadi berkhasiat, menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin.

6 Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee - Rutin Harian Setiap Pagi


Antara Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee


1. Membantu dalam Penghadaman - Melegakan kembung dan gas yang berlebihan. Merangsang sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik.

2. Meningkatkan Sistem Imun - Merangsang pengeluaran sel darah putih, Bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan tekanan oksidatif

3. Menyokong Rambut yang Sihat - Meningkatkan peredaran darah dan aliran oksigen pada kulit kepala, Menyediakan perlindungan antioksida kepada folikel rambut, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.



4. Membersihkan dan Menyahtoksin - Membersihkan dan menyahtoksinkan hati, Membantu membekalkan vitamin dan mineral kepada hati untuk fungsi yang optimum.

5. Kesan Alkali - Meneutralkan kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein, Mengurangkan bau badan, nafas berbau, sakit tekak, senak perut dan keletihan.


BACA JUGA

6. Mengurangkan Keradangan - Mengurangkan keradangan pada sendi, Menguatkan sistem imun.


Dalam satu botol ni mengandungi 330 tablet. Makan ikut seperti yang disarankan. Tapi zaza ambil 2 biji je setiap pagi sebagai rutin harian sebab malam hari zaza amalkan makan Vitamin C juga dari Shaklee.


Btw, ada banyak lagi khasiat Alfalfa Shaklee ni. Korang boleh je google info emngenainya. Ada banyak perkongsian tentang kebaikannya.

Kalau korang nak beli, boleh beli dengan agent-agent Shaklee di seluruh Malaysia.