Khasiat Makan Kacang Gajus. Perempuan ni kalau bab makan memang nombor satu kan? Baru ni zaza tiba-tiba craving nak makan kekacang gajus. Cari-cari dekat shopee jumpalah seller yang jual murah sikit. Memandangkan zaza suka makan kekacang seperti gajus ni, terfikir juga apa khasiat dia. dan mulalah google.
Dalam buah gajus terdapat asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan jantung fan mencegah keradangan. Kaya dengan antioksida, polifenol dan karotenoid. Jom baca 5 khasiat makan buah gajus
Khasiat Makan Kacang Gajus
1. Mencegah Kerosakan Sel
Buah gajus yang mengandungi polifenol berfungsi untuk mencegah kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Di dalam buah gajus juga terdapat Vitamin C yang bersifat antioksida yang dapat memelihara kesihatan sel tubuh badan.
2. Mengandungi Serat
Buah gajus mempunyai kandungan serat yang baik untuk kesihatan. Dengan serat ini, ia dapat membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah. Ia juga dapat melambatkan kenaikan gula dalam darah dan mencegah sembelit kerana ia meransang proses peristalsis.
3. Melindungi Mata
Dalam buah gajus, terdapat satu komponen iaitu zeaxanthin. Fungsi zeaxanthin ini, apabila diambil, ia akan terus dibawa ke bahagian mata yang mana digunakan oleh badan untuk penghasilan pelindungan terhadap mata dari kesan bahaya setengah jenis cahaya.
- Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus
- My Hair Care Products For Hair Loss
- Pengalaman Kucing Sporo dan Batu Karang
Buah gajus dapat membekalkan vitamin C. Pengambilan Vitamin C dapat mencegah penyakit seperti penyakit skurvi, meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu penyerapan zat besi.
5. Dapat Mencegah Anemia
Kandungan Vitamin C dalam buah gajus dapat membantu penyerapan zat besi untuk penghasilan hemoglobin yang membina sel darah merah. Mengandungi elemen copper dimana ia boleh membantu pembentukan sel darah merah
Sumber - rootofscience
Catat Ulasan