Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan



Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Ganguan Iklan | Rasanya  semua orang memiliki hobi bermain game tak kisahlah sama ada di smartphone atau PC. Bermain game ni sebenarnya dapat juga release tension setelah penat bekerja. Dari kanak-kanak sampai orang dewasa pun memang suka bermain game.

Zaza pun memang gemar main game sejak usia belasan tahun lagi. Dalam kalangan adik beradik zaza yang perempuan, hanya zaza seorang je yang sukakan dunia game. Semuanya sebab abang zaza yang ajarkan. Siap bagi PC dia lagi untuk zaza guna dan bermain.

Memandangkan cuti sekolah hari itu, jadinya anak-anak buah zaza nak bercuti dekat rumah atuk dan nenek mereka ( mak ayah zaza). Zaza pula memang menetap bersama mak ayah dekat kampung. Jadi bila tiba cuti sekolah, mereka memang pulang ke kampung.

Memandangkan anak-anak buah zaza balik baru-baru ini, zaza memang banyak luangkan masa melayan mereka dengan buat macam-macam aktiviti seperti melukis dan bermain game. Bila mereka dapat bermain game dekat PC, memang kecoh dan berebut la masing-masing nak bermain juga.

Oklah, sebenarnya zaza nak kongsi dekat korang tentang website untuk bermain game. Dekat website ni ada beratus game online yang korang boleh main. 

Kalau korang nak bermain game yang santai dan mudah, boleh main dekat website Plays.org secara percuma tau! 

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Zaza pun tahu mengenai Plays.org ini dari rakan-rakan juga. Bila mereka kongsi tentang game dekat sini terus rasa teruja nak buka dan bermain. Kebiasaan bila zaza kena buat kerja-kerja editing, memang zaza akan berehat seketika dengan bermain game. Kalau dekat PC zaza selalu main game Red Alet 2 Roll yang memang zaza install tapi kadangkala rasa bosan juga hadap game yang sama.

Bila buka je website Plays.org ni, terus zaza tengok-tengok game yang ada. Memang teruja betul rasa. Banyak betul game yang best zaza dah cuba main. Teringat game zaman sekolah dulu. Memang betul-betul mengimbas balik dan rasa rindu sangat masa dulu-dulu.


Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


Jom Cuba Game Yang Menyeronokkan  di Plays.org

Website Plays.org ini menyediakan beratus-ratus permainan yang mudah dan amat menyeronokkan. Sangat sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Dan yang syoknya tak perlu daftar dan muat turun. Ada orang memang malas nak daftar dan muat turun dekat phone kerana ia akan menyebabkan memori phone cepat penuh. Macam zaza lah memang malas nak muat turun game banyak-banyak dekat phone. Kalau nak tahu dekat phone zaza hanya ada satu je game hahaha..

Dekat Plays.org ini, korang buka, pilih game dan boleh terus bermain. Ada banyak kategori yang korang boleh pilih. Contoh kategori dekat bawah ni. Ada Alphabet, Base Defense, Arcade, Cartoon, Coloring, Food, Foodball, Quiz, Spelling, Sport, Simulation dan banyak lagi.

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


Antara Contoh-Contoh Game yang Ada


Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan
Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


Main game dekat Plays.org ni memang percuma dan tak perlu apa-apa pembayaran. Sepanjang bermain tak ada sebarang iklan yang keluar. Jadi ia tak menganggu masa bermain. Kalau game yang kita install dekat phone, mesti ada iklan kan. Kadang kala nak tunggu iklan tu habis loading tu memang geram je rasa. Jadi bermain game dekat Plays.org ni memang seronok sangat tanpa ada gangguan iklan yang menyemakkan.

Game Yang Menjadi Kesukaan di Plays.org

Zaza dah cuba main banyak game dah dalam Plays.org ini. Ini zaza kongsi beberapa game yang sempat main dan menjadi kesukaan zaza. Zaza pun ajak anak buah untuk cuba bermain sekali. Anak buah zaza pun seronok sangat dapat bermain game dekat sini. 

1. Marvel's Avengers Hydra Dash Game Online

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


Zaza memang suka main game yang kutip-kutip duit atau token. Marvel's Avengers Hydra Dash Game ini adalah permainan dimana kita kena berjalan untuk mengutip token dalam masa yang sama kita perlu melompat mengikut keadaan. Kemudian kita perlu lihat musuh mana yang perlu di lawan dan mulakan serangan.

Pastikan kena melompat dan jangan jatuh dekat lubang. Kalau jatuh dekat lubang, watak akan mati dan kena ulang semula.

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Untuk tahap pertama ia dimulakan dengan watak Captain America. Selepas berjaya melawan musuh, automatik pintu kunci untuk tahap kedua dibuka dengan watak Iron Man. Memang syok bila Iron Man boleh terbang tinggi dengan api dia tu.

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Ulang banyak kali juga tahap Iron Man ni. Geram sangat dengan musuh tu asyik tembak je hahaha..kalau kena tembak dengan musuh automatik watak akan mati dan kena ulang balik. Ada 12 tahap dengan watak lain seperti Black Widow, Thor, Falcon, Black Panther, Hawkeye dan Hulk. Tapi memang syoklah game ni.

Nanti zaza sambung lagi bermain. Game seterusnya adalah Batman Gotham City Speed Game.


2. Batman Gotham City Speed Game : LEGO Collecting Game

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Rindunya dengan game kereta macam ni. Dah lama sangat tak main. Game ni simple je macam korang memandu sendiri kereta. Kita perlu mengawal Batmobile dengan bergerak ke kiri dan kanan. Lepas tu kena kumpul LEGO studs dan bongkah LEGO.

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Semasa bermain, kita juga perlu elak dari terlanggar halangan, struktur tetap dan kereta lain. Bila dah lepas level 1, kita akan bergerak ke level 2 di mana ia akan bertukar macam roket terbang dan level seterusnya bertukar menjadi kereta yang canggih.

Kemudian kita kena berdepan dan berlawan dengan Joker, Riddler dan Mr.Freeze secara berkala. Kita boleh gunakan LEGO studs untuk upgrade Batmobile selepas bermain setiap permainan. Memang enjoylah layan game ni. 

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


3. Wonders Around the World : Spot The Defferences

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


Game yang paling mudah dan menceriakan. Sesuai sangat untuk kanak-kanak bermain.Walaupun mudah, game Wonders Around the World : Spot The Defferences ini menguji mata kita untuk melihat perbezaan yang terdapat pada gambar. 

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Sebaik membuka dan menekan button "Go" kita akan dibawa melihat sebuah peta keajaiban dunia. Ada beberapa tempat dan negara boleh dipilih antaranya Chicken Itza ( Mexico ), Machu Picchu ( Peru ), Christ The Redeemer ( Brazil ), The Colosseum ( Italy ), City of Petra ( Jordan ), Pyramids of Giza ( Egypt ), Great Wall of China ( China ) dan Taj Mahaal ( India ).

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Zaza memilih tempat Pyramids of Giza, Egypt. Seterusnya kita akan diberi kan sedikit info tentang latar belakang tempat tersebut. Sangat menarik kan sebab bukan sahaja sekadar bermain game dan menguji mata kita, tapi kita juga turut diberi ilmu pengetahuan mengenai tempat tersebut. Mungkin kita sendiri pun dah tak ingat langsung tentang keajaiban dunia ini. Nasib baik lah ada dalam game ini. Boleh lah ingat sikit-sikit.

Lepas tu boleh lah tekan "Go" untuk terus memulakan permainan.

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Cari je perbezaan yang terdapat dalam dua gambar ini. Walaupun nampak senang tapi berpusing-pusing juga mata ni mencari. Selepas selesai, kita boleh tekan "Next" untuk ke tempat lain pula.

4. Snake Attack Game 

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan


Ingat lagi tak zaman kanak-kanak kita dulu tentang game ular? Game ular adalah game paling popular sekali masa era 90an. Masa tu hanya guna phone biasa tanpa warna. Memang best sangat. Macam-macam jenis game ular yang ada. Sehingga zaman dah moden, game ular pun dah semakin menyeronokkan.

Sempat juga zaza luangkan waktu bermain Snake Attack Game sebelum menyambung semula membuat kerja editing di PC.

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Game ular ni memang mudah je. Hanya gerakkan ular ke kiri atau kanan dan ular perlu makan buah sebanyak mana yang boleh dan perlu mengelak dari terlanggar ular dewasa yang lain.

Stress sikit main game ular ini sebab asyik terlanggar ular besar je hahaha..gerammm..tapi ia betul-betul menghiburkan zaza. 

Plays.org Main Game Online Percuma yang Menyeronokkan Tanpa Gangguan Iklan

Ok, rasanya cukuplah zaza kongsikan pengalaman zaza main game di Plays.org ni. Pada zaza Plays.org adalah platform yang terbaik dan best sangat untuk bermain game di waktu masa terluang. Macam-macam game yang boleh menguji otak dan mata kita, menguji pengetahuan. Ia suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan menghiburkan.

Dalam setiap game pun memang ada "Arahan" bagaimana untuk bermain. Jadi mudahlah untuk korang faham bagaimana untuk bermain game tersebut.

Cubalah tau nanti bermain game di Plays.org ini. Apa pun, bila bermain game berpada-pada lah okay! Jangan terlampau leka sangat bermain sehingga mengabaikan perkara lain.



Zaza Iman
2 Comments

2 ulasan:

  1. Syok main game nya.. Bukan anak2 je suka.. Mak2 pun main sekali... ��

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing this, memang suka kalau game yang free dan tak ada iklan

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)