Tapi kan baru-baru ini bila dah boleh rentas negeri, zaza memang plan nak jalan KL tapi tak jadi sebab tiba-tiba pula beberapa negeri termasuk bandar berdekatan tempat tinggal zaza sedang banjir dan laluan ke KL pun ditutup.
Plan nak ke KL pun sebab dah lama gila tak jumpa kawan-kawan dekat sana. Kebanyakan kawan-kawan zaza stay dekat KL. Memang rindu betul nak jumpa dan ajak mereka semua melepak.
Insyaallah kalau keadaan mengizinkan nanti boleh la plan semula bila nak pergi. Dalam plan zaza sebelum ini, memang niat nak staycation dekat hotel. Biasa kalau datang KL tidur dekat rumah kakak je dekat Selangor tapi kali ni macam nak tidur hotel pula.
Dalam pencarian zaza pasal hotel dekat KL, zaza ada la terjumpa posting review dekat facebook dalam Group Hotel Malaysia tentang Majestic Hotel dekat Kuala Lumpur. Terus macam berkenan pula nak staycation dekat situ tambah ramai yang cakap memang best dan servis pun ok.
So zaza pun search la lagi banyak info pasal Majestic hotel ni dekat google. Yela kan, sebelum nak menginap kat mana-mana tempat, memang wajib cari info dan baca review terlebih dahulu.
Kalau korang yang memang suka sejarah dan minat nak staycation dekat tempat ada ciri tu, boleh la try menginap dekat Majestic hotel ni.
Bahagian pintu masuk Majestic Hotel dan penyambut tetamu dengan pakaian era Kolonial British
Bila tengok rupa bangunan pun memang nampak ciri sejarah dan klasik. Ditambah dengan penyambut tetamunya yang berpakaian tema era Kolonial British dan hotel yang bertemakan nuansa art deco hotel.
Biasa kalau zaza nak cari hotel, zaza suka pilih hotel yang dekat dengan kemudahan dan banyak tempat terdekat yang boleh dilawati. Jadi Majestic Hotel ini memang sesuai sangat untuk zaza atau korang yang nak menginap sebab ia juga berdekatan dengan Taman Tasik Perdana, Muzium Kesenian Islam, KL Bird Park dan beberapa tempat lain.
Selain tu zaza suka tengok deco Majestic hotel ni. Memang nampak mewah sangat. Bila baca yang orang lain share pun rata-rata memang puji bilik dan deco hotel ni memang terbaik.
Biasa kalau zaza nak cari hotel, zaza suka pilih hotel yang dekat dengan kemudahan dan banyak tempat terdekat yang boleh dilawati. Jadi Majestic Hotel ini memang sesuai sangat untuk zaza atau korang yang nak menginap sebab ia juga berdekatan dengan Taman Tasik Perdana, Muzium Kesenian Islam, KL Bird Park dan beberapa tempat lain.
Selain tu zaza suka tengok deco Majestic hotel ni. Memang nampak mewah sangat. Bila baca yang orang lain share pun rata-rata memang puji bilik dan deco hotel ni memang terbaik.
Ruang lobi yang besar dan luas
Kalau sebut hotel mewah dan kelas atasan ni, memang dalam otak fikir harganya tentulah expensive sikit. Tapi pada zaza ok je kalau sekali sekala nak merasa staycation dekat hotel mewah macam ni kan.
Majestic Hotel mempunyai dua penginapan iaitu di Majestic Wing dan Tower Wing. Bangunan ini adalah bangunan berasingan yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup kaca dan berhawa dingin. Majestic Wing adalah bangunan original Majestic Hotel yang dibina dari tahun 1932 manakala Tower Wing adalah bangunan baru.
Bagi penginapan Majestic Wing, ia merupakan bangunan hotel bersejarah asli dan memiliki 47 suite mewah dengan suasana pesona vintaj disamping turut dihiasi dengan perabot moden gabungan zaman lalu dan zaman moden. Mempunyai beberapa suite pilihan iaitu Strait Room, Colonial Suite, Governor Suite dan Majestic suite.
Strait Room
Colonial Suite
Majestic Suite
Governor Suite
Bagi penginapan Tower Wing pula, ia mempunyai 253 buah bilik dan suite dengan ciri asal bangunan tetapi dalam gaya art deco. Kalau tengok deco reka bentuk dan perabot dia memang nampak mewah sangat dan kontemporari.
Ada beberapa pilihan suite yang boleh dipilih iaitu Deluxe Room, Junior Suite, Grand Suite dan Premier Suite.
Deluxe Room
Junior Suite
Grand Suite
Premier Suite
Baca review orang yang dah pernah menginap pun memang diorang pun cakap bilik besar dan luas. View pun cantik-cantik je. Zaza pun macam berkenan nak menginap dekat Deluxe Room tu je nanti sebab suka tengok deco dan warna dia. Tengoklah nanti bila masa sesuai untuk pergi, bolehlah rancang dengan kawan sekampung untuk kesana.
Beberapa kemudahan yang ada dekat Majestic Hotel ini seperti The Drawing Room yang terletak dekat Majestic Wing. Ia sesuai untuk korang yang nak beristirehat secara peribadi dengan sentuhan nostalgia colonial sambil minum petang.
The Drawing Room
Selain tu ada Swimming Pool, Gymnasium, Truefitt & Hill ( ruang untuk dandanan lelaki seperti servis untuk potong janggut,urutan muka dan kepala serta servis mengilap kasut ).
Screening Room
Ada juga disediakan Screening Room untuk korang yang teringin nak tengok filem Hitam dan Putih klasik dari tahun 30an. Menarik kan ruang ni sebab zaza pun suka juga layan filem atau drama zaman mak ayah kita dulu kala.
So taklah rasa bosan kalau malas nak keluar dari hotel dan malas nak duduk dalam bilik.
Ni kalau yang gila OOTD macam zaza ni memang sukalah melepak dan ambil gambar sebab banyak tempat yang best dan lawa.
Untuk ruang makan pula pun mewah juga tempatnya. Ada beberapa ruang makan seperti Contango, Colonial Café, The Bar, The Tea Louge dan The Orchid Conservatory.
Kalau korang macam teringin nak makan makanan western seperti pizza dan Churassco Grill atau masakan Cina, Jepun, Melayu dan Thai boleh pilih Contango.
Ruang makan Contango
Kalau teringin nak makan sambil dengar muzik, boleh pilih Colonial Café yang menyediakan persembahan muzik yang menenangkan oleh The Solianas, keturunan maestro legenda Alfonso Soliano. Disini, masakan yang disediakan adalah masakan klasik asli zaman penjajah.
Colonial Cafe
BACA JUGA
- Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf
- Penginapan Di Rumah Rakit Lubok Tampoi
- 7 Khasiat Makan Jambu Batu
Itu je la yang zaza boleh share pasal Majestic Hotel ini. Selebihnya kena pergi dan rasai sendiri baru boleh share pengalaman sendiri kan.
Kalau kawan-kawan atau sesiapa pernah ada pengalaman, share la juga kat ruang komen. Boleh juga zaza baca kisah korang tu.
Btw, kalau korang nak bercuti dan cari hotel untuk staycation dekat KL boleh la cuba booking dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur ni okay..
Kalau kawan-kawan atau sesiapa pernah ada pengalaman, share la juga kat ruang komen. Boleh juga zaza baca kisah korang tu.
Btw, kalau korang nak bercuti dan cari hotel untuk staycation dekat KL boleh la cuba booking dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur ni okay..
I like Majestic Hotel Kuala Lumpur too, its an elegant and classy hotel.
BalasPadamLawanya decoration 😍 tak salah spend duit kat sini kan kalau nak nampak classic & mewah.
BalasPadamcantik hotel nie..best kalau dpt ootd kat sini..view ny pun menarik..😍😍
BalasPadam