Assalamualaikum dah hi korang. Just nak tanya korang selalu tak alami masalah kulit muka kering terutama bahagian hidung? Zaza pun kerap juga dekat hidung asyik kering dan mengelupas je sebabnya dah lama sangat zaza tak pakai pelembab muka. So zaza pun berfikir nak beli pelembab muka tapi tak tahu nak guna brand apa. Sampailah memang kebetulan sangat-sangat zaza dapat whatsapp untuk review produk pelembap muka. Review ini untuk zaza share dekat instagram zaza je. Tapi zaza nak share dekat blog sebab pada zaza, pelembap ni sangat best dan memang suka betul pakai.
So sebelum zaza nak accept review tu, zaza google dulu mengenai produk. Akhirnya zaza agak tertarik juga nak cuba sebab salah satu yang buat zaza nak cuba kerana bahannya adalah dari yogurt. Produk tu namanya Suzuki Herbs Lactoherb ( lactic acid bacteria moisturuzing )
Yogurt rasanya ramai sedia tahu yang dia amat bagus untuk kulit. Lagi pun zaza memang tak pernah langsung guna pelembab dari yogurt.
Fungsi yogurt dapat melembabkan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan segar. Kebiasaan orang guna yogurt sebagai masker muka
Bila adanya produk macam Suzuki Herbs Lactoherb yang menggunakan yogurt ni, lagi mudah la nak pakai.
Zaza akan sapu selepas zaza cuci muka atau setiap malam sebelum nak tidur. Rutin wajib. Zaza pakai sejak pertengahan bulan 11. So nak dekat sebulan setengah juga la zaza dah pakai.
Pada zaza memang best sangat. Tak melekit dan masa sapu memang rasa sejuk-sejuk je muka. Biasa zaza akan urut-urut untuk beberapa saat. Lepas dah meresap kulit tu rasa fresh sangat.
Suzuki Herbs Lactoherb ini dibuat dari Jepun yang sesuai digunakan dekat muka dan badan tapi zaza hanya guna untuk sapu dekat muka je.
Apa kelebihan Suzuki Herbs Lactoherb ni?
Ia diperbuat dari yogurt dan Suzuki Herb Lactoherb mengekstrak semua Probiotik dari yogurt untuk menumbuhkan bakteria baik pada kulit.
Losyen probiotik pertama dekat malaysia yang dapat membantu mengekalkan bakteria baik untuk kulit supaya lebih lembap dan kulit lebih sihat dan seimbang. Bakteria asid laktik (LAB) boleh membantu memperbaiki keadaan kulit seperti kedutan, kulit sensitif dan kulit kusam
- Menstabilkan & menguatkan mikrobiom kulit
- Secara progresif melawan tanda-tanda penuaan
- Mengekalkan bakteria sihat untuk kulit licin
- Tidak melekit, tekstur ringan
- Sesuai untuk kekeringan kulit yang melampau
Terdiri daripada 10x bakteria asid laktik, yang telah disahkan selamat sebagai bahan kosmetik mentah. Bakteria asid laktik mampu meningkatkan bakteria, mencantikkan kulit yang merupakan sumber kelembapan dan menyesuaikan keseimbangan sebum.
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Boleh digunakan pada semua jenis kulit dan peringkat umur.
- Boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit berminyak, berjerawat, atau remaja.
- Boleh digunakan untuk ekzema dan rosacea
- Berfungsi sebagai losyen serba guna All-in 1
Oklah, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Suzuki Herb Lactoherb ni, korang boleh dapatkan info dekat Japan Premium Website
Menarik eh, pernh jugk tgk petua org guna yogurt ori letak di muke..
BalasPadamCatat Ulasan