Filem Tamil : Annaatthe | Kasih Sayang Seorang Abang Pada Adik Perempuan


 

Assalamualaikum. Siapa dekat sini geng melayan cerita tamil? Sebenarnya zaza pun tak reti nak beza kan tamil, malayam, telegu tu semua. So nak senang zaza sebut Tamil je untuk semua filem.

Tiap minggu memang zaza akan spend time melayan cerita tamil. Tak kisah lah yang lama ke atau baru. Asal jalan cerita best, semua zaza layan. Dari segi pelakon pun zaza tak memilih. Hensem ke tak, tua ke muda semua zaza tengok je.

Baru ni hot lah juga cerita Tamil bertajuk Annaatthe. Semestinya cerita yang dinantikan oleh peminat-peminat Superstar Rajinikanth.

Ada yang kata filem ni agak kecewa sikit tapi lain orang lain la pandangan kan. Bagi zaza ia best sampai menangis tengok hahaha..

Selain Superstar Rajinikanth, pelakon lain yang terlibat seperti Nayanthara, Khushbu Sundar, Prakash Raj, Sathish, Meena dan Soori.

Filem Tamil : Annaatthe | Kasih Sayang Seorang Abang Pada Adik Perempuan

Kisah mengenai Kaalaiyan ( Rajinikanth ) yang merupakan seorang presiden kampung yang baik dan menegakkan keadilan.  Seorang lagi pemimpin kampung bernama Nattadurai  cuba memeras tanah daripada seorang lelaki tua dan mengupah peguam, Pattamal untuk mempertahankan kesnya.

Nattadurai kemudian cuba menyerang Kaalaiyaan tetapi berubah hati untuk terus menyerang kerana suatu peristiwa yang terjadi.

Thanga Meenatchi, yang dibesarkan oleh abangnya Kaalaiyan akhirnya telah tamat pendidikan di utara dan pulang ke kampung. Beberapa ahli keluarganya merasakan sudah tiba untuk Meenatchi berkahwin dan menyampaikan perkara itu kepada Kaalaiyan. 

Kaalaiyan dan ahli keluarganya mula mencari calon untuk Meenatchi tetapi ada sahaja masalah yang dihadapi mereka sehinggalah Kaalaiyan bersetuju untuk mengahwinkan Meenatchi dengan adik Nattadurai.

Namun satu peristiwa telah berlaku kepada Meenatchi dimana dia hilang pada hari perkahwinannya. Seluruh keluarga dan para lelaki berusaha mencari Meenatchi dan menjumpainya di dalam bas. Antara maruah dan cinta pada adiknya, akhirnya Kaalaiyan membiarkan adiknya pergi.

Suatu hari Kaalaiyan dan Pattamal pergi ke Kolkata untuk mencari adiknya. Secara tidak sengaja Laalaiyan terdengar yang Meenatchi menghadapi masalah besar.

Kaalaiyan secara diam mengikuti Meenacthi yang pergi ke sebuah bar dan bertemu seorang samseng dimana dia datang untuk memberitahu bahawa dia tidak dapat membayar lagi wang yang dipinjamnya. Samseng itu cuba menyerang dan..

Dan disinilah bermula banyak ancaman yang diterima Meenatchi, kilangnya dibakar, suaminya ditangkap dan diseksa oleh samseng. 

So korang kena tengoklah sampai habis macam mana Kaalaiyan nak menyelamatkan adiknya dari samseng tersebut.

Memang mengalir air mata jugaklah tengok cerita Annaathe ni. Ini je la sinopsis ringkas. Korang boleh tonton dekat Netflix.





Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)