House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik! Assalamualaikum dan hi korang. Sambung lagi pasal makan makan. Kali ini tempat makanan pilihan zaza adalah House of Briyani dekat Temerloh. Siapa yang dah pernah singgah makan kat sini?


Biasa kalau orang singgah Temerloh, mesti nak cari menu ikan patin kan. Tapi sekali sekala ubah selera makan menu lain pula. Banyak rupanya tempat makan baru dekat temerloh yang belum zaza kunjungi.


Makan nasi briyani ni feeling-feeling macam makan nasi kenduri. Lama gila tak makan lauk-lauk kenduri.


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


House of Briyani ni terletak dekat Dynaton Bukit Angin dan ia bersebelahan dengan tempat makan steamboat Rotarium Buffet Steamboat & Grill


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!
Di hadapan restoran House of Briyani


Pertama kali masuk sini, terus zaza wauuu..cantiknya tempat dan deco dia. Zaza tak pasti tema deco dia konsep apa tapi memang cantik juga untuk melepak makan sini dan ootd. 


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!

House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!

House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Tapi zaza perasan ada satu bantal cushion dia ada kartun kucing warna hitam. Berkenan pula zaza. Zaza memang hantu kucing. Nak pula zaza memang dah lama mengidam nak bela kucing warna hitam tapi tak pernah dapat..haha..Okaylah, zaza ingat macam nak tempah je nanti bantal macam tu. Nantilah zaza cari siapa ada buat.


Zaza disambut oleh penjaga kaunter. Manis je orangnya dengan senyuman. Dan meja tempat untuk zaza makan pun dihias cantik dengan hiasan belon dan perasan tak bantal kucing yang zaza cakap tu..


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Masa zaza tengok hiasan meja ni, terasa macam orang nak celebrate birthday tau. Birthday zaza pun bulan depan. Memang tak pernah merasa sambut birthday dengan meja hiasan macam ni ke apa..so rasa feeling-feeling jugak la macam orang sambut hehee..


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Untuk menu zaza cuba 5 menu dekat sini iaitu Nasi Tomato ( menu baru ), Nasi Briyani Kambing, Carbonara Chicken Grill, Laksa Johor dan Mi Bandung. Untuk minuman zaza cuba Dalgona Coffee dan Bandung I Love You.


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Briyani Kambing dia memang sedap tau. Yang ni memang best seller food lah dekat House of Briyani ni. Dagingnya yang lembut. Memang zaza jatuh hati dengan masakan daging dia tu dengan papadom memang licin makan.

Harga Nasi Briyani kambing ni cuma RM15 je sepinggan



House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Second makanan zaza cuba Nasi Tomato. Nasi Tomato ni menu baru dekat sini. Lama juga tak makan nasi tomato. 

Nasi Tomato ni datang dalam 2 set iaitu SET RM15 ( Set sekali air teh o ais + ice cream ) dan SET RM12 ( ala carte )

House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!

Carbonara Chicken Grill. Buat peminat Carbonara, wajib cuba hidangan ini. Zaza bukanlah pengemar Carbonara tapi zaza tetap nak cuba bersama dengan Chicken Grill dia. Menu ni pun antara best seller food dekat sini.

Harga untuk Carbonara Chicken Grill ini cuma RM19.90 sepinggan.


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!

House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!



Laksa Johor! Pertama kali tau zaza cuba. Mula-mula masa sampai pelik juga kenapa laksa ni tak ada kuah. Sebab biasa makan laksa penang kuah banyak kan. Bila google laksa johor baru tau rupanya begini. Rasa dia pun sedap juga.

Kalau sesiapa di Temerloh teringin makan laksa johor , dah tak payah nak pergi jauh-jauh mencari. Boleh cuba dekat House of Briyani ini.

Harga Laksa Johor ini cuma RM8.00 je sepinggan.


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!



Seterusnya zaza cuba Mi Bandung Johor. Mi Bandung dia ni memang sedappp sangat. Umpp betul. Zaza pun memang suka makan mee. Rasa dia memang kena betul dengan tekak zaza. Mi bandung Johor ni pun pertama kali juga zaza rasa. Kalau dulu zaza selalu juga baca buku motivasi Dr Tuah Iskandar. Beliau selalu cerita dalam bukunya tentang Mi Bandung Johor tapi tak pernah bayang lah rupa dia macam mana. Tapi tak sangka kat House of Briyani ni ada..memang rekemen untuk korang cuba.

Harga Mi Bandung ni cuma RM8.00 sepinggan


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Minuman pula zaza cuba Dalgona Coffee. Inilah rupanya minuman yang pernah viral dulu. First time juga rasa sebab zaza ni spesis bukan yang mencuba menu-menu yang viral. Kalau orang lain, bila sesuatu makanan tu viral, time tu juga nak cuba kan..macam zaza tak. Jenis nanti-nantilah..sampai sudah tak pernah mencuba haha.. 

Dalgona Coffee ni sedap. Harga secawan RM5.50 dan ada pilihan Mocha juga. Air yang kedua adalah Air Sirap Bandung, I Love You. Harga cuma RM4.50 secawan.


House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!

House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!


Oh ya, kalau korang tengok meja hiasan zaza duduk tu, sebenarnya dekat sini pun korang boleh buat celebrate birthday sekali ( prepare deco ).


Selain tu, kalau korang bercadang untuk buat apa-apa  private event boleh sewa untuk 2 jam. 


House of Briyani ada buat HAPPY HOUR dengan DISKAUN 10% untuk semua jenis makanan WESTERN yang bermula dari 3.00 petang sehingga 6.00 petang ( SETIAP HARI )



House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!

House Of Briyani Temerloh | Port Makan Nasi Briyani, Nak OOTD Pun Cantik!
Sempat OOTD dekat sini..kalau korang nak beli kuah rojak pekat pun ada..


BACA JUGA

Sebelum balik, sempat bergambar dengan staff House of Briyani. Terima kasih bagi zaza rasa menu-menu best kat sini. Kalau tanya zaza akan repeat lagi tak makan sini? Yes akan repeat lagi. Kebetulan anak buah zaza pun ada tengok gambar yang zaza ambil ni dekat phone. Dia minta untuk bawa dia nanti makan sini. Insyaallah jika ada kelapangan dan jika zaza datang Temerloh lagi, bolehlah singgah.


Untuk info lanjut boleh layari :




3 Ulasan

  1. Nampak menyelerakan Nasi Briyani nya. Lama dah tak makan, sebab takde kenduri kawen. heheh.. Kedai dia pun menarik nak ber ootd

    BalasPadam
  2. Nampak menyelerakan sungguh. kena pergi niii..

    BalasPadam
  3. Wah wah wah.. nampak menarik nasi tomato dan briyani kambing tu. Ada happy hour pun bagus juga camni. nyumssss

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama