Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology. Hi korang. Apa khabar? harap semuanya ceria dan happy-happy selalu. Oklah, sebenarnya zaza nak share tentang satu lagi earbuds keluaran baru SUDIO iaitu SUDIO T2. Jika sebelum ini zaza sudah pun memiliki Sudio jenis Sudio Nio, jadi kali ini zaza tak lepaskan peluang untuk turut memiliki SUDIO T2 ( Generasi terbaru Sudio Tolv terlaris ).
SUDIO antara jenama popular yang mengeluarkan earbuds tanpa wayar dari Sweden dan kini telah mendapat sambutan baik di Malaysia kerana kualitinya.
Sudio T2 True Wireless Earbuds dengan Active Noise Cancelling Technology
SUDIO T2 kini telah pun berada dipasaran Malaysia bermula 8 Oktober. Ia direka untuk gaya hidup masa kini. Tampil dengan fungsi Active Noise Cancelling ( Pembatalan Hingar Aktif ) yang bermaksud mendengar dengan lebih mendalam tanpa gangguan.
Mikrofon yang terbina dengan Beamforming ( Beamforming microphones ) dapat mengawal kebisingan persekitaran untuk panggilan yang lebih jelas, sementara pemacu dinamik memberikan suara yang tajam dan tanpa kompromi.- Untuk menghidup dan mematikan peranti, hanya perlu tekan dengan menyentuh kedua-dua butang peranti untuk beberapa saat.
- Untuk mendengar lagu sebelumnya, hanya klik 2 kali pada bahagian kiri butang peranti
- Untuk mendengar lagu seterusnya, Klik 2 kali pada bahagian kanan butang peranti
- Untuk menerima panggilan masuk, tekan 1 kali butang peranti ( kiri atau kanan ) dan untuk menamatkan panggilan atau menolaknya, sentuh butang peranti selama 3 saat.
- Untuk merendahkan kelantangan bunyi, klik 3 kali pada butang peranti belah kiri
- Untuk menguatkan kelantangan bunyi, klik 3 kali pada butang peranti belah kanan
Diskaun Sebanyak 15% dengan Setiap Pembelian SUDIO T2
SUDIO T2 ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka melakukan aktiviti lasak kerana kalis percikan air dan peluh.
Pada zaza, ia earbuds yang amat berbaloi untuk dibeli. Harga yang ditawarkan adalah USD 129 dan MYR 549.
I like this T2 design and also the sound quality
BalasPadamtudia harga dia...
BalasPadamCatat Ulasan