Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp - Zaza Iman

Rabu, Oktober 20, 2021

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Akhirnya secara rasmi Google Pixel 6 telah dilancarkan pagi tadi oleh Google. Ia merupakan peranti baru premium yang ditunggu-tunggu oleh pengguna phone Google Pixel.

Memandangkan zaza juga adalah pengguna Google Pixel 3XL dan Google Pixel 4XL jadi agak teruja juga dengan peranti baru ini.

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Pixel 6 Pro

Pixel 6 Pro didatangkan dengan saiz besar iaitu 6.7 inci QHD+ menggunakan LTPO AMOLED dan mempunyai resolusi 3120 x 1440 dan smooth display sehingga 120Hz. Dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

Google juga turut memperkenalkan cip Google Tensor 5nm Titan M2 untuk peranti ini dan menggunakan memori 12GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS.

Mempunyai 3 pilihan warna iaitu Cloudy White, Sorta Sunny dan Stormy Black.

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Dari segi kamera pula, ia hadir dengan tri-kamera dengan sensor 50MP ( wide camera ), 48MP telefoto kamera dengan sokongan zoom 4x dan 12 MP ultrawide camera.

Ia juga menyokong rangkaian 5G dan Wi-Fi 6E (802.11ax) dengan 2.4G + 5GHz + 6GHz, HE160, MIMO.

Untuk bateri, ia datang dengan  kapasiti besar iaitu 5003mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33w dan pengecasan tanpa wayar berbalik dikenali sebagai Battery Share.

Yang menariknya lagi tentang Pixel 6 Pro ini adalah fungsi baru yang diperkenalkan seperti teknologi baby face, Magic Eraser, HDR pada video, Live Transalte dan beberapa lagi.

Spesifikasi penuh : Google Pixel 6 Pro

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp


Pixel 6


Pixel 6 didatangkan dengan saiz skrin 6.4 inci FHD+ AMOLED dengan smooth display 90Hz. Untuk kamera, ia datang dengan 50MP + 12MP beserta kamera swafoto 12MP.

Ia mempunyai 3 warna pilihan iaitu Sorta Seafoam, Kinda Coral dan Stormy Black. Menggunakan Gorilla Glass 6

Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp
Mempunyai memori 8GB, storan dalaman 128GB dan  256GB. Untuk bateri pula, ia hadir dengan kapasiti 4614mAh dan menyokong pencegasan pantas 33w serta sokongan Battery Share.

Spesifikasi penuh : Google Pixel 6


Harga Google Pixel 6 dan 6 Pro - Google Tensor dengan Tri-Kamera 50mp

Kedua-dua peranti ini juga hadir dengan sistem Android 12 dan menawarkan ciri Security Hub.

Harga Jualan Pixel 6 Pro

Peranti ini akan mula dijual dibeberapa negara seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Ia akan dijual pada 1 November nanti.

Harga Pixel 6 Pro :
$899 ( sekitar RM3541 - 12/128GB ) 
$999 ( sekitar 3959 - 12/256GB ) 
$1099 ( sekitar 4585 - 512GB )


Harga Jualan Pixel 6

Harga Pixel 6 :
$599 ( sekitar RM2500 - 8/128GB )
$699 ( sekitar RM2916 - 8/256GB )

Sumber : Amanz.my dan Google 






Tiada ulasan:

@way2themes