First Time Makan Dessert Dekat MyKori - Zaza Iman

Jumaat, Oktober 29, 2021

First Time Makan Dessert Dekat MyKori


First Time Makan Dessert Dekat MyKori | Agak lama juga zaza tak keluar bandar memandangkan zaza tak ada kawan-kawan dekat kampung ni untuk keluar melepak. Tapi kebetulan kakak zaza dari KL balik. So dari tak buat apa-apa kat rumah, zaza ajaklah dia dan anak-anak dia keluar bandar untuk cuba dessert dekat MyKori.


Sebelum ni selalu juga tengok kawan-kawan zaza share makan dessert MyKori ini. Nampak memang sedap. Itu yang zaza pun nak cuba. 


MyKori tempat zaza ni pun sebenarnya baru juga dibuka. Alhamdulillah seronok dah bila bandar dekat kampung zaza ni dah maju dengan pembangunan dan pasaraya baru buka macam Mydin.


First Time Makan Dessert Dekat MyKori

Memandangkan first time nak cuba MyKori ni, so zaza suruh kakak je la pilih menu apa sebab dia yang belanja, So decide pilih menu "Kenko Kakigori" ice perisa durian. Topping pula pilih buah melon dan mango. Untuk grain topping kami pilih Granola Oats, Pumpkin Seed dan Coconut Flakes with Chia Seed.


Kalau nak tambah topping kena tambah RM1 untuk setiap jenis dan untuk buah, kena tambah RM3 untuk 5 jenis buah.


Pada zaza yang pertama kali cuba "Kenko Kakigori" memang serius sedap. Tambah pula ice perisa durian memang favorite zaza. Kena pula dengan grain topping dia tu. Cumanya tak puas makan sebab order satu mangkuk je. Ingat kan mangkuk besar rupanya sedang-sedang tapi berbaloi lah untuk dicuba. Harga semangkuk cuma RM14.


Puas hati lah dapat merasa menu ni. Menu kedua pula kami pilih "Croissant Taiyaki" Rasa dia rangup-rangup sikit dan ada rasa sedikit masin. Harganya cuma RM7 satu.


First Time Makan Dessert Dekat MyKori


Banyak menu dessert yang ada. Next time kalau keluar bandar lagi, nak cuba menu lain pula macam "Signature Kakigori" dengan "Grab N Go". Craving pula bila tengok menu-menu dia dekat web MyKori.


Kalau korang nak cuba, bolehlah try dekat MyKori berdekatan ok!


First Time Makan Dessert Dekat MyKori



5 ulasan:

  1. MyKori memang sedap, azwar suka makan pancake dia. Im in love la dengan Zaza punya template

    BalasPadam
  2. Cantik gambar Zaza. Croissant tu sedap. Suka sangat. Ice dessert dia pulak mmg sedap. Pernah makan sekali dua je before pandemik dulu.

    BalasPadam
  3. tak pernah masuk pun kedai ni sbb husband mcm tak berapa berkenan.
    kalau nak pegi kene pegi dgn kawan ajelah kot..

    salam kenal

    BalasPadam
  4. Kinah tak pernah dine in kat Mykori walaupun dekat je dengan rumah. Bila teringin, kinah order dekat foodpanda je.

    BalasPadam

@way2themes