7 Khasiat Makan Buah Jambu Batu



Khasiat Makan Buah Jambu Batu. Assalamualaikum dan hi, baru-baru ini adalah sorang rakan facebook zaza jual buah jambu. Teruslah zaza pun order 2kg sebab nak cuba dan teringin sangat. Zaza memang suka buah-buah. Jika hari itu musim buah cempedak,manggis, durian dan rambutan. Puas dapat makan.


7 Khasiat Makan Buah Jambu Batu
Buah Jambu Batu Lohan sedap beli dari rakan dekat shopee


Buah Jambu Batu Lohan ni memang segar dari ladang. Masa zaza order 2kg tu zaza dapat 5 biji ( 4 biji + 1 biji free ). Memandangkan 2kg ni tak cukup, so zaza repeat order lagi beli terus 4kg sekali dengan asam pencicah. ( 4kg ni zaza dapat 8 biji termasuk sekali free buah )

Kalau korang order dekat rakan zaza ni, memang dia akan beri free buah. Memang untung sangat. Kalau nak beli boleh order dekat shopee beliau  ( Shopee Buah Jambu Lohan : https://shp.ee/c8rminj ) Kalau habis, korang tunggu je bila beliau open semula.

Buah Jambu Batu Lohan ni memang sedap tau. Isinya pun lembut tak sakit gigi. Sebab itulah zaza repeat dan rekomen kalau korang nak beli.

Asyik makan buah jambu batu tapi tak berapa tahu khasiatnya. So zaza google lah khasiatnya dan disini zaza nak kongsi sikit apa khasiat buah jambu batu ini.

Khasiat Buah Jambu Batu

Jambu batu ni dikatakan berasal dari Mexico dan Peru dan tersebar ke kawasan tropika. Buah jambu mula dikomersialkan pada tahun 1980 di Malaysia.

Selain dimakan begitu sahaja, buah jambu juga turut dijadikan jus, puree dan jem.

Antara khasiat buah jambu batu adalah :

1. Buah jambu mempunyai komponen fenolik dan tinggi Vitamin C yang bersifat antioksida di mana ia dapat melawan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel badan.

2. Vitamin C yang terdapat dalam buah jambu juga dapat mencegah penyakit anemia ( penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi )

3. Buah jambu mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat ini dapat meransang proses peristalsis di dalam usus dan dapat mencegah masalah sembelit.

4. Mempunyai kandungan karotinoid seperti B-carotene, B-cryptoxantin dan lycopene. karatinoid merupakan komponen yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. ianya juga bersifat antioksida.

5. Jambu batu yang membekalkan vitamin C 2 kali lebih banyak daripada keperluan tubuh. ia dapat meningkatkan tahap ketahanan badan untuk melindungi daripada jangkitan kuman.

6. Mempunyai kandungan vitamin A dan Kalium ( potassium ). Vitamin ini dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, menghalang darah daripada menjadi pekat sekaligus ia membantu mengawal tekanan darah.

7. Buah jambu batu juga dapat membantu untuk mencantikkan kulit. bahan antioksida yang terdapat di dalamnya dapat menghalang kulit daripada proses penuaan.

Sumber : rootofscience / bidadarymy

So inilah sedikit khasiat dan kebaikan bila kita makan buah jambu batu. Kalau nak order buah jambu batu boleh beli dekat link shopee di atas tu okayyy..





Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)