Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks



Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks. Assalamualaikum, zaza teringat dulu sekitar 5-6 tahun lalu pernah ikut kakak sertai program keusahawanan yang penyampai ceramahnya dari usahawan yang dikenali. Masa tu dari Pahang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mengikuti program tersebut.

Zaman tu memang zaza pun suka sangat ikuti tokoh-tokoh usahawan yang berjaya. Setiap kali buka internet je, mesti zaza akan baca blog-blog yang menceritakan tentang usahawan dan bisnes. Langgan newspaper. Bila dapat emel je, memang teruja baca ilmu dan tip yang dikongsikan.

Walaupun zaza bukanlah usahawan tapi zaza suka sangat dengan kisah mereka. Sejak dari itulah zaza banyak sertai peluang bisnes seperti dropship.

Kebanyakan usahawan yang zaza suka ikuti kisah mereka ini bermula ketika usia yang muda. Seronok dan bangga dengan mereka walaupun berliku ujian yang mereka alami untuk mencapai tahap yang mereka berada sekarang ini.

Kalau sebut tentang usahawan, siapakah tokoh usahawan yang korang suka dan kagumi? Hari ini zaza nak ceritakan tentang pasangan usahawan jutawan yang sangat dikenali di era kini.




Kisah Kejayaan Jenama Pakaian Baju Kurung Tanpa Gosok Sabella

Selalu kita dengar kan lagu Sabella – Benda Tak payah Gosok Buat Apa Gosok. Lagu ni sering juga berkumandang dekat radio sampai dah jadi terngiang-ngiang dalam kepala.

Sabella adalah jenama baju kurung tanpa gosok yang cukup popular di Malaysia.

Ia diasaskan oleh anak tempatan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Puan Siti Fatimah Binti Abd Samad dan suaminya Encik Mohd Sufian Bin Sulaiman.

Mereka kini adalah usahawan jutawan yang berjaya dengan mempunyai syarikat dibawah nama Sabella Holding Sdn Bhd.


 Puan Saiti Fatimah Binti Abd Samad dan suaminya, Encik Mohd Sufian Bin Sulaiman.

Kisah Sebelum Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian Memulakan Perniagaan

Cabaran hidup dan kesempitan yang dialami Puan Siti Fatimah membuatkannya cekal dan tetap berusaha untuk mencari kewangan demi kelangsungan hidup tambahan pula mereka tinggal di bandar Kuala Lumpur. Sememangnya kos hidup di Kuala Lumpur sangatlah tinggi.

Gaji suaminya yang pada ketika itu bekerja sebagai pelukis pelan di salah sebuah syarikat swasta sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka ditambah lagi dengan anak kecil yang masih menyusu.

Ketika itu Puan Siti Fatimah hanya seorang suri rumah. Pernah menjual sabun. Dan kerana kehabisan duit, mereka pernah memberikan susu pekat manis untuk anaknya itu.

Memikirkan masa depan anaknya dan kehidupan mereka akan datang, Puan Siti Fatimah berusaha untuk keluar dari kepompong kesusahan. Dengan kemahiran yang pernah dimilikinya, Puan Siti Fatimah mula mengambil upah menjahit baju di rumah.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Tahun 2016 Permulaan Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian Mengeluarkan Baju Kurung Jenama Sabella

Dengan kerja dan upah menjahit baju dari rumah, mereka mula membuat simpanan kewangan setiap bulan. Sekurang-kurangnyanya RM200 ke RM300 mereka simpan untuk membeli sebuah mesin jahit.

Memulakan bisnes menjahit baju akhirnya mereka banyak menerima tempahan secara pukal secara online. Mereka juga terpaksa mengangkat mesin jahit dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menaiki Suzuki swift.

Pernah terjadi pada Puan Siti Fatimah kejadian jari bengkak dan luka kerana menjahit 100 pasang baju seorang diri yang dilakukan secara manual bermula dengan mengunting kain sehinggalah menjadi sepasang baju.

Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian akhirnya berjaya mengeluarkan baju kurung jenama Sabella. Jenama Sabella diambil sempena nama anak kedua mereka iaitu Faiqa Salsabila.

Bagaimanapun pelbagai cabaran yang terpaksa mereka lalui seperti ketiadaan team yang membantu, tiada pengurusan kewangan malah mereka juga tidak mampu menampung jumlah tempahan yang terlalu banyak.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks
Kedai pertama Sabella yang disewa

Menyertai IMKK dan Millionaire Marketing Mastery Anjuran RichWorks bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Memandangkan ketiadaan pengurusan kewangan dan cabaran lain, akhirnya mereka mencari mentor bisnes dan disinilah bermulanya mereka menyertai Program RichWorks Academy iaitu Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan ( IMKK ) dan Millionaire Marketing Mastery ( MMM ) bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

 Dengan ilmu yang diperoleh dan hasil usaha tanpa penat lelah, mereka berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak RM90,000 pada tahun 2016.

Pada tahun 2017, mereka sekali lagi menghadapi cabaran dalam bisnes. Memandangkan permintaan semakin bertambah ia telah menyukarkan pengurusan team. Mereka juga tidak dapat menampung operasi kerana keadaan kedai yang sempit dan lokasi yang tidak bersesuaian.

Akhirnya mereka membuat keputusan dengan berpindah ke tempat yang lebih luas.

Menyertai Ahli Titanium RichWorks untuk Mengembangkan Bisnes

Bukan senang untuk bertahan dalam sesuatu bisnes. Bagi memantapkan dan mengembangkan lagi jenama Sabella, Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian membuat keputusan untuk menjadi anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman sekali lagi dengan menyertai ahli Titanium Circle RichWorks.

Berkat kesabaran, ilmu yang diperoleh ketika di dalam Titanium akhirnya mereka berjaya membina team yang kuat untuk sama-sama menaikkan jenama Sabella.

Paling membanggakan dan rasa bersyukur mereka kerana berjaya mencapai jualan pada tahun 2017 sebanyak RM1,600,888. Jumlah yang cukup besar bagi mereka.

Pada 2018 pula, mereka berjaya mewujudkan program dropship dan juga agent. Dengan program dropship dan agent ini, mereka telah berjaya memberi peluang kepada orang ramai untuk memulakan bisnes dan menjana pendapatan sendiri. Bagaimanapun, apabila ahli dropship dan agent bertambah, mereka juga berdepan dengan cabaran team. 

Disebabkan itu, mereka telah menubuhkan sistem ejen yang lebih tersusun dan sistematik sekaligus menambah pengurusan team.

Jualan mereka juga telah mencecah sebanyak 7 angka.

Pada tahun 2019, Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian telah menerima Anugerah Most Consistent Achievements semasa ICM Langkawi atas pencapaian mereka.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks
 Menerima Anugerah Most Consistent Achievements semasa ICM Langkawi

Tahun 2020 Kejayaan Membuka Kilang Sendiri

Setelah berhempas pulas berusaha bersungguh-sunguh untuk mengubah nasib, pada awal Januari 2020, Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian telah berjaya membuka kilang sendiri yang berkeluasan 30,000 persegi.

Siapa sangka seorang suri rumah yang hanya menjahit baju di rumah kini telah mampu membuka kilang sendiri. Jenama Sabella kini mampu berdiri gah setanding dengan jenama-jenama pakaian popular yang lain. 

Sehingga kini, mereka telah mempunyai lebih 100 kakitangan dan jumlah dropship serta agent yang semakin ramai.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks
Pembukaan kilang pertama Sabella hasil dari penat lelah dalam perniagaan

Selain itu, mereka turut memiliki 3 warehouse dan jualan pada tahun 2020 memecah rekod sebanyak 9 angka.

Paling membanggakan, mereka juga mampu untuk memghadiahkan kereta Mercedes benz buat ibu bapa mereka.

Kata mereka,  Sabella bangkit adalah kerana hasil didikan dan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks
Jenama Sabella kini mampu berdiri gah setanding dengan jenama-jenama pakaian popular lain

Kisah Inspirasi Kejayaan 100 Usahawan Jutawan Titan Summit 2021

Kisah Puan Siti Fatimah dan Encik Mohd Sufian dan jenama Sabella ini adalah antara kisah inspirasi kejayaan anak tempatan dalam menjalankan perniagaan yang terdapat dalam program Titan Summit 2021 10X Bina Bisnes Berjaya yang dianjurkan oleh RichWorks Academy bersama bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Siapa tak kenal dengan nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman ini. Beliau merupakan seorang Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia.

Dalam program ini, seramai 100 usahawan jutawan yang merupakan anak didik RichWorks akan dihimpunkan untuk dikongsikan kisah mereka. Terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

100 usahawan jutawan ini bakal menceritakan pengalaman bagaimana mereka bermula, cabaran bisnes ketika pandemik sehingga mencapai jualan 7 angka dan jatuh bangun, strategi serta tindakan yang mereka lakukan dalam membina perniagaan.

Kejayaan yang mereka kecapi sekarang ini tidaklah datang begitu sahaja. Sebaliknya mereka telah melalui pelbagai proses yang ada.

Sertai Program Titan Summit 2021 Sekarang

Program Titan Summit 2021 ini akan diadakan pada 24 hingga 26 September secara percuma. Semua usahawan dan bakal usahawan akan ditaja sepenuhnya oleh RichWorks.

Program ini dibuat secara vitrual untuk menunjukkan kepada orang ramai terutamanya buat usahawan itu sendiri bahawa mereka boleh berjaya membina perniagaan.

Bagi peserta yang bakal menyertai program ini, mereka akan mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan oleh usahawan jutawan ini.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Sejak 2018, RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah banyak membantu dalam melatih dan memberikan bimbingan kepada ramai usahawan dan kebanyakan Perusahaan kecil dan Sederhana ( PKS ) Bumiputera datangnya dari mereka.

Pada 13-16 September yang lalu, seramai 300 lebih usahawan jutawan juga telah menyertai program Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Jenama Sabella antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Oleh itu, bagi korang yang berminat untuk menyertai Program Titan Summit 2021 ini boleh membuat pendaftaran di :

Inilah peluang untuk korang memantapkan ilmu dan memgembangkan bisnes. Rebut sekarang kerana ia adalah percuma. Semoga Berjaya!



Zaza Iman
4 Comments

4 ulasan:

  1. eh saya la tu salah seorang dropship sabella hihi. kagum sangat dengan Tuan sufian dengan puan siti ni tau,

    BalasPadam
  2. Sabella ni memang akak suka baju kurung dia. Memang berpasang-pasang akak guna. Dia antara yang memang cepat up kan? Mantap betul!

    BalasPadam
  3. Bagus ada program macam nie kan Zaza..

    BalasPadam
  4. Hebat founder Sabella ni. siapa yang ada bisnes memang wajib join program macam ni kan

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)