McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026 - Zaza Iman

Rabu, September 08, 2021

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026


McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026. Assalamualaikum dan hi, apa khabar? Alhamdulillah bertemu lagi kita disini. Jika sebelum ini ada zaza kongsikan mengenai McDonald’s Malaysia yang telah membantu para frontliner kita dengan memberikan beberapa sumbangan. Jadi kali ini zaza nak kongsikan berita baik untuk semua belia di seluruh Malaysia.

Dengan keadaan pandemik yang masih belum ada pengakhiranya, masih ramai lagi yang terkesan dan hilang pekerjaan. Selalu juga zaza lihat dan baca beberapa kisah di laman sosial mengenai keperitan mereka dalam mencari pekerjaan disana sini. Apa pun, semoga mereka yang sedang berusaha mencari pekerjaan di rezeki kan mendapat kerja dengan segera. Insyallah.

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026

Memikirkan mengenai nasib dan masa depan golongan belia di masa akan datang, McDonald’s Malaysia kali ini telah mengumumkan berita baik buat semua generasi muda dengan bakal menawarkan 10,000 peluang pekerjaan baru melalui program-program kerjaya di McDonald’s.

Kewujudan peluang pekerjaan ini adalah sebagai salah satu usaha dari McDonald’s Malaysia untuk membantu golongan belia mengembangkan bakat dan potensi diri mereka. Melalui sasaran pembukaan 500 restoran menjelang tahun 2026 nanti, McDonald’s Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan bakal dijana.

Alhamdulillah. Ia adalah satu berita yang mengembirakan kerana zaza pun telah lama berharap McDonald’s Malaysia dapat mewujudkan restoran di tempat zaza iaitu di Bandar Jengka Pahang. Moga-moga termakbullah permintaan zaza ini. Lagi pula Bandar Jengka kini sudah semakin maju dengan pembangunan dan kewujudan beberapa pasaraya besar. Dapat jugalah zaza dan warga Jengka menikmati McDonald’s terdekat nanti.

Peluang pekerjaan ini juga sebagai tanda sokongan kerjaya buat golongan belia dari McDonald’s Malaysia yang mempunyai kekuatan syarikat dan kemampuan lebih 14,000 kakitangan di lebih 300 restoran seiring dengan pepatah “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

Rebut Peluang Belajar Sambil Bekerja

Peluang yang baik ini perlu direbut sebaiknya oleh golongan belia. Oleh sebab itu, McDonald’s Malaysia membuka Akademi Vokasional McDonald’s. Melalui akademi ini, golongan belia akan diberi peluang latihan, pembelajaran dan pembangunan bertaraf dunia yang akan disediakan oleh McDonald’s Malaysia. Ia juga sekaligus dapat membantu golongan belia untuk mempersiapkan diri mereka dengan ilmu, kemahiran industri yang lengkap dan menerapkan nilai-nilai kerja yang mereka boleh guna dan praktikkan tak kira di mana sahaja mereka berada nanti.

Dengan kelebihan yang ada di Akademi Vokasional McDonald’s ini, ia pastinya mampu menarik golongan belia untuk memulakan kerjaya mereka di McDonald’s.

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026

Golongan belia yang akan menyertai program di Akademi Vokasional McDonald’s ini akan diberikan bimbingan sambil bekerja. Dengan pendekatan pembelajaran yang pelbagai dari McdDonald’s, golongan belia dapat menimba pengalaman dan latihan di dalam kelas, pembelajaran kendiri serta alat pembelajaran yang bersesuaian untuk kakitangan. Ia direka khusus bagi golongan belia supaya mereka dapat mendalami peranan dan membiasakan diri dengan amalan terbaik dalam industri perkhidmatan makanan.

Kemudahan Elaun Sara Hidup RM1,200


Bagi golongan belia yang bakal menyertai Akademi Vokasional McDonald’s nanti, mereka akan menjadi perantis dan menjalani program ini selama 18 bulan.

Mengambil contoh dari Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, program yang akan dijalankan ini akan merangkumi 70 peratus latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30 peratus lagi mereka akan belajar secara teori di pusat latihan.

Perantis juga akan menerima kemudahan elaun sara hidup sebanyak RM1,200 sebulan. Ia satu jumlah yang agak banyak dan cukup untuk menampung kehidupan mereka sepanjang program.

Kemudahan lain yang akan disediakan termasuk tempat tinggal, manfaat perubatan, insuran dan makanan percuma sepanjang program berlangsung.

Peluang ini dibuka untuk semua belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 ( PT3 ) atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026

Selepas perantis berjaya menamatkan program ini, perantis boleh memilih untuk bekerja terus di McDonald’s atau mereka boleh membuat pilihan sendiri untuk bekerja di mana-mana syarikat industri makanan yang terdapat di seluruh Malaysia.

Program Khas Untuk Masa Hadapan Buat Belia

Menurut Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, selain dari menyediakan peluang pekerjaan untuk belia, mereka juga komited dalam memberikan sokongan kepada belia untuk memenuhi potensi diri dengan membantu mereka membina keyakinan dan membangunkan kemahiran interpersonal. Sebagai majikan, mereka akan turut memastikan McDonald’s akan terus menjadi syarikat pilihan belia terutamanya buat belia yang ingin membina kerjaya yang bermakna dan berkekalan dalam industri perkhidmatan makanan.


Beliau juga turut memberitahu bahawa program-program kerjaya utama untuk belia, khususnya Program Perantis Vokasional McDonald’s ini direka khas dengan bertujuan untuk memperkasa generasi muda dalam perjalanan kerjaya mereka dan menyediakan batu locatan ke arah masa hadapan yang cerah dan bermakna.

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026

Menurut YBhg. Dato’ Ts. Haji Zaihan bin Shukri, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, JPK, Kementerian Sumber Manusia pula, sejak Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional ( SLDN ) ini diwujudkan dari tahun 2018, mereka telah berjaya melahirkan ramai pekerja

yang lebih kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi. Setelah tamat program latihan ini, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bagi bidang penyediaan makanan dan minuman oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

Ia juga sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan ( K-Pekerja ). Perantis juga akan diajar dengan lebih banyak latihan amali berbanding teori. Ia sesuai dengan keperluan mereka yang akan menghadapi dunia pekerjaan sebenar nanti.

Selain itu, beliau juga menyatakan dapat melihat impak yang positif dikalangan perantis melalui Sistem Latihan Dual Nasional ( SLDN ) ini seperti perantis dapat merasai sendiri pengalaman dan suasana bekerja yang sebenar malah mereka juga mampu untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih sistematik.

Dengan ini, perantis bukan sahaja memperoleh kemahiran, tetapi juga telah membantu syarikat dalam menghasilkan produk yang berkualiti, memberikan perkhidmatan cemerlang dan meningkatkan produktiviti.

Tambah beliau lagi, lebih dari 2,000 belia sudah dilatih sebagai perantis restoran McDonald’s dengan usaha sama antara JPK dan McDonald’s. Melalui Sistem Latihan Dual Nasional ( SLDN ) ini juga, dilihat perantis mampu membina keyakinan diri mereka serta menambahkan lagi kemahiran diri.

Beliau turut mengajak lebih ramai belia dan beliawanis untuk merebut peluang menyertai program ini.

“Program SLDN telah membuktikan kejayaan bersama terutama kepada belia dan syarikat. Usaha berterusan perlu diwujudkan bagi meningkatkan kemahiran belia ke tahap yang lebih tinggi. Justeru itu, semua majikan diseru untuk mengambil peluang ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran dalam usaha membantu negara dalam hasrat mencapai negara maju,” Ujarnya.

Pembangunan Jangka Panjang dan Peluang Kerja Golongan Berpendapatan Rendah

Dengan komitmen dan kerjasama antara McDonald’s dan Kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan, McDonald’s Malaysia telah menyediakan pembangunan jangka panjang bagi membentuk masa hadapan belia. Mereka juga akan membantu kakitangan mereka mencapai kejayaan dalam syarikat sehingga boleh menjadi seorang pengurus yang baik dan dapat memimpin pasukan.

Untuk pengetahuan, lebih 1,000 Pengurus McDonald’s berjaya menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s pada setiap tahun. Mereka ini mempunyai kepakaran dalam operasi restoran disamping mempunyai komunikasi dan kepimpinan yang baik.

Selain itu, McDonald’s juga turut memberi peluang pekerjaan kepada 100 peratus buat rakyat Malaysia terutamanya mereka yang terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah, golongan asnaf dan komuniti luar bandar. Tanpa mengira latarbelakang, sesiapa sahaja layak untuk bekerja di McDonald’s tidak kira sama ada golongan wanita atau orang kelainan upaya ( OKU ).

Tahukah anda sehingga hari ini, Pengurus Restoran McDonald’s terdiri daripada 50 peratus wanita manakala seramai 228 warga kerja McDonald’s merupakan dari golongan OKU.

Pengalaman Perantis yang telah Menyertai Program ini

Menceritakan pengalamannya, Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri atau Iman telah dinobatkan sebagai salah seorang Pelajar Terbaik dan telah menerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang.

Ujarnya, sepanjang menyertai program ini, beliau telah menjadi seorang yang berkeyakinan dan berani. Jika sebelum ini, beliau agak malu dan takut untuk mencuba perkara baru. Iman yang kini bekerja sebagai Ketua Kru di McDonald’s Mont Kiara, Kuala Lumpur menjelaskan, program McDonald’s ini telah menjadikannya seorang yang yakin dan lebih fokus untuk membina kerjaya sekaligus membantunya untuk mengatasi rasa takut dalam diri melalui latihan ekstensif dan sokongan yang diterimanya.

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026
Pengalaman belajar melalui program ini menjadikan Iman seorang yang lebih yakin dan berani


Menurut Khor Wei Nern atau Khor yang berusia 18 tahun, kini masih dalam latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra, Kajang, memberitahu beliau menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s kerana galakan daripada gurunya semasa di sekolah menengah. Sepanjang menyertai program ini, Khor banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengurus-pengurus dan rakan sekerja yang berpengalaman malah turut bersama menyumbang dan mengambil bahagian dalam operasi harian.

Kata Khor, pengetahuan dan latihan yang diterima adalah sesuatu yang amat berharga buat dirinya.

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026
Khor amat menghargai mereka yang telah banyak membantunya sepanjang beliau berada di dalam program ini


Bagi David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj atau David pula, beliau kini telah memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Syif di McDonald’s selama 3 tahun. Beliau juga menanam hasrat untuk menjadi Pengurus Besar Restoran tahun ke-6 suatu masa nanti. David antara salah seorang perantis pertama yang telah menyertai Program Perantis Vokasional McDonald’s. Selain itu, beliau menetapkan matlamat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi pada tahun ke-10.

McDonald’s Malaysia Sasar 10,000 Peluang Pekerjaan Buat Belia Menjelang 2026
David menanam hasrat untuk menjadi Pengurus Besar Restoran suatu masa nanti

Peluang Baik Untuk yang Masih Mencari Hala Tuju Pekerjaan


Peluang sebegini adalah satu peluang baik yang perlu diambil oleh setiap belia. Pada belia yang sedang tercari-cari hala tuju selepas tamat sekolah, bolehlah memikirkan untuk menyertai program ini. Zaza juga berharap rakan-rakan dan pembaca untuk sama-sama menyebarkan tentang program ini kepada orang ramai.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari website www.mcdonalds.com.my

Atau jika anda ingin membina kerjaya bersama McDonald’s, layari https://www.maukerja.my/mcd





Tiada ulasan:

@way2themes