Crystal Skin Rish Beauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda



Crystal Skin Rish Beauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda. Assalamualaikum dan hi korang..siapa suka makan tomato kat sini? Kalau zaza memang tak makan tomato tapi zaza ada sorang kawan yang memang hari-hari dia akan tomato macam makan buah epal. Biasa tomato zaza suka buat tepek kat muka je.

Walaupun tak makan buah tomato tapi jika ada minuman atau jus berasaskan tomato, zaza suka je minum. Kebetulan pula kulit zaza pun tengah kering sikit. So ada rakan zaza perkenalkan minuman botanical Crystal Skin dari Rish Beauty. Crystal Skin ini berasaskan Tomato Kristal dengan Collagen dan Habbatus Sauda.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Apakah itu Tomato Kristal? Mengikut sumber yang dipercayai, Tomato Kristal mengandungi karotenoid jernih. Sebab itu ia dinamakan Tomato Kristal. Pertama kali juga zaza tahu tentang tomato kristal ni. Biasa nampak tomato merah yang biasa tu je.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Memandangkan kulit muka zaza pun tengah problem sikit, itu yang zaza pun nak cuba Crystal Skin ni. Crystal Skin diasaskan oleh seorang pemuda, iaitu Encik Airiey Sayuti. Menceritakan pengalaman beliau sendiri yang pernah berdepan dengan masalah kulit yang berjerawat teruk dan gelap. Encik Airiey pernah mengambil beberapa suplemen dan produk skincare namun agak kecewa dengan kesannya yang agak lambat sehinggalah beliau mendapat inspirasi menghasilkan produk minuman botanical Crystal Skin.

Crystal Skin Tomato Kristal dari Bahan Semulajadi

Crystal Skin adalah produk minuman kecantikan yang berkhasiat kerana berasaskan bahan semulajadi. Ia dapat membantu mencantikan kulit dari dalam dan luar.

Ia juga merupakan produk bumiputerasa Muslim yang dikilangkan di Malaysia. Tak perlu risau jika korang nak cuba produk minuman ini kerana bahannya dari material gred AAA dan kilang juga berstatus Halal. Selain itu, kilang RishBeauty mempunyai akreditasi GMP ( Good Manufacturing Practice ), HACCP ( Hazard Analysis Critical Control Point ) dan ISO 22000.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Antara bahan utama yang terdapat dalam Crystal Skin adalah Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Collagen, Vitamin C, Jus Blackcurrant dan Ekstrak Biji Anggur.

Fungsi Bahan Utama Crystal Skin

Tomato Kristal -  Bertindak sebagai anti-oksidan terkuat. Ia dapat membantu mengurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari.

Habbatus Sauda - Sebagai anti - radang. Ia membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga membunuh kuman disebabkan jerawat.

Collagen -Memberikan keanjalan pada kulit dan mencegah kedutan

Vitamin C - Melindungi sel dan menjaga kulit agar sihat

Jus Blackcurrant - Sebagai anti-oksidan menguatkan sistem pertahanan badan

Ekstrak Biji Anggur - Sebagai anti-oksidan. Ia membantu membunuh kuman dan membantu pemyembuhan luka

Kebaikan Jika Mengamalkan Crystal Skin
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan muka berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Menambah kelembapan kulit
Cara Pengambilan Crystal Skin

Setiap kotak mengandungi 15 sachet ( 15g ) untuk kegunaan selama 15 hari. Jadi untuk mengambilnya, hanya perlu 1 sachet sehari bercampur dengan 150ml air sebelum sarapan.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Disarankan selepas minum untuk ambil 2-3liter air putih setiap hari bagi mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin. Elakkan minuman berkafein, beralkohol dan berkarbonat sekiranya korang ingin mendapatkan hasil dan keberkesanan yang baik. 

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Selain itu, sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan rajinkan diri membuat senaman sekerap yang mampu.

Insyaallah, tiada kesan sampingan jika korang mengamalkannya kerana bahan semulajadi nya telah diuji secara klinikal malah Crystal Skin juga diselia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan do Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Pendapat Sendiri Selepas Minum

Selepas zaza cuba minum, zaza akui yang rasanya memang sedap. Zaza dapatkan dua kotak untuk sebulan. Memandangkan zaza pun baru je dalam tempoh percubaan minum Crystal Skin ini, jadinya zaza belum boleh kongsi feedback lagi. Insyaallah, tunggu selepas zaza habiskannya, zaza akan cuba update kesannya okayyy

Btw, biasanya zaza suka minum dengan air sejuk. Terasa segar kat tekak. Kalau korang nak cuba, dialu-alukan tau.

Oh ya, zaza nak share sikit info, jika korang ada sakit kronik tapi nak cuba produk ini, disarankan untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Walaupun Crystal Skin ini semulajadi dan tidak mempunyai sebarang bahan terlarang serta bukan dikategorikan sebagai ubat-ubatan, tetapi amat baik untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mencubanya.

Crystal Skin RishBeauty : Tomato Kristal dengan Collagen, Habbatus Sauda

Harga dan Cara Pembelian

Harganya sudah tentu harga mampu milik. Bagi yang ingin mencuba, sekarang tengah ada tawaran yang istimewa tau.

1 Kotak ( RM 69 )      - Harga biasa RM89 ( Diskaun sebanyak 23% )
2 Kotak ( RM 132 )    - Harga biasa RM178 ( Diskaun sebanyak 26% )
3 Kotak ( RM 186 )    - Harga biasa RM267 ( Diskaun sebanyak 30% )
4 Kotak ( RM230 )     - Harga Biasa RM 356 ( Diskaun sebanyak 35%)


Untuk pembelian boleh dibuat terus di :


Info lanjut boleh dapatkan di :

 



Zaza Iman
3 Comments

3 ulasan:

  1. bagus ni.. kalau yang mana tak boleh makan tomato macam tu je, boleh amalkan ni.

    BalasPadam
  2. I also want to try this beauty drink, boleh lah nak maintain kulit yang cantik dan sihat

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)