Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya "Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah ( CLAS ) Musim 14



Feli Stacy Paimin atau lebih mesra dengan nama pentasnya – CICI, berusia 15 tahun, merupakan seorang penyanyi yang aktif dan terlibat dalam industri hiburan & muzik tanah air sejak umur 8 tahun . Cici berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah. Beliau membawakan genre muzik Balada , Pop & Rock.


Lagu ‘’Ku Takkan Mengalah’’ ciptaan oleh Shaiffulhan telah dianugerahkan kepada Cici untuk menyanyikan lagu ini setelah Cici dinobatkan Juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah 2019. Penciptaan lagu ini juga secara tak langsung terhasil apabila komposer Shaiffulhan telah memenangi Juara dalam pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12 dengan lagu yang dipertandingkan berjudul ‘’Keseorangan’’ nyanyian Santiana Ramli . Oleh itu , Shaiffulhan telah ditawarkan untuk mencipta lagu ini untuk Cici menerusi pertandingan itu.


Cici Pertaruhkan Lagu Keluaran Terbarunya "Ku Takkan Mengalah" Dalam Pertandingan Carta Lagu Artis Sabah ( CLAS ) Musim 14


Lagu ini membawa maksud yang mengisahkan erti sebuah perjuangan dalam seni hiburan tanah air . Berbagai onak dan duri melepasi segala halangan dalam persada seni namun perjuangan seni tetap diteruskan untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Susunan Muzik oleh Jasnie Mohd Yakub. “Ku Tak Kan Mengalah” menjadi pilihan Judul Lagu bersesuaian dengan usia cici 15 tahun untuk terus berjuang dalam bidang seni walau apapun cabaran tetap tidak akan mengalah demi meneruskan dalam perjuangan seni yang masih jauh.

CICI pernah menjadi Juara Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2016, Juara Bintang Remaja RTM Sabah dan Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar (ASTRO) 2019. Cici kini pertaruhkan single terbaru beliau ini di dalam Carta Lagu Artis Sabah untuk musim ke – 14 dan telah menduduki Juara Mingguan sebanyak 4 kali. Peminat boleh mengundi lagu ini dengan menyemak laman akaun Facebook – Carta Lagu Artis Sabah musim 14 .

Lagu ini juga telah mendapat perhatian dan edaran secara digital oleh label rakaman Luncai Emas kerana Shaiffulhan merupakan Komposer yang mempunyai perjanjian eksklusif dibawah naungan hakcipta Luncai Emas .

Para pendengar, peminat setia Cici dan rakan media boleh dengarkan lagu ‘Ku Takkan Mengalah’ di semua saluran digital seperti Spotify , Joox & Apple Music dan jangan ketinggalan untuk menonton video lirik penuh di youtube Luncai Emas .

Semoga Cici akan sampai ke Pertandingan Akhir Carta lagu Artis Sabah musim ke-14 dan berharap dapat menjejak Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL)



Lirik Ku Tak Kan Mengalah - CICI
Di Perjalanan ku menyusuri impian
Walau keseorang hadapi segala dugaan
Namun kecekalan sebagai kekuatan
untuk ku meneruskan perjalanan


Aku mengejar impian
Teman hanya keyakinan
Mencari ruang dalam sebuah harapan
Aku tak kan mengalah
Malah terus berusaha
Agar ku dapat capai hasrat di cita
Untuk menjadi bintang yang berkelipan


Menyinari di persada hiburan
Menjulang kejayaan menjadi kenyataan
Di sudut hati ku hanya pecaya
Rempuhi segala halangan yang ada


Aku tak kan mengalah
Ku tetap bersabar
Aku tak kan mengalah
Ku terus berjuang
Kerana ku pasti
Kelam malam kan hilang
Bila terbit sinar mentari gemilang


Pencipta Lagu : Shaiffulhan Saidin
Penulis Lirik : Kamarudin HJ hasim
Susunan Muzik : Jasni Mohd Yakub
Hakcipta & Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd


Zaza Iman
0 Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)