Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru-Paru


Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru-Paru. Assalamualaikum, umum mengetahui bahawa rokok sememangnya amat bahaya pada kesihatan. Seorang penghisap rokok yang sedang merokok bukan sahaja boleh memudaratkan diri tetapi juga sebenarnya boleh menyebabkan orang yang tidak merokok mendapat kesan yang buruk apabila menghidu asap rokok.


Apabila perokok mula membakar rokok, ia dipanggil pembakaran ( burning ) atau combustion.

Berapa ramai orang yang tidak peduli dengan amaran bahaya rokok. Walaupun undang-undang dan banyak kempen larangan merokok dibuat, masih ada juga sebilangan yang tetap berdegil dan tidak mempedulikan langsung kesihatan orang di sekeliling.


Sumber gambar - pixabay

Rokok yang mengandungi bahan tembakau, apabila dibakar ia akan menghasilkan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia yang bahaya. Tembakau yang dibakar pula, ia boleh mencapai suhu sekitar 900'C dan suhu ekstrem inilah yang menjadi masalah dengan perokok sekaligus boleh menjejaskan kesihatan.

Sebanyak 100 bahan kimia telah diklasifikasikan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok seperti karbon monoksida, tar, sianida, benzene, kadmium, methanol, hydrogen sianida dan beberapa lagi.

Tahukah anda yang Karbon Monoksida antara bahan kimia bertoksik yang kerap dijumpai dalam asap buangan kereta. Nikotin, bahan yang walaupun sedikit dalam rokok, ia memberikan rasa tenang dan kelegaan pada perokok juga boleh menyebabkan berlakunya peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, dalam rokok terdapat 7000 bahan kimia. Dan tar terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia dimana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen. Tar yang terbentuk di dalam asap rokok dan apabila seseorang menghidu, lama kelamaan jantung yang sihat boleh bertukar menjadi kelabu dan seterusnya menjadi hitam sekaligus boleh menjejaskan bahagian organ yang lain.

Kadmium pula merupakan logam yang sangat beracun dan bersifat radiokatif. Benzene pula antara bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak mempunyai warna serta Hidrogen Sianida merupakan racun yang digunakan untuk membunuh semut yang turut digunakan sebagai racun perosak.

Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Menyebabkan Barah Paru-Paru
Sumber gambar - pixabay

Bahan-bahan dalam rokok dan asap rokok inilah yang boleh memberikan kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Perokok atau orang yang berada berhampiran apabila menghidu asap rokok, asap rokok tersebut akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Hal inilah boleh menyebabkan berlakunya kerosakan tisu dalam tubuh.

Kesan jangka pendek yang berlaku seperti perokok mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut. Gigi dan gusi juga boleh menjadi kuning. Mereka juga mudah berasa letih dan sukar bernafas malah menyebabkan berlakunya pengurangkan fungsi otak yang disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.

Untuk kesan jangka panjang, rokok boleh merosakkan organ dalaman tubuh. Secondhand smoke yang dikenali sebagai environmental tobacco smoke ( ETS ) merupakan asap rokok yang dihasilkan dari hujung rokok yang menyala, kemudian asap itu dihembuskan oleh perokok.

Asap rokok itulah boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada orang dewasa yang tidak merokok seperti barah paru-paru dan penyakit jantung. Selain itu, asap rokok juga boleh menyebakan terjadinya asma, jangkitan pernafasan, batuk, otitis media ( jangkitan ditengah telinga ), dan sindrom kematian bayi dan kanak-kanak secara tiba-tiba. Bayi dan kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.

Kesan Pada Diri Akibat Pembakaran Asap Rokok

Zaza rasa semua orang pun tentu pernah mengalami kesan daripada asap rokok kan? Begitu jugalah dengan diri zaza. Memang geram dengan sesetengah perokok yang tak mempedulikan orang sekeliling.

Zaza sendiri pun rasa nak marah kalau terjumpa perokok yang main hembus je asap sesuka hati. Selalu bila keluar makan dekat kedai-kedai tepi jalan, tengah-tengah makan ada pelanggan lain masuk dan duduk disebelah meja makan, ketika itulah nak merokok.

Nak ditegur nanti risau pula kan, ye lah sekarang ni nak tegur orang bukan boleh sangat. Dari nak tegur, terus jadi pergaduhan pula nanti. Tapi itulah memang tak selesa kalau berdepan dengan situasi sebegini tambahan pula zaza ni boleh sesak nafas kalau bau asap rokok. Rasa lemas.

Satu lagi buat zaza nak marah bila ada perokok lepas je habis hisap rokok, terus buang punting rokok tu merata-rata. Banyak kali juga terjumpa punting rokok dibuang di tepi-tepi bangunan kaki lima, dalam longkang, ada juga terjumpa dekat celah-celah pokok bunga. Keadaan ini amat mencacatkan pemandangan dan membuatkan tempat-tempat itu menjadi kotor.

Ada juga zaza tanya rakan-rakan yang pernah merokok. Ada seorang rakan ni share yang dia pernah alami batuk yang teruk akibat ketagih merokok setiap hari. Bila ia beri kesan buruk dekat badannya, memang ada rasa takut. Atas kesedaran, dia pun nekad untuk berhenti merokok. Walaupun pada awalnya memang susah untuk tinggalkan tabiat merokok tu, tapi kini dia lega sebab berjaya tinggalkannya.

Alternatif Kepada Perokok Untuk Berhenti Merokok


Rokok yang terbakar dan membebaskan lebih daripada 7000 bahan kimia bukan sahaja memudaratkan tubuh, tetapi juga memberi pencemaran kepada udara.

Walaupun seseorang perokok merokok ditempat yang kurang orang, apabila asap rokok dihembuskan ke udara, ia telah membebaskan bahan kimia berbahaya sekaligus beberapa orang yang berada berhampiran boleh terdedah dengan bahan kimia tersebut.

Oleh sebab itu, selain merokok di kawasan kurang orang, perokok juga harus beralih ke alternatif lain seperti heat-not-burn product, vape, e-rokok dan lain-lain lagi. Ia alternatif yang kurang berbahaya walaupun ia tidaklah menghilangkan bahaya sepenuhnya tetapi ia dapat membantu mengurangkan bahan kimia yang berbahaya kepada perokok dan orang disekitar mereka sebanyak 80%-90%.

Kepada perokok, berhentilah merokok. Bebaskan diri anda darinya. Jika anda telah membuat keputusan berhenti merokok, itu menandakan anda sedang berusaha untuk kearah hidup yang lebih sihat dan baik. Tetapi jika anda seorang perokok yang tidak boleh berhenti merokok, anda harus beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya badan seperti vape atau e-cigarette. Sila lakukan untuk anda dan orang di sekitar anda.

References;

1. http://www.myhealth.gov.my/
2. https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok
3. https://www.klikdokter.com/info-sehat/read/3628072/mengungkap-bahaya-nikotin-dan-tar-pada-rokok




Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)