Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift




Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift. Assalamualaikum, siapa kat sini pengemar teh? Kalau dalam keluarga zaza, mak merupakan orang yang memang suka teh. Setiap pagi, petang atau malam memang wajib baginya untuk mengambil minuman teh. Kalau zaza pula ambil waktu tertentu je sama ada waktu pagi atau malam hari. Biasa zaza suka minum teh ais. Kalau teh panas, zaza suka makan biskut lemak cicah dengan teh panas. Dari zaman kecil lagi memang suka makan macam tu.

Kalau dulu-dulu masa kecil, zaza tahu teh cuma ada satu perasa je tapi sekarang ini sudah banyak pengeluar menghasilkan pelbagai perasa teh yang semakin banyak permintaan di seluruh dunia.

Mengikut sejarah, teh dihasilkan dari pokok renek Camellia Sinensis. Rasanya pula bergantung kepada jenis baka sama ada memberikan aroma yang wangi atau pahit.

Teh sememangnya minuman yang digemari ramai dan mempunyai peminatnya tersendiri. Ia bukan sahaja dibancuh dengan air panas bersama gula, tetapi boleh juga dibancuh menggunakan susu segar atau dicampur dengan herba.

Raintree Syurga Buat Pencinta Teh

Pernah tak korang dengar teh dari jenama RAINTREE ?? Rasanya peminat teh dekat Malaysia kurang familiar dengan jenama RAINTREE ni. Meh zaza rungkaikan keunikan teh jenama RAINTREE pada korang semua.

RAINTREE adalah jenama pengeluar teh yang ditubuhkan di Singapore pada tahun 1979 dan kini telah mempunyai kilang yang beroperasi di Pasir Gudang, Johor. Ia telah diasaskan oleh Hank dan Sarah. Pasangan yang gemar menikmati teh ketika melancong.

Memandangkan kerana cinta dan minat terhadap minuman teh dan juga kopi gourmet, makanya Raintree terus berkembang pesat menjadi pembekal teh, kopi dan juga produk roti khas.

Raintree juga telah mula menjadi pembekal teabags untuk cenderamata di luar negara, duty-free shop dan juga airport. Dan sekarang ini, Raintree menyasarkan hotel 5 bintang seperti Doubletree Hilton JB, Legoland, KSL, Suasana Suites dan Sunway BigBox JB. Raintree sedang dalam perbincangan untuk membekalkan produk teh untuk Hotel Hard-Rock Penang, Hotel Alila dan Bangi Golf Resort.

Dengan 42 tahun pengalaman, Raintree sentiasa memastikan setiap produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan bersih.

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Boleh di katakan Raintree adalah syurga bagi pencinta teh kerana mereka telah menghasilkan teh yang mempunyai pelbagai jenis perasa dan aroma yang mengasyikkan. Antara produk seperti teabags, Loose Leave, Coffee, Hadiah/Souvenir dan Confectionaries (artisan cookies, dried food dan festive cookies / snack)

Teabags

Untuk teh teabags, ia menggunakan Daun Teh Sri Lanka ( OP1 ) untuk kesemua siri teh premium dan menggunakan Tea Dust untuk pot bags ( HoReCa ).

Ia mempunyai 2 jenis Teknik Perasa iaitu perasa semulajadi dan Duraromes–encapsulated flavouring. Setiap uncang teh Raintree mempunyai dwi ruang (dual chamber) yang dibungkus dengan baik untuk memudahkan penyerapan yang baik.

Dibungkus dengan menggunakan beg aluminium foil yang bertujuan untuk mengekalkan aroma dan kesegaran teh.

Jenis Teh Teabags :

PREMIUM TEA BAGS :
Breakfast Tea
English Breakfast
Earl Grey
Darjeeling
Jasmine Green Tea
Green Tea


FRUITS TEABAGS
Mango Tea
Coconut Tea
Pineapple Tea
Peach Tea
Passion Tea
Strawberry Tea

Untuk teh jenis teabags yang zaza cuba adalah Jasmine Green Tea dan Darjeeling. Teh Jasmine Green Tea dihasilkan dari Pure Green Tea bersama Jasmine semulajadi. Bila bau serupa macam bau bunga Jasmine. Ini pertama kali juga zaza cuba teh perasa Jasmine ni.

Jasmine Green Tea

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Jasmine Green Tea dengan kotak pembungkusan warna pink



Umum mengetahui bahawa teh hijau baik untuk menurunkan kadar kolestrol serta meningkatkan kadar kolesterol baik ( HDL ) ke kolesterol jahat ( LDL ). Teh hijau amat kaya dengan catechin polifenol.

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Ia juga mempunyai anti-oksidan yang kuat dan dapat menghalang pertumbuhan sel-sel barah. Selain itu teh hijau juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu mencegah kerosakan rongga dan gigi, menurunkan gula dalam darah dan menurunkan kadar kolesterol jahat.

Darjeeling Tea

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Derjeeling Tea diperbuat dari Pure Darjeeling Tea


Bagi jenis Darjeeling Tea pula ia dihasilkan dari Pure Darjeeling Tea. Ia merupakan sumber mineral yang penting untuk kesihatan.Mengandungi mangan dan kalium. Mangan sangat penting untuk pertumbuhan tulang manakala kalium berfungsi untuk mengekalkan dengupan jantung yang normal.

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Selain itu, Darjeeling Tea juga mengandungi kalsium, vitamin, asid amino, lipid, zink, magnesium, fluoride dan mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.

Loose Tea Leaves

Ia dihasilkan menggunakan daun teh yang dipetik di Sri Lanka ( OP1 ). Untuk siri F & F ini, teh yang dihasilkan diformulasi dengan buah dan bunga kering yang dipilih dengan cukup teliti.

Jenis Loose Tea Leaves :

PREMIUM LOOSE TEA
English Breakfast Tea
Kutsurogi Sencha Tea
Neat Green Tea
Himalaya Darjeeling
Royal Earl Grey

RAINTREE SIGNATURE BLEND OF TISANES
( FLORAL INFUSIONS )
Chill-out Camomile
Lavender Dreams
Pure Lemon Verbena
Wintry Peppermint
Romantic Rose
Summer Evening
Spa Day Rejuvenate

( FRUITS dan FLORAL INFUSIONS )
Bora-Bora Aura
Jungle Warefare
Passionate Maracuja
Pina Cool Cadi-da
Peach Madley
Soothing Rosehip
Strawberry Sensasion
Berry Madness


Bagi jenis Loose Leaves Tea ini, zaza cuba jenis Neat Green Tea dan Jungle Warefare. Didatangkan dalam packaging bentuk botol dengan rekaan design fruit dan floral.

Neat Green Tea

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Neat Green Tea mengandungi 125 gram teh. Ia merupakan Premium Loose Leafy Tea ( Superior Ceylon Green Tea ) dan setiap daun teh panjang digulung menyerupai biji-bijian “gunpowder”. Kemudian apabila direndam dalam air panas, ia akan berkembang. Mengeluarkan aroma yang wangi dan rasa yang manis.

Jungle Warfare Tea

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Jungle Warfare pula mengandungi 100 gram teh. Ia merupakan Specialty Tisane Infusions dimana Tisane ini diambil dari buah-buah.

Ia antara teh yang terlaris di Raintree kerana diadun dengan unik dari 9 jenis buah dan bunga.

Antara bahan-bahan seperti Teh Hijau, Kepingan Mango, Kepingan Pineapple, Ceri, Sultanas, Kepingan Guava, Elderberries, Currants, Kulit Orange dan Kelopak Mawar.

Pakar Penyediaan Hadiah Makanan Premium ( Premium Food Gift )

Selain pengeluaran teh, Raintree juga merupakan pakar dalam penyediakan hadiah makanan premium ( premium food gift ).

Sekiranya korang mencari produk-produk untuk dijadikan hadiah bagi majlis korporat, majlis kahwin atau apa jua majlis, boleh memesan pek hadiah produk teh premium atau pek hadiah kopi.

Pek hadiah produk teh premium ini didatangkan dalam pelbagai reka bentuk dan bahan pembungkusan yang nampak eksklusif dari penggunaan tin dan handmade wooden box. Hadiah sebegini sesuai buat hadiah perkahwinan untuk tetamu VIP/Khas atau sekadar hadiah untuk mengucapkan " thank you for staying with us."

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Promosi pek hadiah yang ditawarkan


Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Old Katong Teh

Untuk pek hadiah produk kopi, Raintree menawarkan kopi premium Arabica dan Robusta Ekstik yang dipanggang dan ia dibungkus menggunakan aluminium foil bagi tujuan mengekalkan kesegarannya. Ada banyak perisa kopi yang enak dan lazat. Terdapat juga cookies dan dried food.

Old Katong Kopi dan Gourmet Coffee


Antara kopi yang zaza cuba pula adalah Old Katong Kopi dan Gourmet Coffee. Zaza bukanlah pengemar kopi tapi kalau teringin tu, zaza suka je minum.

Old Katong Café merupakan White Coffee 3 dalam 1 yang mengandungi rendah gula. Katong merupakan satu daerah yang terkenal di Singapore kerana kediaman disitu adalah rumah kedai Peranakan. Ia juga terkenal dengan masakan Peranakan seperti laksa, hidangan nyonya, kueh dan pelbagai lagi. Katong dalam Bahasa melayu bermaksud Titik Penyu ( Sebuah perkampungan yang indah Bernama Tanjung Katong )

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Old Katong Kopi


Gourmet Coffee pula mempunyai aroma yang cukup wangi. Mengandungi Kopi Premium Arabica dan Robusta. Sekali rasa pasti buat korang ketagih!

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift

Ada tiga jenis kopi yang terdapat didalam kotak Gourmet Coffee ini iaitu Singapore Espresso, Changi Morning Coffee dan Sentosa Mocca. Masing-masing mempunyai bau dan rasa berbeza.

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Tiga perasa dalam Gourmet Cofee ( Singapore Espresso, Changi Morning Coffee dan Sentosa Mocca )

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Antara jenis cookies yang ada di Raintree ( Singapore Laksa Cookies, Singapore Mango Cookies )

Raintree Syurga Pencinta Teh dan Pakar Premium Food Gift
Chocolate Hazelnut Cookies dan Macadamia Coffee Cream Cookies

Untuk korang yang sedang mencari teh, kopi atau hadiah, bolehlah cuba produk-produk yang ada di Raintree ini. Info lanjut dan jika ingin membuat pembelian, boleh terus layari laman web pembelian atau melalui Lazada dan Shopee.










Zaza Iman
3 Comments

3 ulasan:

  1. OMG! Sumpah tak tipuuu...kalau ada semua teh ni kat rumah, mmg Sally la org yg paling happy! dah la mmg fav minum teh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa sally kenalah beli..teh & kopi dia mmg sedap..cookies dia pun ❤️ suka cookies mango & macadamia tu..

      Padam
  2. Hmm sekarang dah tak boleh minum tea/kopi sangat confirm angin satu badan T_T

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)