McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja




McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja. Assalamualaikum dan hi semua, jika dilihat sehingga pada hari ini, kita masih lagi berdepan dengan kes Covid-19 yang masih belum menemui jalan penyelesaian. Saban hari kita sering membaca berita mengenai jumlah kes yang terus meningkat dan agak membimbangkan. Siapa yang tak risau dan sedih dengan keadaan ini. Sudah setahun lebih kita menghadapnya. Nak berjumpa dengan keluarga yang jauh pun sukar.

Memang semua rakyat negara ini terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang namun mereka semua terus gagah bertahan demi kelangsungan hidup.

Begitu juga dengan petugas barisan hadapan kesihatan, walau berpenat lelah mereka terus berjuang menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Riders McDelivery menerima Quarter Pounder dengan Keju percuma, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja

Baru-baru ini McDonald’s Malaysia telah memainkan perananya dalam membantu memberikan tajaan makanan buat petugas barisan hadapan kesihatan dan alhamdulillah, masih mengalas tanggungjawab yang sama, McDonald’s Malaysia sekali lagi meraikan penghantar makanan dengan membelanja mereka makanan.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ), penghantar makanan adalah frontliner kerana perkhidmatan mereka juga merupakan perkhidmatan utama buat semua orang memandangkan keadaan ketika PKP yang tidak mengizinkan orang ramai keluar kecuali untuk tujuan tertentu. Jadinya, memesan makanan secara online mengunakan perkhidmatan penghantar makanan adalah pilihan terbaik dan selamat ketika pandemik ini.

McDonald’s Hargai Penghantar Makanan Malaysia

Oleh itu, bagi menghargai jasa penghantar makanan yang telah bekerja tanpa mengira panas hujan semasa tempoh PKP, McDonald’s Malaysia telah membelanja seramai 65,000 penghantar makanan di negara ini dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju.

Usaha yang telah dijalankan oleh McDonald’s Malaysia ini merupakan sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan dimana mereka berusaha memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan makanan yang dipesan sampai tepat pada waktunya.




McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Perwakilan dari McDonald's Malaysia menunjukkan penghargaan mereka terhadap rider McDelivery.

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Pasukan McDonald’s di Kuala Terengganu menyertai program di seluruh negara dan mengedarkan set Quarter Pounder percuma dengan Keju kepada penghantar makanan sebagai tanda penghargaan.


McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Riders sedang berbaris di McDonald's Kuala Terengganu untuk menuntut Quarter Pounder dengan Keju percuma mereka.

Antara perkhidmatan penghantar makanan yang terpilih melalui inisiatif kempen #LekLuMcDBelanja ini adalah terdiri daripada FoodPanda, Grabfood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery ( MDS ).

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Riders GrabFood, FoodPanda dan McDelivery bersama dengan wakil dari McDonald's Sunway City Tambun

Melalui kempen ini, 65,000 penghantar makanan telah mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju di restoran McDonald’s seluruh negara.

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Riders McDelivery gembira apabila menerima Quarter Pounder dengan Keju percuma.


Sudah semestinya ia menggembirakan hati setiap penghantar makanan sekaligus memberikan semangat buat penghantar makanan untuk terus bekerja dengan sebaiknya.

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Seorang wakil dari McDonald's Kuala Terengganu dengan penghantar makanan

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Sebahagian riders dari pelbagai platform penghantaran berbaris untuk menuntut Quarter Pounder dengan Keju.

Menurut kenyataan Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

Jadi betapa pentingnya penghantar makanan kerana merekalah yang boleh membantu menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai sekaligus dapat membantu perniagaan kedai makan beroperasi dan berjalan dengan lancar.

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” ujarnya lagi.


McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Wajah ayu Roslina Talhad saat tersenyum ketika sedang memulakan tugas menghantar makanan

Roslina Talhad, yang merupakan salah seorang penghantar makanan Mcdelivery dan ibu kepada lima anak, katanya, dia perlu bekerja untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarganya kerana suaminya yng tidak dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri”.

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
William Quah salah seorang penghantar makanan McDelivery

Bagi William Quah pula, menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, William tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan Melalui Kempen #LekLuMcDBelanja
Mohamad Azyan Musa menjadi penghantar makanan demi untuk pembiayaan pengajiannya

Bukan sahaja suri rumah dan mereka yang hilang pekerjaan mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan, ada juga yang terdiri dari pelajar seperti Mohamad Azyan Musa.

Azyhan Musa yang merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta telah menggunakan pendapatannya bagi menampung perbelanjaan dan pengajiannya di universiti.

Menceritakan pengalamannya, Azyhan Musa berasa gembira dan berterima kasih kerana McDonald’s Malaysia menghargainya.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

Tunjukkan Tanda Sokongan Terhadap Penghantar Makanan


Bagi korang pula yang ingin menunjukkan tanda sokongan kepada McDonald’s dan semua penghantar makanan, korang boleh kongsikan gambar atau video bersama #RiderKu di media sosial. Dan jangan lupa pada caption, letakkan hastag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Buat McDonald’s Malaysia, tahniah atas pelbagai usaha yang telah dilakukan. Dengan usaha ini, sekurang-kurangnya ia boleh menjadi inspirasi buat semua. Mungkin akan ramai lagi pihak lain akan berminat untuk menyertai kempen sebegini di masa akan datang.

Pada yang lain, jika tiada sebarang urusan penting, duduk di rumah je okay. Kalau bosan cuba usaha cari aktiviti yang menarik boleh dibuat bersama keluarga tersayang. Sentiasa jaga diri dan semoga Covid-19 ini berakhir dengan segera. Insyaallah.











Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)