Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video


Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video. Assalamualaikum dan hi korang..khas buat korang peminat permainan video dan teknologi, dengan bangganya. Jenama Teknologi Global Infinix bakal melancarkan inovasi terbaru mereka iaitu siri Hot 10S di Malaysia.

Pelancarakan ini akan diadakan pada 13 Julai 2021 secara eksklusif di Shopee dan untuk pembeli, korang boleh "add to card" Hot 10S ini bermula 7 Julai. 

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video

Hot 10S ini dicipta khas buat peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar dan juga buat generasi muda dimasa akan datang.  Selain dari harga yang berpatutan, Hot 10S ini juga mempunyai penambahan baru kepada portfolio Hot 10.  Oleh itu, ia merupakan telefon pintar permainan video dan hiburan yang akan dinanti-nantikan yang membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan dapat mengikuti trend terkini dengan lebih mudah.

Infinix Mobility Limited Bakal Lancar Siri Hot 10S Khas Buat Peminat Permainan Video

Untuk pelancaran dan memeriahkan lagi buat kesemua peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang ( MLBB ) telah mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB dan juga casing telefon MLBB estetik yang dibuat khas untuk siri Hot 10S ini. 

Infinix juga akan mendedahkan lebih banyak info mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang terdapat pada telefon ini semasa hari pelancaran itu nanti.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee.

Tentang Infinix

Infinix Mobile adalah jenama telefon pintar global yang merancang, mengeluarkan dan memasarkan portfolio peranti mudah alih yang berkembang di seluruh dunia di bawah jenama Infinix yang ditubuhkan pada tahun 2013. Menyasarkan Generasi Z, Infinix memberi tumpuan untuk mengembangkan teknologi canggih yang terkandung dalam peranti mudah alih yang dirancang dengan teliti yang menawarkan gaya, kekuatan dan prestasi yang halus. Peranti Infinix bergaya & dapat dicapai dengan pengguna akhir di barisan hadapan setiap langkah ke hadapan.

Dengan "THE FUTURE IS NOW" sebagai intipati jenamanya, Infinix bertujuan untuk memperkasakan remaja masa kini untuk menonjol dari orang ramai dan menunjukkan kepada dunia siapa mereka & apa yang mereka perjuangkan.

Portofolio produk syarikat dijual di lebih daripada 40 negara di seluruh dunia, meliputi Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan Asia Selatan. Dengan berkembang pada tahap fenomenal, Infinix tumbuh 160% yang belum pernah terjadi sebelumnya selama 2018-2020 dan mempunyai rancangan besar untuk terus membuat peranti tingkat unggulan yang menawarkan reka bentuk menarik dan cadangan nilai yang kuat. Untuk sebarang info layari :https://www.infinixmobility.com/my/





Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)