Assalamualaikum dan hi..macam mana dengan aktiviti harian korang sepanjang pkp ni? harap semuanya okay, sihat dan ceria selalu. Zaza macam biasalah kalau tak ada kerja nak buat, petang hari lepak dekat kebun je ambil angin... kebun tepi rumah je..duduk bawah pokok rambutan. Sekarang ni buah rambutan tengah berbuah lebat dan masak merah..memang seronoklah dengan angin sepoi-sepoi..
Btw, zaza kan selalu sangat craving nak makan macam-macam.. rasanya perempuan lain pun sama juga kot..kejap nak makan itu, kejap nak makan ini..selagi tak dapat selagi tu lah asyik berlegar dalam kepala kan haha..
Semalam zaza teringin nak makan sotong goreng celup tepung. Lama dah tak makan. nak beli tak ada orang jual. Kebetulan zaza ada stok Tepung Goreng Segera Hasil Laut Mr Celup Tepung Station Ori dari Terengganu. So apa lagi kan, terus minta anak buah zaza pergi cari sotong. Nasib baik ada lagi sikit sotong dapatlah beli. Kat tempat zaza ni jauh dari pasaraya besar.. So kat sini hanya ada dua tiga kedai runcit dan barang basah.. Kalau lambat beli, memang habislah sotong dan lain-lain.
Okaylah, zaza share sikit resepi sotong goreng celup tepung guna Tepung Goreng Segera Hasil Laut Mr Celup Tepung Station ( MCTS ) ni..sedap dan rangup tau..
Cara Penyediaan :
1. Masukkan tepung ke dalam bekas
2. Masukkan sebiji telur
3. Masukkan 200ml air dan kacau sebati
4. Masukkan sotong ( hasil laut yang dikehendaki )
5. Kemudian gaul pula dengan tepung goreng segera kering MCTS
6. Goreng sehingga kekuningan
*Nak terus goreng tanpa gaul dengan tepung kering tu pun boleh
Tips :
Kalau nak bagi sotong tu berkerak banyak, gunakan air sejuk ( air batu sejuk )
Aduhaiii terliurrr sotong celup tepunggg
BalasPadam