Sambal 3 Sekawan Ori Pahang Yang Sedap Dari Kembara Sufi. Assalamualaikum dan hi korang..hari tu kan zaza ada share makanan sunnah dan dry food dari Kembara Sufi..kali ini zaza nak share pasal sambal dia pula.
Zaza ni kalau makanan, tekak zaza memang selera kampung betul. Tak macam kakak yang lebih suka menu-menu western. So kalau macam bila keluar atau singgah mana-mana nak makan ke, memang suka sangat dengan masakan kampung. Tambah pula kalau makan nasi ada ulam-ulam, petai, jering dan budu..memang dua tiga kali juga lah tambah nasi..
Selain dari tu, zaza suka makan nasi dengan sambal hitam pahang. Ni pun buatkan zaza tambah makan nasi dua tiga pinggan..
Selain dari agensi travel dan mengeluarkan makanan sunnah, Kembara Sufi ni pun ada keluarkan produk Sambal Ori Pahang tau.
Ada tiga jenis sambal iaitu Sambal Hitam Pahang, Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Acar Ikan Masin. Zaza dah rasa ketiga-tiga sambal ni.. untuk peminat sambal dan yang suka sambal pedas gila boleh cuba sambal 3 sekawan ni..
SAMBAL HITAM PAHANG
Sambal Hitam ni semua orang tahu kan rasanya macam mana kan. yang ni serius zaza cakap memang sedap sangat.. nak tulis dan share ni pun dah buat zaza kecur haha..lepas siap tulis ni, zaza nak makan nasi lah. Kebetulan ada petai jeruk sekali..memang ngam lah makan sekali dengan sambal ni..
Sambal ni memang pedas gila rasanya. Tak tahan juga makan pedas.. Berair mata tapi sebab rasanya yang sedap, tak kisahlah. Janji puas bila makan. Memang berselera betul.
Antara bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Sambal Hitam Pahang ini seperti Shallot, Hot Cili Padi, Belimbing Buluh, Ikan Bilis, Minyak Sawit dan Garam. Dan yang penting ia bebas dari sebarang bahan pengawet.
Selain itu, Sambal Hitam Pahang ni pun boleh dijadikan pes masakan dan untuk tumis. Nak masak nasi goreng ke, pun boleh.
teringin pulak nak makan sambal petai ikan bilis tuuu...dapat nasi panas, telur dadar...fuhhhh~
BalasPadamDah rasa.. Sambal hitam first order.. Second order amik 3 botol terus 2 sambal hitam 1 sambal tempoyak.. Mmg ummm sedapp
BalasPadamala nyesalnya masuk blog zaza tgh malam. dah lapar pulak ne. hahaha
BalasPadamTertelan ailio tengok weh T_T
BalasPadamWah, nampak sedap dan menarik sambal sambal ni. Mesti ramai peminat sambal nak rasa ni.
BalasPadamsambal ikan masin tuuu.. sedapnya tngokk
BalasPadamCatat Ulasan