McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan


McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan. Assalamualaikum dan hi semua. Diharap semuanya sihat-sihat dan ceria selalu ya. Sebenarnya, Sejak mco ni kan, zaza dah lama juga tak makan McD sebab dekat bandar yang zaza tinggal sekarang ini belum ada lagi restoran McD. Memang rindu sangat nak makan terutama burger nya memang zaza suka sangat. Harapnya suatu hari nanti McDonald’s bolehlah pula buka satu lagi cawangan dekat sekitar Jengka. Sebab sekarang ni Jengka pun dah maju tau. Banyak prasarana dan pasaraya besar baru macam mydin dah diwujudkan pada tahun ini. Sekarang ni, kalau nak makan McD pun, ada dekat bandar yang agak jauh dari tempat zaza. Tapi itulah, nak keluar ke sana memang tak boleh dah. Tambah pula servis penghantaran makanan pun tak masuk dekat kawasan zaza ni sebab jauh sangat.

Jadi, kalau buka dekat Jengka, dekat la sikit. Kalau buka nanti mahu tiap minggu atau bulan asyik nak order je kan, hehe..oh ye, baru-baru ini kan, zaza dapat tahu tentang satu inisiatif daripada McDonald’s Malaysia untuk menunjukkan penghargaan kepada warga frontliner negara kita.

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan
Salah satu hospital yang menerima tajaan McDonald’s Malaysia, Hospital Bentong, Pahang

Bila tengok frontliner yang bekerja keras dan penat lelah mereka, memang buatkan zaza pun terasa sedih dan sebak didalam hati sebabnya kakak zaza juga merupakan salah seorang kakitangan yang bekerja di salah sebuah hospital di Pahang. Hari tu pun masa balik raya pun sehari je dapat cuti sebab perlu bertugas semula.

Oleh sebab itu, McDonald’s dengan penuh rasa tanggungjawab telah mengambil inisiatif dengan memberi tajaan dan membuat penghantaran makanan di lebih 70 buah hospital rawatan COVID-19 yang terletak di seluruh negara. Penghantaran ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap minggu.

Tajaan makanan yang diberikan kepada hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19 ini pula telah melibatkan seramai 30,000 frontliners ( pekerja penjagaan kesihatan ).

Sebenarnya, inistiatif terbaru ini merupakan kesinambungan dari organisasi #KitaBoleh di seluruh negara yang mana ia telah dimulakan oleh syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( MCO ) pertama pada tahun lalu.

Konsep #KitaBoleh yang dibuat oleh McDonalds’ Malaysia ini mula dilancarkan di platform media sosial mereka. Menurut McDonald’s Malaysia, tujuan mereka mewujudkan #KitaBoleh ini adalah untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia supaya mereka semua akan tetap terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun mereka sedang menghadapi masa -masa yang sukar ketika ini.

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan
Antara yang terlibat merakam memori di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan
Tanda terima kasih dari Hospital Tampin

Bila sebut #KitaBoleh, ia melambangkan keberanian barisan hadapan yang bekerja tanpa penat lelah dalam usaha mereka untuk memerangi wabak tersebut. Malah panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional yang kerap kita gunakan.

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan

McDonald’s Malaysia Hargai Warga Frontliner Perubatan

Menurut Encik Azmir Jaafar,Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, beliau telah mengatakan,

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini,

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Encik Azmir.

Encik Azmir juga turut mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, dan sedikit-sebanyak dapat mengukir senyumandi wajah barisan depan perubatan.

"Satu teriakan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan bahawa barisan perubatan kami mendapat makanan kegemaran mereka," katanya lagi.

Apapun, marilah kita semua bersama-sama berdoa agar wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita ini berakhir dengan segera dan kita dapat menjalani kehidupan biasa sebelum berlakunya wabak ini. Amin. Mudah-mudahan Allah angkat doa kita semua.

Kepada McDonald’s Malaysia pula , tahniah diatas usaha yang dibuat ini. Semoga diteruskan di masa akan datang. Moga-moga mendapat ganjaran dan pahala didunia dan akhirat.

Untuk petugas-petugas hospital dan barisan hadapan semua, jangan berputus asa. Tetaplah terus bekerja dengan penuh semangat. Usaha kalian juga bukan sahaja untuk dunia, tetapi untuk akhirat juga. Insyaallah.

Bagi yang ingin mengetahui setiap perkembangan dan info lanjut tentang McDonald’s Malaysia, bolehlah mengikuti laman facebook mereka di https://www.facebook.com/My.McDonalds



Zaza Iman
3 Comments

3 ulasan:

  1. Alhamdulilah..tahniah McDonals..dan terima kasih semua frontliners

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Bgus mcd buat program macam ni. Frontliners skrg mmg byk berkorban da kan.

    BalasPadam
  3. Bagusnya McD dalam menghargai frontliner dan pesakit2 di hospital.

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)