Assalamualaikum dan hi, korang apa khabar? semoga baik-baik saja dan ceria selalu. Macam mana dengan aktiviti harian korang sepanjang mco ni? Zaza kat rumah kalau ada kerja yang dah selesai, so belah petang tu suka melepak kat kebun bunga depan rumah je..seronok sambil duduk bawah pokok rambutan dengan angin yang kuatnya..
Btw kan, zaza sebenarnya nak share lah sikit pasal Makanan Sunnah dan Dry Food ( Makanan Kering ) dari Kembara Sufi ni.
Rasanya mesti korang kenalkan Kembara Sufi? Sebuah Agensi Pelancongan yang agak popular dekat Malaysia. Rupanya selain dari travel, Kembara Sufi pun ada mengeluarkan produk makanan sunnah dan makanan kering sendiri.
6 Jenis Makanan Sunnah dan Makanan Kering KS
Alhamdulillah, dapat juga merasainya. Dalam satu box makanan sunnah dan makanan kering dari KS ni ada 6 jenis makanan iaitu :
1) Kurma Ajwa2) Golden Raisins
3) Buah Tin Premium
4) Pistachio
5) Buah Kiwi
6) Buah Apricot
Semuanya sedap dan antara favorite zaza adalah Kismis dan Pistachio atau disebut kacang cerdik. Biasa dulu masa zaza kerja kat luar, setiap kali balik kerja mesti singgah pasaraya cari kekacang dan kismis. Memang sedap buat kunyah time tengok tv ke, lepak-lepak petang hari ke..
Memang bagus juga makan makanan sebegini. Nak pula lately badan zaza pun kurang cergas. Kalau diambil dengan kerap lagi bagus. So next time boleh lah beli lagi sebab satu box ni tak cukup untuk zaza..haha..
Oh ya, first time juga zaza makan Kurma Ajwa ni tau. Rasanya memang sedap dan lembut. Dan Buah Aprikot tu manis-manis yang tak terlalu manis.. memang asyik nak makan je lah hehe..
Untuk kismis dan Pistachio tu sebenarnya di pack dalam plastik yang boleh dibuka tutup. So tak adalah angin masuk.
Harga dan Special Free Gift KS
Dari segi harga pula, bagi zaza murah juga. HARGA CUMA RM39.90 untuk 1 box. Dengan packaging dalam box lutsinar ni, bukan sahaja untuk makan sendiri, tapi sesuai juga untuk dijadikan hadiah untuk sesiapa sahaja. Untuk syarikat-syarikat yang nak beri hadiah kat pekerja ke..
Apa yang isitmewanya bila beli Makanan Sunnah dan Makanan Kering KS ni, korang akan dapat "Special Free Gift " iaitu FREE VOUCHER RM300 KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS dan Voucher ini sah sehingga 2023. So nanti bila dah habis PKP dan boleh melancong, bolehlah tebus voucher ni.
Bagi yang nak cuba dan buat pembelian, KS ada buat postage ke seluruh Malaysia. Untuk order,
kak el pun sllu gak makan makanan sunnah ni..mmg baik untuk jaga kesihatan kita..harga dia tu mmg murah jugalah berbanding kalau beli kat luar..
BalasPadamAkk suka jajan berkhasiat mcm ni, yummy
BalasPadamApricot tu sedap.. bulan puasa mesti beli apricot tu ganti kurma sbb tak makan sgt kurma..
BalasPadamSedapnya dalam 1 box tu ada macam2. Semua tu fav Iza tu.
BalasPadamFiza mmg amalkan makanan sunnah nie.. nnt dah habis stok boleh try KS nie pula
BalasPadamWah thanks for sharing this info, by the way i like dates and nuts too.
BalasPadamMakanan sunnah ni mesti ada dalam setiap rumah. Bagus ni
BalasPadamCatat Ulasan