Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia


Assalamualaikum, hi apa khabar? Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah baru selepas beberapa hari yang lalu kita menyambut Hari Raya kan..walaupun tak dapat beraya seperti tahun sebelum ini, tapi tetapi sambutan tetap meriah.

Btw kan, zaza ni memang penggemar tudung dan rajin beli. Kebanyakan koleksi hijab atau tudung zaza jenis plain shawl. Kalau jenis bercorak zaza kurang sikit tapi ada je yang bercorak sekali sekala zaza pakai. Selebihnya lebih kepada plain je. Rasa macam plain ni lebih sesuai dengan muka zaza ni..

So kali ini zaza nak share satu jenama tudung yang zaza suka iaitu MARHUNA. 

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Selalu je zaza dengar jenama Marhuna ni tapi baru kali ini zaza cuba dapatkan tudungnya. Apa yang menariknya pasal shawl ini adalah kerana rekaannya yang berbentuk pensel yang pertama di Malaysia. Ia dinamakan atau disebut sebagai Pencilbie by Marhuna

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Unikkan? Tak pernah lagi zaza jumpa shawl bentuk pensel macam ni. Sebelum ni memang zaza pun dah lama nak cari shawl yang bucunya jenis tirus. Alhamdulillah tak sangaka pula yang jenama Marhuna ni ada mengeluarkan jenis bucu yang memang sudah lama zaza mahukan.

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia
Kotak eksklusif Marhuna

Setiap pembelian Pencilbie ini didatangkan dengan kotak eksklusif berwarna biru gelap. Sesuai sangat kalau nak buat gift untuk ibu ke, kakak atau adik, rakan-rakan perempuan ke..pasti mereka suka sebab Pencilbie ni menggunakan material kain yang sangat berkualiti iaitu dari material Premium Crepe Chiffon dan lembut.

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia
Penggunaan material yang baik dan berkualiti memudahkan ia dibentuk dan terletak kemas

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Dengan saiz 180cm x 70cm pastinya ia labuh dan dapat menutup dada.  Bahagian belakang pula labuh menutup punggung.
Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di MalaysiaPencilbie dengan sebelah hujung tirus

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia
Sebelah lagi berbentuk bulat

Bentuk pensel ( tirus ) ini dicipta untuk menampakkan efek tinggi dan langsing. Amat mudah dibentuk dan dengan rekaan bentuknya kita boleh memilih untuk mengayakan sama ada di depan tirus atau di depan bulat.

Marhuna Tampil Dengan Rekaan Hijab Shawl Berbentuk Pensel Pertama di Malaysia

Ada lebih dari 15 warna pilihan yang pastinya membuatkan korang jatuh hati. Harganya pula sudah tentu harga yang mampu milik.

Kalau nak cuci pula, zaza galakkan rendam dan sental guna tangan je kalau ada kesan kotoran. kalau guna mesin basuh pastikan tidak bercampur dengan pakaian lain untuk mengelakkan kesan warna lain terkena tudung atau kesan seakan tompok minyak. Sebab tudung zaza pun banyak rosak bila ada kesan seolah tompokan minyak bila basuh dengan mesin.. memang sayang betul..

Info Tentang Jenama Marhuna

Disini zaza nak share sedikit info bagaimana weujudknya jenama Marhuna ini. MARHUNA berasal daripada nama seorang ibu, seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya, Pn. Nabiha Mohd Mashut dan adik beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.

Berbekal minat beliau dan niat meringankan beban ibunya, Pn.Marhuna Tauhib ketika belajar di universiti. Perniagaan MARHUNA awalnya bermula dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010.

Pada 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi, disamping merealisasikan cita-cita ibu untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja. Sekaligus, membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui Program Dropship "Marhuna Squad Academy".

Baru-baru ini, Marhuna telah memperkenalkan rekaan hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel. Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya yang segiempat sama.

Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainnya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi. Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi untuk memberi efek flowy dan premium ketika menggayakannya.

Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker". Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan Pencilbie by Marhuna ni, boleh terus membuat pembelian di :






Zaza Iman
10 Comments

10 ulasan:

  1. Cantik tudung marhuma . Jrgvnk tgk design lain bicunya tirus mcm ni

    BalasPadam
  2. shawl bentuk pencil.. mmg nice idea dia.. zaza pakai pun npk cantik..

    BalasPadam
  3. lawa warna dia.. lembut jerk.. nampak material pun selesa tu..

    BalasPadam
  4. Menarik ade hujung tirus.. Tengok pun mudah dipakai dan jneis kain yang tak lembut.. Boleh usha nanti

    BalasPadam
  5. warna cantik lepas tu nak selesa zaza pakai... bolehlah beli satu nanti

    BalasPadam
  6. inspirasi sungguh story owner marhuna ini.. tp mmg lawa tgk nya.. boleh la cuba nnti

    BalasPadam
  7. Akak pun dah try pencilbie signature plain shawl ni. Suka sangat. Selesa

    BalasPadam
  8. Tudung Marhuna ni cantik, material dia nampak bagus dan warna pun senang nak matching.

    BalasPadam
  9. WAahhh...mmg cantik terletak...

    BalasPadam
  10. cantiknya zaza.. warna ni kena dgn za

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)