Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee


Assalamualaikum,  Alhamdulillah pejam celik sudah pertengahan ramadan dah kita. Raya pun dah hampir berkunjung tiba. Cuma tahun ni ramai bersedih sebab masih tak berpeluang untuk pulang beraya dekat kampung memandangkan keadaan negara kita yang masih dilanda wabak covid -19. 

Jomlah kita berdoa sama-sama semoga wabak ini berakhir dengan cepat dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambut ramadan dan syawal seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Tentu masih ingat zaman dulu kala, rajin diantara kita yang membalas kiriman kad raya yang diberi rakan dan orang tersayangkan. Nostalgia sungguh. Biasa kad raya yang dikirim tu pula ambil masa 7 hari hingga 2 minggu nak sampai. Sampai sekarang pun zaza masih simpan kad raya yang diberi rakan masa tahun 2018. Itu je la kenangan yang ada. 

Btw, sekarang ni lebih mudah bila wujudnya Kad Raya Digital. Lagi pantas dan paling best, orang lain pun boleh membalas ucapan kita tu. Dan ada muzik raya autoplay ( ada setengah peranti tak dapat autoplay, jadi korang boleh klik icon lagu untuk dengar )

Macam mana ia berfungsi? Kat mana nak tempah dan beli Kad Raya Digital ni?

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Sebenarnya Kad Raya Digital ni hasil dari team Envitee. Sangat menarik dan zaza sendiri dah cuba menggunakan platform ini. Jadi zaza nak share cara untuk korang beli dan guna.

Harga Kad Raya Digital ni pun cuma RM19 je. Memang murah kan? 

Langkah 1 : Buka dan daftar dekat https://raya.envitee.com/
Langkah 2 : Log in dan korang akan di bawa ke bahagian utama Envitee

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee
Bahagian utama dan ada 100 lebih design kad yang menarik

Langkah 3 : Pilih design kad raya kegemaran dan buat pembelian. Selepas pembelian, korang ada berjumpa bahagian edit " Card Setting". Masukkan url contohnya nama " zazaraya2021"  dan klik "Save and Go To Card Info "

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Pilih design dan buat pembayaran

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee
Bahagian Card Setting

** jangan tick lagi Go To Live tu sebab ini korang kena tick selepas siap design kad digital korang tu**

Langkah 4 : Design Kad Raya Digital korang tu dengan masukkan info-info yang diperlukan.

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Masukkan ucapan raya dan pilih lagu raya kegemaran dekat Playlist

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Upload Design Custome Here tu korang boleh masukkan gambar sendiri. Saiz untuk ini 1 : 1

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee
Bahagian Bottom Navigation, masukkan nama dan no telefon. Selepas tu klik Comfirm


Langkah 5 : Selesai isi, Klik " Comfirm" dan selepas tu barulah korang kena tick " Go To Live"
 
** Untuk tick Go To Live, korang pergi ke My Account dan akan terpapar bahagian seperti di bawah ini ( Copy, Edit, My Raya Wishes ). Klik " Edit dan Tcik Go To Live "


Selesai.

So korang boleh Copy Link dan Copy Text dan kirimkan ke rakan-rakan. Contoh macam zaza buat ni..

Hi, saya zaza iman.

Ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Ingatan tulus ikhlas saya dan keluarga buat semua rakan-rakan dan saudara mara.
Maaf tak dapat balik raya atau ziarah menziarah..

Sedikit pantun buat semua..

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

Sila klik link ini untuk buka kad raya digital.



Paparan Link Kad Raya Digital korang tu akan terpapar seperti ini

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Korang scroll je dekat link raya zaza tu. Macam zaza cakap tadi, ada muzik raya autoplay ( ada setengah peranti tak dapat autoplay, jadi korang boleh klik icon lagu untuk dengar )

Kalau guna pc/laptop memang lagu akan autoplay


Untuk rakan-rakan membalas ucapan tersebut, just klik Ikon Pink tu.  Masukkan nama dan ucapan dan Submit


Antara ucapan balas dari rakan-rakan zaza..terima kasih korang..

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee

Kirim Kad Raya Secara Digital, Lebih Pantas, Mudah dan Murah dengan Envitee


Pada rakan lain jika sudi boleh tinggalkan ucapan korang dekat zaza okay..


Terima Kasih dan zaza amat menghargainya :)



Korang juga boleh rujuk Youtube ( Full Tutorial ) cara-cara menggunakannya di :





Zaza Iman
9 Comments

9 ulasan:

  1. masa sekolah n studi dulu mmg kak el banyak terima kad raya ni..seronok dia lain mcm..smpi hari2 duk tunggu posmen mai haha..tp la ni lagi canggih guna digital jer..tu pun best gak boleh baca ramai yang wish tak kira dimana kan

    BalasPadam
  2. menarik jugak yek ada kad raya cmni.. boleh la cuba nanti.. tak perlu dah nk hantar by pos...

    BalasPadam
  3. Fiza pun ada tinggalkan mesej raya kat zaza.. dapat tak

    BalasPadam
  4. Sekarang memang zaman digital, hantar kad raya digital lagi cepat and mudah.

    BalasPadam
  5. Menarik Kad rayanya... nak cuba guna nanti senang nak beri pada kawan-kawan

    BalasPadam
  6. Skrg semua di hujung jari je. Kad raya pun digital. Zaman dulu..kalau dpt kad siap gantung2 kat dinding, rindunya zaman dulu2

    BalasPadam
  7. Senang zaman skrg buat kad digital pon dh okay kan.. Boleh la wawa nk try satu nanti

    BalasPadam
  8. Menarik kad digital ni. Murah juga RM19. Boleh try nanti. Siap ada lagu erk..best2..

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)