Dah lama tak pergi bercuti sejak PKP, lepas tu pula berlaku banjir besar dekat tempat zaza. Tapi Kawasan area rumah zaza alhamdulillah selamat. Cuma ruang hadapan dalam rumah je masuk air sikit. Apa pun syukur sekarang ni dah boleh jalan-jalan walaupun hanya dalam negeri je kan.
Tapi sebelum PKP dulu, zaza nak
throwback lah pengalaman zaza staycation
dekat Hotel Grand Lexis Port Dickson. Alhamdulillah merasa lah staycation kat
hotel ni dengan tajaan dari abang ipar zaza. Biasa kalau hujung tahun kakak,
suami dan anak-anak dia akan bercuti. So zaza yang bujang dan adik yang belum
kahwin ni memang dia akan bawa sekali.
Jimat duit kan..just bawa duit nak berbelanja je hehe.
Sebelum ke destinasi tu, kami singgah makan dekat Pantai Teluk Kemang untuk makan tengahari. Selepas tu dalam jam 2.15 petang barulah bergerak ke Grand Lexis Port Dickson.
Sampai je hampir nak jam 3
petang. So tepatlah dengan waktu untuk check in pukul 3 petang tu. Kami tempah
bilik Premium Pool Villa yang mana menyediakan private pool dalam bilik. Harga
dalam satu malam tu dapatlah RM700+
Premium Pool Villa ini mempunyai
2 katil king dan ruang yang luas dan kemudahan yang ada pun memang sangat baik.
Puaslah menginap kat sini. Ruang tidur pun syok je dan sangat selesa.
Photo 1 - Ruang tidur nampak mewah, luas dan cukup selesa
Photo 2 - Privite Pool dengan beberapa hiasan pokok dan ukiran dinding yang mengasyikkan.
Sampai-sampai je tak pergi mana
dah, Siap solat je terus terjun dalam private pool dia tu. Seronok sangat dapat
mandi kolam haha. Bagi zaza memang sesuai sangat untuk family atau korang yang
nak suasana privasi terutama kalau nak mandi kolam. Maklumlah kalau kolam
terbuka ni rasa macam malu juga kan nak mandi manda kalau ada orang ramai.
Kat sini zaza lepak dengan anak-anak buah. Sambil mandi tu dapatlah feeling-feeling sambil menikmati jus minuman. Selepas puas mandi tu, kami bersiap-siap nak keluar tengok pemandangan disekitar hotel.
Photo 3 - Sebelum mandi kolam, macam biasalah ambil gambar dulu hehe
Photo 4 - Kawasan
hadapan bilik. Memang cantik. Sesuai juga untuk port ootd.
Photo 5 - Kawasan penginapan atas air
Antara kemudahan yang terdapat dalam Premium Pool Villa seperti bilik mandi yang luas dengan pancuran yang berasingan, penyaman udara, kipas syiling, dapur kecil, cerek elektrik, pengering rambut, kemudahan alat mandi, kopi dan teh percuma, servis bilik, internet wireless percuma, TV skin rata, telefon IDD, alatan seterika, dan peti simpanan keselamatan.
Photo 6 - Bahagian bilik mandi
Photo 7- Bahagian dapur
Disebabkan masa datang sini, kami
tak google dulu tempat-tempat yang ada disekitar Grand Lexis, Jadinya kami
hanya berjalan dikawasan tempat penginapan je macam dekat hadapan bilik tu
dengan area bilik atas air. Selebihnya lepak dekat bilik dan sambung mandi
manda. Time malam keluar kejap tengok pemandangan lampu lip lap pada bangunan
Grand Lexis Port Dickson ni. Lepas tu untuk dinner, kami pilih makan dekat
luar.
Pemandangan lampu bangunan yang bertukar warna..
Btw, gambar photo 1, photo 2,
photo 5 dan photo 6 adalah dari website Grand Lexis. Lain-lain tu gambar zaza
sendiri. Nak share banyak tak ada sebab gambar masa ni simpan dalam laptop.
Laptop pula baru rosak hari tu. Ada yang
share dalam facebook pun gambar pecah-pecah tak jelas.
Oklah, itu je yang zaza boleh
share pasal staycation zaza kat sini sebab stay pun satu malam je. Keesokannya
kami tuju ke negeri lain pula.
Untuk korang yang terfikir nak
datang ke Negeri Sembilan dan mencari hotel
untuk menginap, boleh la booking dekat Hotel Grand
Lexis Port Dickson ni. Tapi pastikan korang search la dulu tempat yang
korang boleh jalan dalam kawasan ni..jangan jadi macam kami, dah balik dari
bercuti barulah search balik..sekali tengok banyak tempat yang indah tak
jejak.. menyesal betul haha.. next time boleh pergi lagi..memang berbaloi dan
sangat menyeronokkan.
Grand Lexis ni selalu ada dalam list tapi belum berkesempatan lagi nak pi sana...
BalasPadambest kan resort ni, i stayed there before and the view is superb
BalasPadamAkak pernah stay sini sekali. Memang seronok sangat.
BalasPadamCantik sangat tempat dia.. Teringin juga nak bercuti dekat sini
BalasPadamCatat Ulasan