Novel Menebus Rindu By Hany Hisham Musa

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji"  Petikan dari Surah Al-Ankabut

****


Assalamualaikum dan apa khabar. Semoga semuanya ceria dan sihat selalu. Hari-hari dirumah selain menyiapkan kerja-kerja design, zaza suka menghabiskan waktu membaca buku dan kali ini buku pilihan zaza adalah Novel Menebus Rindu karangan oleh Hany Hisham Musa.

Ini adalah pertama kali zaza mengenali penulis Hany Hisyam Musa dan novel Menebus Rindu kalau tak silap zaza adalah karya kedua atau ketiga beliau. Mula-mula zaza sangkakan penulisnya perempuan sebab nama Hany rupanya seorang lelaki..hehe, jangan marah ya.



Novel yang mempunyai setebal 415 muka surat ini pada zaza menarik jalan ceritanya. Dihasilkan dengan kualiti kulit buku yang sangat soft dan pada zaza design cover novel pun lawa dengan lukisan gambar seorang gadis di tengah jalan keretapi dan dikelilingi pokok-pokok indah. Sepertinya seolah berada di kawasan kampung. Terasa rindu pula kampung. Sudah lama tak pulang.

SINOPSIS NOVEL MENEBUS RINDU

Tentang dua jiwa yang hilang arah tuju setelah patah hati. Berhenti dicintai tanpa merelakan, dua jiwa itu ditinggalkan bersama sengsara rindu. Langkah mereka tersesat saat menggagahkan diri mencari arah ke mana rindu yang ditanggung itu harus ditebus. Rindu yang menemukan mereka tentang pelbagai perkara, termasuk diri sendiri yang tidak pernah mereka kenali. Azim tidak pernah tahu rupanya dirinya lemah dan Khadija tidak pernah tahu dia seorang yang kuat.

Ditinggalkan kekasih yang masih sepenuh hati dicintai, Khadija berusaha untuk mengubah dirinya demi menawan kembali cinta yang telah pergi. Tapi penghujung misinya, pelamin angannya musnah, dia terluka lagi. Lalu dia menyandarkan hidup pada satu-satunya harapan kasih yang tersisa, mencari bapa kandung yang terpisah sejak kecil. Kehilangan dan patah hati menjadikan Khadija kuat. Kerana hati yang kuat yang dia miliki itu adalah hati yang disakiti dan berpanjangan menanggung rindu yang disangka tiada berpenghujung.

Azim pula seorang yang hilang segala-gala yang dia miliki termasuk jatidirinya setelah kehilangan anak dan isteri. Meski telah separuh mati merindui dan merayu, isterinya tetap dengan pendirian untuk berpisah. Musnah dalam penyesalahan dan depresi, dia hilang pengharapan lalu menyerah kalah.

Pertemuan tanpa disangka antara Azim dan Khadija terjadi di Sri Lanka. Ketika Khadija sedang mengatur langkah sambil menggendong rindu mencari kasih yang terpisah, sebuah tragedi hidup dan mati terjadi antara dia dan Azim. Tragedi yang mengubah haluan Azim untuk kembali ke jalan pulang, jalan rahmat Tuhan. Jalan yang ditunjukkan Khadija yang bukan siapa-siapa kepada Azim.

“Dunia ini hanya tempat tumpangan. Kita semua adalah tetamu di dunia ini. Tetamu, bukan penghuni. Tetamu resamnya bakal pergi selepas menyinggah. Di sini bukan tempat tinggal kekal kita. Sabarlah, Tuhan beri ganjaran yang hebat buat orang-orang yang sabar. Dalam hidup ini, ingat satu perkataan. Sabar. Itu kata kuncinya. Kembalilah kepada Allah. Jangan biarkan cinta sesama manusia memusnahkan hidup kau.

Tersungkurlah di hadapanNya, kerana dia Allah, Tuhanmu dan Tuhanku.”

Setiap kalimat yang terungkap dari bibir Khadija tertusuk jauh ke lubuk hati Azim. Menebarkan sebuah maksud yang begitu bermakna. Sebuah kesedaran besar. Khadija menyambung.

“Mati itu dekat dengan kita. Mati itu tidak perlu dicari. Aku selalu mengingati diri aku, jangan pernah tidur di waktu malam dengan keyakinan keesokan pagi aku akan membuka mata lagi. Dan andainya esok aku masih membuka mata, aku akan ingatkan diri aku yang malam nanti belum tentu aku akan kembali ke katil itu lagi. Selamat malam.”


****

Pada mulanya zaza kurang faham cerita ni tapi selepas membaca beberapa helaian, barulah zaza nampak jalan ceritanya. Serius zaza katakan yang novel ini buat zaza mengesat air mata. Jarang zaza baca buku boleh rasa sebak. Mungkin faktor usia yang sudah pun angka tiga series ditambah pula sekarang mudah tersentuh hati jika melibatkan soal perasaan. 

Cerita mengenai tentang kehidupan Azim dan Khadija. Mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain. Azim mempunyai kisah yang lampau yang buatkan zaza geram juga dengan wataknya. Khadija pula seorang gadis yang terluka jiwanya.


****

Sebuah foto misteri memberi kesan kepada Azim sehingga Azim merasakan dia perlu mencari siapakah pemilik foto tersebut dan membawa Azim ke Sri Lanka, bumi dimana buat pertama kali dia menemui foto itu. Disitulah terjadinya episod tragis dalam perjalanan hidupnya.

Dengan persediaan rapi, Azim terbang dan tiba di lapangan Terbang Bandaranaike Colombo Sri Lanka. Disinilah terasa seperti zaza turut mengembara bersama Azim. Diselitkan tentang tempat menarik yang dilawati Azim iaitu Pantai Galle Face dan paling menarik mengenai bandar Kandy. Sedikit sejarah diceritakan dimana Kandy adalah salah satu bandar di Sri Lanka yang mempunyai komuniti masyarakat berdarah Melayu. Juga beberapa tempat lain seperti Adam's Peak ( Gunung Sri Pada )

Zaza memang suka jika sesebuah novel tu menyelitkan sejarah atau fakta sesuatu tempat. Maklumlah zaman sekolah dulu memang minat dengan sejarah. Jadi makin teruja untuk zaza terus membaca novel ini. 

****

Azim sudah memiliki seorang isteri bernama Azura dan seorang anak bernama Adib. Akibat dari sikap Azim sendiri telah menyebabkan dia kehilangan Azura yang amat disayangi dan juga anaknya Adib. Part episod inilah yang buatkan zaza kesat air mata. Hahah..boleh pula touching tau...

Anaknya Adib meninggal dunia kerana sikap sambil lewanya. Adib meninggal disebabkan oleh...korang bacalah sendiri kalau nak tahu puncanya. Akibat peristiwa itu, Azura dilanda kerinduan pada anaknya. Dan disinilah terjadinya perkara yang tidak pernah azim impikan dalam hidupnya.

"Meringkuk Azura tersedu sedan setiap kali menyedari akan hakikat sebuah takdir yang telah terjadi. Bertemankan deraian airmata dia meratapi nasibnya.  Adib telah tiada didunia fana ini. Adib, hanya sebuah kesementaraan yang cukup singkat. Allah telah.....


Khadija, merintih kerinduan untuk mencari ayahnya yang tidak pernah diketahui sejak lahir, Dengan tekad, Khadija memulakan perjalanannya ke Sri Lanka untuk mencari ayahnya. Namun usaha Khadija akhirnya....adakah membuahkan hasil atau hanya sia-sia? Adakah ayahnya masih hidup atau hanya sekadar jasad yang tidak bernyawa lagi? Korang kena dapatkan novel ini kalau nak tahu okayyy...

****

Takdir akhirnya menemukan Azim dan Khadija. Disinilah bermulanya episod yang mengubah kehidupan mereka.


****

Dalam novel ini ada beberapa perkataan baru yang zaza baru dengar seperti dalam petikan ini,

"Selagi itu perjuangan hidupnya tidak akan pernah paripurna" Paripurna tu zaza rasa ia bahasa aras tinggi. Bila zaza google ia membawa maksud lengkap, rapat.

Part yang sangat menyentuh hati pula di babak 11 Badai. Kisah Azim lima tahun yang lalu bersama Azura dan anaknya. Part yang meruntun hati dan perasaan buat pembaca. Kisah rumahtangga yang musnah akibat kegilaan pada kerja sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.

Pada zaza ia novel yang baik untuk dibaca. Konflik yang berlaku memberikan kita pengajaran bahawa kerja dan wang ringgit bukan segalanya untuk sebuah kehidupan yang bahagia. 

Biodata Penulis

M.Hany Hisham berasal dari Kuala Ternegganu. Merupakan lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan dan kini merupakan seorang penulis buku. Novel pertama beliau Antara Langit, Bumi dan Dua Hati. Meminati dunia mengembara, beliau telah berjinak dalam bidang penulisan dengan artikel travelog bagi majalah Libur. Artikel beliau pernah memenangi Travelogue of the month" dan telah tersiar dalam majalah kabin bagi pesawat Air Asia Travel 3sixty. Karya beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Novel Menebus Rindu ini boleh membuat pembelian di Kedai Buku Popular, Bookcafe, Shopee atau terus berhubung dengan penulis di instagram https://www.instagram.com/mhanyhisham/

5 Ulasan

  1. Huishhhh macam berat je storyline dia, jadi macam nak baca pulak 🤔

    BalasPadam
  2. Baca sinopsis macam best pulak.. Dua2 macam ada kisha dia dna terjumpa..

    BalasPadam
  3. menarik jalan cerita novel ni. Bahasa yang digunakan juga nampak lain dari novel yang biasa reen baca.

    BalasPadam
  4. Menarik jalan cerita novel ni ye zaza..novel dia pun npk ekslusif sgt..sis dh lama tggl baca novel..tp mcm best jer nak start balik lepas tgk novel ni

    BalasPadam
  5. Wow this novel storyline is very interesting too.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama