Siapa pernah lihat serangga kecil ini? Sebenarnya inilah pengalaman zaza lihat serangga kecil ini. Selepas banjir dan musim hujan hari tu, baru zaza menyedari akan serangga ini yang melekat kat dinding bilik. Tapi masa tu zaza hanya nampak dalam seekor dua je dan masa tu pun zaza fikir ia just binatang biasa yang suka terbang-terbang tu..
Tapi beberapa hari selepas itu, zaza ternampak pula serangga kamitetep ni dekat beberapa sudut. Tapi nasib baik zaza tak pegang. Terus zaza ambil gambar serangga tu untuk mengenal pasti serangga apakah ia.
- Resepi Mee Kuah atau Mee Rebus
- My Hair Care Products For Hair Loss
- Pengalaman Kucing Sporo dan Batu Karang
Nasiblah ada google lens untuk bantu zaza cari serangga apa ini. Dan akhirnya zaza pun terjumpalah mengenainya.
Serangga Kamitetep atau nama sainstifik Phereoeca Uterella. Jika dilihat ia berbentuk seakan biji timun dan mempunyai cengkerang berwarna coklat. Ada juga kelihatan seperti serpihan kulit pokok.
Kamitetep akan mengeluarkan separuh dari isi badannya untuk mencari makanan. Kamitetep sejenis serangga parasit yang amat suka makan kain fabrik dan merosakkannya.
Kamitetep ini beracun dan elakkan dari memegangnya kerana ia menyengat dan mengigit. Apabila terkena gigitan, ia boleh menyebabkan lebam dan bengkak serta rasa gatal yang teruk. Jika berterusan ia boleh bertukar menjadi hitam di kawasan lebam dan bengkak tersebut.
Bagaimanapun, jika digigit ia boleh dirawat. Anda boleh gunakan ubat gatal atau balsem. Ada juga cara lain yang zaza jumpa untuk menghilangkan kegatalan iaitu dengan melekatkan pita pada tempat yang digigit kamitetep.
Jadi apa yang perlu dilakukan bila serangga ini terdapat dirumah anda adalah dengan membuat pembersihan dikawasan yang terlibat.
Bersihkan kawasan-kawasan yang berhabuk dan pakaian hendaklah dibasuh dan pastikan betul-betul kering barulah disimpan.
Jika terdapat sarang labah-labah perlu dibersihkan juga kerana kamitetep menyukainya.
Untuk membersihkan perlu berhati-hati untuk mengelakkan ia mengigit. Gunakan racun serangga untuk membunuhnya.
Ooo nama dia kamitetep ye hahaha baru tahuu
BalasPadamCatat Ulasan